DAP Meroyan, Semasa PR PAS Salah PAS Keluar PR Pun PAS Salah!


Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping memberikan analisis umum  berhubung kekalahan calon Pakatan HARAPAN dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar semalam berpunca pertandingan 3 penjuru.

Jumlah undi yang dimenangi pembangkang adalah 10,499 berbanding BN yang mendapat 12,332, dan majoriti adalah 1,833 undi, tidak begitu jauh berbeza dibandingkan dengan margin BN 1,082 pada pilihan raya umum lepas katanya.

Undi peratusan pula adalah 46 peratus berbanding 54 peratus pada PRU lepas . Oleh itu, pertandingan tiga penjuru memberi manfaat buat BN. Jika PAS tidak bertanding PH boleh bersaing sengit dengan BN.

"Jika Pas tak nak kalah perlu elak pertandingan seumpama ini. Kita sentiasa terbuka, tetapi Pas perlu ikhlas," katanya.

Yang peliknya DAP dan PAN tidak melihat dirinya yang cuba menganggu kawasan PAS yang sudah menjadi tradisi berpenggal-penggal.

DAP dan PAN lah yang membuatkan BN boleh memang selesa di situ.

Adakah DAP dah mula meroyan kerana selepas ini banyak lagi kawasan DAP akan tumbang kerana sikapnya yang biadap semasa berada dalam Pakatan Rakyat dulu berlagak macam BOSS BESAR semua orang kena ikut DAP.


Share this article :
 

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger