Lebai akan membuat komen tentang petikan ucapan Dr Rozaimi 2 minit 29 saat tersebut dan untuk berlaku adil adalah lebih baik lebai sertakan video petikan berkenaan untuk pembaca membuat penilaian.
1. Dr. Rozaimi berkata dia tak setuju dengan kenyataan daripada seorang ustaz "parti Islam jugak berlabel agama"
Ayat PARTI ISLAM JUGAK DAN BERLABEL AGAMA itu telah menunjukkan sikap sombong (tuduhan lebai) Dr. Rozaimi dalam memberikan komen. Adakah nabi ajar cara memberi komen begitu. Lebai nak tanya Dr. Rozaimi dan 'pentaksudnya' ada hadis nabi ajar kita komen rakan ustaz kita dengan cara macam tu?
2. Dr Rozaimi berkata "Dia kata bila bulan puasa, jangan beli makanan daripada orang yang tak solat, jangan beli makanan daripada orang tak tutup aurat, sia-sia aje puasa, lebih kurang macam tu ayatnya".
Daripada ucapan Dr. Rozaimi menunjukkan dia sendiri pun tak tahu apa yang dinyatakan oleh ustaz berkenaan. Ini bermakna Dr Rozaimi sendiri ragu-ragu dalam membuat kritikan atas kenyataan ustaz berkenaan. Kalau hadis dah masuk PERAWI DAIF.
Bodoh kalau kita membuat kritikan kepada apa yang kita sendiri tak jelas tentang apa ucapan oleh seseorang yang kita kritik. Lagi bodoh kalau kita ada status doktor PHD.
Untuk makluman Dr. Rozaimi dan pentaksudnya ucapan Ustaz berkenaan ialah Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum Ramadan baru-baru ini. Saya sertakan petikan yang menjadi viral tersebut.
Ini adalah petikan daripada versi lain.
Ini pula adalah versi twitter.
Manakala yang ini adalah versi facebook.
Kenapa lebai memberi contoh banyak sangat versi? Untuk makluman Dr. Rozaimi dan pentaksudnya, banyak versi dan pelbagai sumber dengan ayat masih sama menujukkan ketepatan maksud. Kalau hadis ini dikategorikan sebagai HADIS MUTAWATIR.
3. Dr. Rozaimi berkata "Jangan macam tu, sampai bila kita nak rasa kita golongan suci. Adakah Islam mengajar kita melihat orang lain lebih rendah martabat daripada kita?"
Ini lebai rasa pelik, adakah kita menyokong orang yang taat kepada Allah dan tidak menyokong orang yang tak taat kepada Allah dikategorikan sebagai ORANG YANG RASA SUCI dan MERENDAH-RENDAHKAN MARTABAT ORANG LAIN?
Apa signifikan sokong kepada orang taat kepada Allah adalah merasa dirinya SUCI? dan merendahkan martabat orang lain? Lebai pening dengan justifikasi yang dibuat oleh pakar hadis Dr. Rozaimi.
Ok Najib Razak dikatakan menyeleweng wang rakyat 2.6 billion. Pimpinan yang kleptokrasi adalah pemimpin yang tak taat kepada ALlah s.w.t. Adakah kita tak sokong Najib Razak dan UMNO dikatakan kita rasa diri kita SUCI? dan kita merendah-rendahkan martabat Najib Razak? dan ini Islam tak ajar mengikut apa yang lebai faham daripada pakar hadis Dr Rozaimi berkata. Oleh itu kena sokong Najib dan UMNO...ekh..
Jika ada pimpinan UMNO Perlis yang jenis kleptokrasi misalnya, kita tak boleh tak sokong nanti kita akan dikatakan jenis suka menyuci diri dan merendahkan martabat orang lain. Ini Islam tak ajar mengikut kata Dr. Rozaimi. Jadi kita kena rapat dengan orang tak taat kepada Allah, kalau boleh bergambar sekali dengan mimik muka yang sangat ceria.
4. Dr. Rozaimi berkata "Nabi pernah makan makanan yang diberi oleh orang Yahudi di Khaibar, sehingga Nabi kena racun. Siapa lebih warak antara kita dengan Nabi?"
Ini hujah bodoh daripada Dr. Rozaimi. Kenapa lebai kata bodoh (maaf kasar sikit). Sebelum kita berhujah kita kena tahu suasana peristiwa yang berlaku dengan pemberian makanan oleh Yahudi.
Hadis Sahih Bukhari 4, Buku 53, Nombor 394:
Dikisahkan oleh Abu Hurairah:
- Dari Abu Hurairah r.a., katanya : "Ketika Khaibar dikalahkan, sup domba beracun disajikan kepada Nabi (SAW) sebagai hadiah (dari orang2 Yahudi). Nabi memerintah,”Kumpulkan semua orang Yahudi yang ada di sini, berdiri di hadapanku.” Orang2 Yahudi dikumpulkan...
Kenapa Dr. Rozaimi tak boleh nak beza dengan pemberian dan pembelian. Kalau jiran rumah kita memang kita tahu dia tak solat memberikan makanan untuk kita. Tak ada alasan untuk kita tolak. Lebai rasa Dr. Rozaimi kena faham apa yang Tuan Ibrahim hendak sampaikan.
Ini bukan soal warak dan tak warak antara kita dengan Nabi. Hujah Dr. Rozaimi sangat meleset. Tuan Ibrahim memberikan kita maksud untuk berwaspada. Itu maksud tersirat yang mungkin Dr. Rozaimi dan pentaksudnya tak faham.
Apa perkara tersirat daripada kenyataan Tuan Ibrahim jangan beli daripada tangan orang derhaka kepada Allah Taala?
Untuk makluman Dr. Rozaimi dan pengikutnya, orang yang tak taat kepada ALlah taala, mereka ini mungkin boleh melakukan perkara diluar pemikiran kita. Misalnya membeli barangan-barangan yang tidak disah betul-betul halal, kerana dia tak kisah daging daripada sumber mana berbeza dengan orang yang tat kepada ALlah taala mereka akan berhati-hati dengan sumber makanan dan minuman jualan mereka.
Islam memang tidak mengajar kita menyiasat daripada mana mereka (penjual) ini beli barangan tetapi cuba mengelak membeli daripada orang yang tak taat kepada Allah itu adalah sikap berhati-hati. Ini dipanggil WARAK!
Lebai sendiri pernah makan kuih diwarung setiap petang dengan kawan-kawan. Satu hari lebai minta ais kebetulan tak ada dalam 'box ais'. Tokei warung itu suruh lebai ambil dalam peti ais dalam rumahnya (warung itu disambung dengan rumahnya). Bila lebai buka peti ais, terkejut lebai melihat beberapa minuman tin "carlsberg" dan "tiger" dalam peti ais tersebut.
Itu kali terakhir, lebai makan kuih di warung tersebut. Kawan-kawan tanya kenapa tak datang. Lebai ceritakan apa yang berlaku. Kawan-kawan kata apa kaitan kuih dengan tokei minum carlsberg? Kalau dia tak kisah haram, halal adakah dia ini kisah makanan dia nak buat untuk kita makan itu halal atau haram? Terdiam... akhirnya kawan-kawan semuanya tak pergi juga ke warung itu. Untuk makluman Dr. Rozaimi lebai adalah dikategorikan WARAK. Ini bukan soal lebai nak banding siapa lebih warak antara lebai dengan Nabi. Tapi lebai jaga diri lebai daripada perkara yang mungkin bersubahat.
5. Dr. Rozaimi berkata apa perasaan jika ada ibubapa diantara kita yang tak tutup aurat membaca statement ustaz ini? Dr. Rozaimi membuat kenyataan bersifat negetif.
Kalau dia baca lagi bagus, pertama biar dia sedar itu adalah kesalahan kerana melawan peraturan Allah s.w.t. Lawan Allah ini sangat besar dosanya. Mereka kena bertaubat.
Kedua biar mereka tahu bahawa ada golongan yang warak tak akan makan makanan yang dijual oleh mereka yang derhaka kepada Allah s.w.t. Semoga ini memberikan kesedaran kepada mereka yang ada mentaliti kebendaan rasa tergugat kebendaan mereka. Lihat artis sekarang pakai tudung? Berapa orang atas kesedaran dan berapa orang yang pakai kerana jaga periuk nasi? Sekurang-kurangnya mereka pakai tudung... mereka tak berdosa kita pun terhindar dosa mata.
Edaran petikan kenyataan Tuan Ibrahim itu membantu dakwah. Takkan kita kena pergi beli kerana nak memberi nasihat. Kenapa Dr. Rozaimi tak boleh berfikir diluar kotak?
6. Dr. Rozaimi kata "kenapa nak boikot mereka? "
Siapa yang suruh boikot. Nampak sangat kecelaruan Dr. Rozaimi memahami apa maksud Tuan Ibrahim. Keutamaan perlu diberi kepada mereka yang taat kepada Allah taala.
Lebai malas nak hujah panjang... Nak tanya Dr. Rozaimi, jika ada 2 orang jatuh serentak dan Dr. Rozaimi boleh tolong seorang sahaja. Siapa yang akan ditolong oleh Dr. Rozaimi yang taat kepada Allah taala atau yang derhaka melawan Allah?
7. Dr. Rozaimi kata ini bukan kefahaman yang dibawa oleh Al Quran dan jauh daripada sunnah al Quran. Dr. Rozaimi ada hujah dan dalil ke? Tolong buat datang mana-mana ayat yang melarang kita mengutamakan orang yang taat kepada Allah kepada orang yang tak taat kepada Allah s.w.t.
8. Dr. Rozaimi berkata "Ini adalah medan untuk mengcungkil bakat mereka"
Apa yang Dr. Rozaimi merepek ni?
Apa kaitan keutamaan kepada orang yang yang taat kepada Allah dengan mengcungkil bakat?
Adakah esok lebai pergi beli makanan di Bazar Ramadan dengan penjual tak solat atau tak tutup aurat maka lebai pun kata, lebih baik pakai tudung nampak lagi cantik. Maka lebai telah mencungkil bakat penjual tersebut.
9. Pada minit-minit akhir Dr. Rozaimi membawa hadis manusia seperti logam.
“Manusia seperti logam; terpilihnya semasa jahilliyan; terpilihnya semasa islam; jika mereka ‘faham’.” HR Bukhari - Daripada Abu Hurairah r.a.Ini memang lebai pening dan nak jatuh tergolek. Apa kaitan manusia hebat zaman jahiliyyah akan hebat zaman Islamnya. Agaknya Dr. Rozaimi Ramle seorang pakar hadis, tahu tak kenapa Nabi s.a.w. berkata demikian? (asbabun nuzul hadis).
Adakah semua penjual yang tak tutup aurat dan tak solat itu logam baik dan terpilih? Sepatutnya Dr. Rozaimi lebih memahami maksud hadis tersebut "JIKA MEREKA FAHAM".
10. Dr. Rozaimi ada berkata "Bila masuk Islam Bila Mereka Faham"
Tahu tak Dr. Rozaimi bahawa mereka yang Islam tetapi tak tutup aurat dan tak solat itu TAK FAHAM. Kalau tak faham logam hebat mana pun tak ada gunanya, itu maksud hadis wahai pakar hadis dan pentaksudnya.
Akhir
Dulu lebai adalah sikit... suka juga dengan kuliah Dr. Rozaimi Ramle kerana cara pengajarannya dan penyampaian agak baik. Tapi setelah mendengar beberapa kuliah dia menyalah orang itu dan orang ini. Selalu membuat polimik perkara-perkara yang telah lama dibahaskan. Kuliah-kuliah yang penuh dengan mengkritik orang lain adalah bukan kuliah pengajian baik untuk kita jadi WARAK. Akhirnya lebai sudah 'skip' Dr. Rozaimi dalam senarai kuliah lebai kerana ada perpatah mengatakan "hati mati tidak boleh menghidupkan hati-hati mati yang lain".
Bila dia kritik Tuan Ibrahim atas kenyataan TITM berpesan-pesan agar kita bersifat lebih berhati-hati dalam menunaikan ibadat puasa dalam pembelian makanan terutamanya dengan penjual yang tak taat kepada Allah s.w.t. dengan emosi, prasangka buruk dan tidak menjurus perbahasan ilmiah sehingga dilihat seolah-olah untuk menghentam Tuan Ibrahim Tuan Man dengan lebel "ustaz parti Islam yang berlabel parti agama" dia sebenarnya menjatuhkan martabatnya sebagai pakar hadis.
Kemuliaan seseorang berilmu itu terletak dengan sikap tawadhuknya, sikap rendah diri dan berlapang dada sesama orang-orang berilmu. Contohilah Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah dalam sikapnya bila dia dituduh menyeleweng.
Ini tidak perkara yang kecil pun nak dibesarkan dan nak diaibkan, kononnya semua orang tak betul yang betul kita sahaja. Kita sahaja pandai dan kita sahaja tahu hadis.
+ comments + 125 comments
Terbaik
jazakallahu khair
Steady lebai...
Akhir zaman byk org cari ilmu krn title..
1. Lebai bukan kata tuduhan atau hina. Cuba buka kamus.
2. Ulasan DrRORA tak lari dari mesej sebenar TGTITM.
3. Satu, ulasan fokus kepada dakwah. Bukankah lebih mudah jika kita tak cipta jurang. Dua, Haji kena jelas beza dosa peribadi dan dosa kpd org lain (spt kleptokrasi)
4. Hujah haji banyak kontradik. Seruan TITM ini atas dasar apa? Dakwah atau warak dlm halal haram? Jika nak cerita pasal warak halal haram. Nah. Contoh hadis tu sangat tepat. Kalau yahudi tu yg bagi, Nabi tahu ke mcm mana dia sediakan makanan tu? Jelas nabi x tahu, tapi nabi terima kan? Nak tiru warak siapa?
5. Lebih mudah Hj sertakan jika ada hadis Nabi yg berkait. Ada ke nabi buat seruan yang sama? Kita contohi apa yg nabi buat kan?
6. Ayat TITM tu jelas tulis jangan. Bukan "kalau boleh". Cuba perhati ayat TITM betul2.
Ayatnya ttg larangan bukan keutamaan.
7. Ttg warak halal haram dah dusebut hadis. Mana pula hujah quran dab hadis haji dalam hal ni.
8. Sekali lgi. Seruan TITM bukan seruan keutamaan. Perhati betul2.
9+10. Saya rasa hadis logam itu jelas. Apa yg nak pening2. Isu utama RORA adalah isu dakwah. Bukan cipta jurang antara subjek dakwah. Jika mereka ni kita dpt dakwahi dn buat mereka faham, bukankah itu lebih bermanfaat kepada islam?
umat akhir zaman..elok la menengur tuan punya badan dari menyebar kan dan mengeruh kan lagi keadaan..jangan semarak kan lagi api yang sedia ada..seelok nya bersemuka dan berdebat lah tentang perkara ini..saya tak berpihak mana-mana..tapi yang baik kita ambil,yang tak baik kita jauh kan..wallahualam.
Sepatut nya kita orang islam makan benda yang baik2 dari sumber yang baik2 dan dari pembuat makanan yang baik2...dari makanan yang baik2 itu akan membentuk hati2 manusia menjadi baik...
so, ingatan TITM tu betul, kalau kita yg solat nya kita jaga semesti nya makanan yang akan menjadi darah daging semesti nya kita jaga juga...
Setuju sangat..geng parti ni.tak selari aje ngan dia..tak boleh kritik lah
Macam tu la kalo perasan pandai..last2 salah cakap. Aku suka dgr gak kuliah dr.rozaimi ni. Tp dlm byk2 ade jugak yg kurang setuju.
Steady lebai,gua sokong apa yg lebai hujahkan...!!!l kipidap,dongibab...!!!
Apabila UTITM cakap mcm tu, hari pertama org tak beli dvn org2 fasiq, insya Allah hari kedua mereka akan berubah. Mereka nak berniaga tentu nak makanan terjual, kalau dah org tak beli, tentu sahaja mereka akan berubah. Sepatutnya ustaz2 perlu cakap seiring agar masyarakat Islam memuliakan sunnah. Katapun nak suruh manusia ikut sunnah...bukankah fasiq ni bidaah yg besar, kalau kita memuliakan orang fasiq dan menghina pula ulama' sehaluan dengan kita, sunnah ke tu?
Awak ada brapa phd???
Perbezaan dalam membawa mesej nabi.
utitm membawa pendekatan yang lebih keras kalau nak ambil penghujahan atas kalimah "JANGAN" sebab jelas UTITM sebyt jangan beli dri mereka yang x tutup aurat dll.
Manakala Ustaz Rozaimi membawa pendekatan yg lebih terbuka dlm memberi ruang dan peluang masyarakat menerima mesej islam. Jelas hadis yang dr rozaimi bawakan.. Ditambah hadis logam tersebut.. Sangat bertepatan dengan fiqh dakwah. Iaitu golongan ini ada kelebihan dia.
Kesimpulannya..
Kenyataan ustaz parti islam ni (PAS) boleh dikritik. Sbb ada hujah. Tp lebai still dengan sikap dia. X boleh kritik, nnt tuduh hina ulamak, cakap org bodoh, mati tanam kat jerat dll...
Sekian.
Ko tulis apa ni bodoh?? Tak pandai susun ayat ke? G blaja susun ayat sana. Parti mana? Dacing ke? Kikiki
Aku akan sentiasa membenarkan kata2 ulama yang istiqomah dalam perjuangan jemaah Islam.
Ilmuwan setinggi mana pun, namun memperlekehkan jemaah Islam tanpa ada rasa untuk turut sama berjuang, 'Sila Pergi Jauh2"...
Dr rozaimi sekadar menyeru untuk menghayati nilai islam iaitu jgn rasa martabat kita lebih tinggi dari orang lain. jgn rasa kita lebih mulia dari org lain itu je point utk uoll study k.. benda serius sebenarnya..mohon lebai2 buka minda jauhi fikiran yg sempit
Syabas, Dr. Rozaimi!
Aku sebagai org islam yang puasa ni selalu jugak ke bazar ramadan.. sebelum beli tu aku tengok jugak orang yang jual tu..kalau sexy n tak tutup aurat aku tak gi beli la kat gerai tu...sape2 nak gi beli tu ikut diorang lah...diorang yang makan bukan aku..
Teruskan perjuangan dalam meruntuhkan tembok pemikiran sesetengah pihak yang merasakan bahawa hanya mereka yang baik dan pandangan mereka tidak boleh dibahaskan. Allah SWT tahu semua itu. Syabas untuk Dr. Rozaimi sekali lagi.
Kalau ada org yg lebih baik, jual benda yg sama, eloklah beli dan support org yg lebih baik.
Hj Hassan... walaun totok si Hadi mulut kohong... kata la apa-apa pun yang betul, tp bila yg berkata tu bukan penyokong si-mulut kohong, semua akan jadi salah.
Masalah sekarang ialah, walaun menganggap si mulut kohong amat betul sokmo!!!
knp statement org Pas makin lama makin hilang arah? Mana yg nak dakwah nya sampaikan tkyah beli kat kedai yg penjual nya tak solat?
.
Adakah org Pas yg rasa alim cukup hanya sekadar tkyah beli mknan dia, beli mknan org yg taat. Mana dakwah yg anda perjuangkan? Sbb tu aku ckp, dakwah Pas x relevan. Sbb korang bukan nk dakwah, kamu hnya nk hukum org.
.
Sekurang-kurangnya tulis laa statement yg baik dan betul, yg dpt ajak ke arah kebaikan. Kita pergi beli makanan kat kedai dia sebagai tanda sokongan, dan kalau kita tahu dia tak solat, bagi lah nasihat kat dia suruh pergi solat.
.
Kat situ ada 2 kebaikan, kita sokong dia berniaga(dlm hati doa utk dia berubah) dan bagi nasihat supaya dia pergi solat.
.
Kekadang kita nk kan agama, tpi kita melampau sampai lupa mcm mana cara dakwah Nabi Saw.
Takde 1 ilmu pun blh aku ambik drp RORA. Hati gelap pekat litlit. Bljr dgn Tora lagi baguih.
pasnie.. klu nk warak.. JANGAN mkn kfc, mcd atau mana,2 yg kita nampak ramai x tutup aurat.. nnti pasnie..Pak lebai kena pastikan anak isteri pak lebai JGN makan tempat camnie.. confirm x taat pd Allah...pasnie kena tanya korang solat x? klu x solat aku x nak mkn masakan korang.. nnti aku x leh jd warak... apa punya fatwa la... makin berilmu makin riak....
Saya amat setuju dgn masej TITM sgt jelas & padat tentg realiti masyarakat kta skrg. Diharap masyarakat yg t'baca saranan beliau ini agar berubah menjadi muslim yg benar2 b'iman & b'taqwa kpd Allah. Tidak ada sebaik bekal melainkn taqwa kpd Allah.
Hujah lebai lagi lah ke laut...
yang ni perkara kecik.islam tidak menghalang kita untuk berurusniaga dengan sesiapa pun sekalipun yg menjual itu yahudi dan nasara asalkan halal dan toyyiba. Satu komen dari saya, kenapa di kelantan, negeri yang dikuasai parti islam tidak menutup kubur-kubur yang digunakan oleh puak-puak syirik untuk bertapa.contohnya kubur tok selehor di tumpat.kenapa biarkan tempat-tempat utk org2 buat syirik berleluasa disana?perkara ni lebih membimbangkan umat islam kerana ini adalah perkara berkaitan akidah yang akan membatalkan semua amalan baik.
Kalau kita beli juga dengan orang yang menjual contohnya perempua.pakai baju nampak lurah tetek seolah2 kita meraikan dan berikan galakan untuk terus berpakaian macam tu..apa salah kita boikot..dalam islam ada boikot2 pada pesalah2 ini .takkan kita nak selalu bersangka baik sahaja tanpa sebab..apa akan jadi sekiranya perkara mungkar seolah2 diredai oleh semua orng..sesudah itu tunggulah kehadiran azab Allah terkena pada semua orang tak kira golongan taat atau golongan pendosa..kita diberikan pilihan macam makanan bertudung dalam saji dan makanan terdedah...sekiranya kita 'bengong' sahaja memilih makanan yang terdedah dengan lalat dan habuk..oleh hal yang demikian, saranan saya buatlah pilihan yang tepat..sebab hal ini seolah2 kita mempromosikan maksiat..dan tuan tanggunglah sendiri sekiranya golongan yang tak tutup aurat ini mengambil hujah2 dan dalil daripada tuan untuk terus menerus hidup dalam maksiat..setiap kata2 dan perbuatan kita yang seakan2 memberikan dorongan walau sekecil atau seberat zarah akan dapat komisen..seterusnya boleh dihumbankan bersama2 perdosa ke dalam api neraka walaupun anda seorang yang berpelajaran dan memiliki PHD sekalipun..wallahu aklam
Makan dari benda yg baik membuahkan hasil yg baik. Nak anak pandai agama, hantar anak mengaji sekolah agama. Kalau nk jadi akauntan, hantar sekolah aliran akaun. Kalau nk jadi beruk, malaysia banyak hutan.. hahaha
Rora ni dah knpa..benda terlalu kecil utk diperbesarkan..
Titm tegur umum je..halus mengajak masyrakat beramal dgn perintah Allah..bagus la klo ada yg terasa..dosa peribadi xleh tegur..dosa umum pun ada je salahnya..jadi apa yg boleh pd pandangan rora yg parti label agama ni buat baru rora nak sama2 setuju?
Dah tak mau bersama2 perjuang ruu..dlm nak berdakwah pun saja nak digambarkan lain dgn org lain..
Seolah2 dakwah jadi kontradik dgn komen mcm ni..skit2 kait dengan parti label agama..mcm budak2..ada dendam ka?
Komen terbaik... sewajarnya mnjadi pringatan kpd yg ego dgn ilmunya & memandang rendah pada org lain
Konon dia je pejuang rakyat marhaen..hanya dengan bangkitkn isu terpencil camni..
Mcm kes qada solat aritu..alasan xwajib qada bagi org tinggal solat xsengaja sbb kesian byk sgt nak kena ganti..
Alasan x ilmiah langsung utk menafikan hujah jumhur 4mazhab..
Bersorak la si pelaku dosa..
Yg berdakwah pula digambarkan sbg penghukum manusia semata2..
Itulah juara isu rakyat marhaen dgn beberapa pandangan yg pelik..sedang org lain dah lama perjuangkan nasib rakyat dihukum sbg lebai parti islam sbb takda phd..
Yg ni kelakar. Mengaku hati hitam
Dia pernah kata imam shafei silap... Maknanya dia lebih bijak.. Maklumlah imam shafie x phd...
Ok.faham. dia ulas ikut point hj
Aku sokong Pas ...dulu la...tapi bila Pas sekarang ni dah jadi Parti dan Partinya Parti Maksum Semalaysia...aku dah x blh tunggu...sebab aku bkn maksum....Pas dah jadi Parti Para Dewa mcm UMNO jgk
Seruan TITM itu ibarat indirect freekick... Bukan nk tuju ke pembeli sangat pun... Lebih kepada sipenjual. Jadi sipenjual yg baca seruan tu, boleh berfikir sebagai seorang Islam apatah lagi bab solat dan menutup aurat. Dah jgn begadoh.. Gi Masjid blako
Setujuuuuuuu sangat
Setujuuuuuuu sangat
patut la bila si bala ketua dhpp dok kata mimpi jumpa nabi geng lebai bukan main lagi suka. err boleh tak jual beli dengan si bala tu lebai.
Setuju... Benar..��������
terbaik lebai
taksud tu apa..
Bila terlalu menyanjung parti sampai tak bleh di tegur atau kritik... baik dok umno.....
rozaimi....hahaha...bab undang2 islam(ruu355)ada satu kuliah dia,dia ckp adil ke org bkn islam x kena hukuman yg sama...peningg2
guaner tkleh nak komen/kritik langsung sek2 lebai....biasanya berbeza pandangan dan pendapat. itu pun nak sentap
aku sokong lebai dan TITM,sebab puak2 pemimpin pas tak minum dgn org tak takut Allah mcm najib..
skrg ni puak pas sambut najib sambut zahid hamidi,cuma acu je cawan kat mulut tak minum pun..kalau terminum pun x pa,najib kan takut Allah
begitulah bila iblis berhujah,semua nmpk org diri sendiri x nmpk
Pakar hadis konon. Cakap lain buat lain. Nampak sangat komennya tak matang dan nak tunjuk bijak. Tak payah ikutlah org macam ni.
Apa punya bagai dr rora nie sesama islam pon nak dia aib kan ada habuan ke di sebalik statement.......kalau salah di kalangan ilmuan tegur secara berhemah.......dengan muka sombong dan bongkak cuba mengaibkan orng lain...ini sikap ilmuan yg boleh memesong dan memecah belahkan umat islam....
Terbaik komen....
Terbaik komen....
Rora nipenceramah yg baik asalnya,aku selalu dgr ceramah rora,biasanya cerita pasal hadis,pasal mazhab,tapi skrg kerja rora duk cerita PAS parti buruk akhlak,pemimpin PAS buruk akhlak, ini ada kaitan dgn RUU yg memang dia tolak sekeras-kerasnya,rora ni satu geng dgn asri,maszle,khairul ikhwan,salman dan beberapa orang lagi.
Saya beli dgn janda yg tutup aurat dan akhlak yg baik. Moga2 dpt bantu ekonomi beliau dan anak kecilnya yg seorg tu
Pencerahan yg cukup bernas. Syabas Lebai bg kuliah pd pakar hadis
Benda simple jadi kecoh... Sepatutnya UTITM beri nasihat tu pada yang penjual contohnya...adik kakak abang pakcik kalu boleh masa nak berniaga tu niaga ikut islam tutup aurat,jaga halal haram barang jualan dan sentiasa patuh dalam ibadah wajib n sunat..biar rezeki adik kakak abang pakcik mengalir laju sebab ada berkat Allah SWT kat situ... Sentiasa berdoa n tawakal agar rezeki berniaga hari tersebut ada dan redha jika rezeki sedikit yang masuk... Tapi jika ikut ape yang UTITM nasihatkan,nanti akan wujud perasaan sangka buruk sesama Muslim sendiri...contohnya 'Elok aku beli si polan ni,die tutup aurat..kalu Beli kat situ tengok rambut karat,ni mesti tak solat ni,kalu tak solat mesti halal haram barang niaga die tak jaga.. Plss cerdik pandai agama sila beri nasihat yang merapatkan bukan menjauhkan....
sama je dua dua.
Saya kalau pergi ke bazar ramadan...saya berserah je kepada Allah. Sebb apa?
1. Saya membawa rezeki Allah kepada penjual.
2. Memastikan makanan yang terbaik untùk saya pada hari itu.
Setuju
bkn fatwa brader..bce btol2...hehe...
Beli di pasaraya org yg tidak beriman kepada Allah macamana ? barang2 sayuran, ikan, kek, biskut roti ....hukumnya mcm mana pula ?
Betul, TITM tak wajar buat kenyataan mcm tu. Islam tak ajar boikot mcm tu. Patut kita mendekati semua lapisan masyarakat . Islam agama rahmatan lilalamin. Nak nasihat , sila beri nasihat secara umum dan peribadi. Jangan menimbulkan kebencian umat kepada Islam kerana kenyataan seperti ini
Betul
Saya perhati ramai penjual bazar tahun ni mengenakan tudung kepala dan berpakaian sopan, berbanding tahun. Lepas... Alhamdulillah berkesan nasihat TITM
Setuju dgn pendapat tu...
Kihkihkih...
Pendapat yg bernas...������
Haaa...macamana plk tu? Hehehe..
Statement ustaz tu yg seperti merendahkan orang yg tak tutup aurat dan taat Allah, sebab dia kata "sia2 puasa", menunjukkan merendahkan mereka..
Kalau buat ayat, "lebih baik kita beli dengan orang taat Allah dan beri contoh kisah nabi musa tu"...itupun sudah cukup....tak perlu label makanan orang lain sia2 kan puasa kita..klu makanan dia pun dah sia2 kn puasa kita, apatah lagi diri dia...cemtu???....statement tu melabel orang menghukum orang
Ustaz Rozaimi ni mmg saya ikuti perkembangan dia. Sy ikut bukan apa sbb byk kritikan orang lontar pada dia. So to be fair sy ikuti rapat ceramah2nya.
Bukan semua tak betul ustaz Rozaimi ni. Klu utk kata2nya yg bersifat umum spt fardhu ain/kifayah sy lihat generally dia ok.
Tapi utk ceramahnya yg bersifat kritikal mmg tdk disangkal boleh mewujudkan keraguan atas actual stand dia. Sbg cth ada satu eramahnya tu kononnya mcm menunjukkan hendak mengkririk orientalis. Tapi klu dilihat drpd skop yg lebih kritis kata katanya itu ebih membuka ruang doubtful kpd umum apabila dia mengutarakan hujah yg amat lemah utk menyangkal pendapat orientalis. Wujud persoalan samada adakah dia menyokong kata2 orientalis itu dgn cara reverse phsycology. Seolah olah nmpk spt mengkritik orientalis tapi hakikatnya telah membuka ruang yg luas utk kesyumulan Islam itu dikritik dan diragui pada masa hadapan...jadi siapa sbnrnya ustaz Rozaimi ni?
Orang spt kamu ni jiji jenalik mmg tak pernah sokong Pas pun. Tak usah lak berlakon mcm ni...klu bagi reason specific barulah orang boleh explain dan berhujah. Ini cuma bagi reason parti tak maksum jadi parti maksum utk dijadikan pendapat bagi menyokong sebuah perjuangan. Hmm...'pendapat' la sangatkan..
rasanya ayat yang dr rora nyatakan dah sama dah maksud dgn apa yg tn ibrahim cakap.kalo nak petik sebiji-sebji buang masa saja sbb apa yg tn ibrahim kata tu bukannya hadis. cth 'dia mkn ayam goreng' & 'dia kunyah dan telan ayam goreng'. perkataan lain2 tp maksud sama. apalaaaaaa....
Nukilan terbaik. Insyaallah, moga kita selamat dr perkara² syubhah .
Apa bezanya hj hassan perasan bagus ni dgn pakar hadis tu? Hj hassan kata pakar haris merendahkan org lain tp hj hassan perasan tak yg hj hassan tak pernah tak dlm penulisan hj hassan merendahkan org lain jg lagi2 org umno..xpernah hj hassan dlm penulisannya xsebut nama umno..pelbagai ayat xbaik disebutnya pd umno..hati hj hassan lg busuk de hati pakar hadis rasanya..yg kutuk lebai hj hassan tu pakar hadis yg dapat contoh xbaik dr hj hassan umno...pd saya hj hassan adalah manusia hipokrit hati busuk tp perasan suci..tq
Pemimpin parti lebai fokusnya kepada benda yang agak remeh. Benda yang lebih besar dan lebih menjurus kepada penjahanaman negara dan masyarakat, cth: 1mdb, tiada dalam agenda perjuangan.
Mereka adalah set-set yang duduk bertapa dalam perigi buta. Sama la dengan otak mr presideng parti lebai, tak nak jatuhkan pemimpin klepek pitis. Ooops lupa, perjuangan mereka bukan untuk memegang tampuk pemerintahan... cuma nk jadi penasihat. Tapi diri sendiri pun keliru apa yang nak dinasihatkan.
Betul tu 8:54. Fokus parti kuali khadam ialah menjahanamkan syariat Islam di Malaysia. Syariat tu remeh bagi khadam. Fokus parti kuali ialah untuk take over penjahanaman negara. Buat masa sekarang ranking mereka masih rendah sbb baru dapat bedal Penang. Next target untuk naik better ranking kenalah target Putrajaya. Barulah dapat 2 in 1. Pertama Kekayaan dan kedua bebaskan Malaysia drpd kekangan syariah. Baru senang nak mandate halalkan hiburan tanpa had judi arak pelacuran dlln.
http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=26786
السؤال
لدي أخ لا يصلي، هل يجوز الأكل من الأشياءالتي يحضرها إلى البيت؟ والسلام عليكم
الإجابــة
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أما بعد:
فيجوز الأكل من طعام من لا يصلي.. فقد كان النبي صلى الله عليه وسلم يأكل من طعام المشركين، كما قبل ضيافة امرأة يهودية؛ كما في صحيح البخاري وغيره.
ولكن يجب نصحه بالمحافظة على الصلاة والحذر من تركها، لقوله صلى الله عليه وسلم " العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة فمن تركها فقد كفر ". رواه أحمد والترمذي والنسائي من حديث بريدة رضي الله عنها، ولقوله صلى الله عليه وسلم ( بين الرجل وبين الشرك أو الكفر ترك الصلاة ) رواه مسلم. لكن إن نصحته فاستمر على ترك الصلاة، ورأيت أن هجره سيدعوه إلى أداء الصلاة، فاهجره وأعرض عن طعامه وزيارته، لعل الله أن يهديه ويصلح حاله.
والله أعلم.
http://www.binbaz.org.sa/noor/10962
حكم الأكل من الذبيحة التي ذبحها من لا يصلي
عندما تذبح ذبيحة لنا أحياناً يذبحها إنسان لا يصلي ولكنه مسلم، وقد سمعت في هذا البرنامج: أن الذي لا يصلي يعتبر كافر، فهل عليّ إثم إذا أكلت من لحم هذه الذبيحة، أفيدوني أفادكم الله
اختلف العلماء -رحمة الله عليهم- في الرجل الذي يدع الصلاة وهو لا يجحدها، يعلم أنها فرض وأنها واجبة عليه، ولكنه يتساهل، فيصلي تارة ويدع الصلاة أخرى، أو لا يصلي بالكلية، فذهب جمعٌ من أهل العلم إلى أنه قد أتى منكراً عظيماً أعظم من الزنا وأعظم من السرقة وأعظم من العقوق؛ لكنه لا يكون كفراً أكبر، بل كفرٌ أصغر، هكذا قال جمعٌ من أهل العلم، وبهذا قالوا: تحل ذبيحته، لأنه لا يزال مسلماً. وذهب آخرون من أهل العلم إلى أنه يكفر بذلك، متى ترك الصلاة عمداً ولو لم يجحد وجوبها فإنه يكفر بذلك، وهذا هو الصواب، هذا هو الحق، وهذا المروي عن الصحابة -رضي الله عنهم- قال عبد الله بن شقيق العقيلي تابعي جليل، لم يكن أصحاب رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يرون شيئاً من الأعمال تركه كفر إلا الصلاة، فجعل ترك الصلاة كفراً وإن لم يجحد وجوبها، وهكذا يقول -صلى الله عليه وسلم-: (العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة فمن تركها فقد كفر)، ويقول -عليه الصلاة والسلام-: (بين الرجل وبين الكفر والشرك ترك الصلاة)، رواه مسلم في الصحيح، والأحاديث الصحيحة في هذا كثيرة تدل على أن من تركها كفر، وإن لم يجحد وجوبها، سواءً كان رجلاً أو امرأة، هذا هو الصواب، وبهذا تكون ذبيحته غير حل، إذا ذبح ذبيحة تكون ذبيحته ميتة، كذبيحة المجوسي وشبهه، ذبيحة اليهودي حل، ذبيحة النصراني حل لأنه من أهل الكتاب، أما ذبيحة الكافر بترك الصلاة، أو بعبادة الأموات والاستغاثة بالأموات أو بسب الدين أو بالاستهزاء بالدين هؤلاء كفار أشد من اليهود والنصارى، تكون ذبيحتهم غير صحيحة وغير ذكية، وغير مباحة، فينبغي الانتباه لهذا، والحذر من التساهل في هذا الأمر. أما من جحد وجوبها وقال أنها غير واجبة، أو استهزأ بها فهذا كافر عند جميع أهل العلم، إذا جحد وجوبها، واستهزأ بالمصلين، ورأى أنهم ناقصي العقول بأداء هذه الصلاة، هذا كفرٌ أكبر نعوذ بالله. سماحة الشيخ: الذين يعملون في المجزرة لا يدرى عن أحوالهم، كيف يقول الشيخ للمستمعين لو تكرمتم؟ الواجب على المسئولين أن يعتنوا بهذا، فإذا كانوا لا يعلمون حالهم فالذبيحة حلال؛ لأن ظاهرهم الإسلام، لكن على المسئولين على المجازر أن يعنوا في الأمر، وأن لا يولوا إلا من عرف إسلامه، وأنه يصلي، وأنه بعيد عن نواقض الإسلام، هذا هو الواجب على المسئولين. والذي يذبح عليه أن يسأل الجزار أو لا يسأله، كيف يكون الحال سماحة الشيخ؟ إن كان ظاهره الخير فلا حاجة إلى السؤال، وإن كانوا متهمين سألهم.
Perenggan akhir, terjemahannya:
Harus hukum makanan orang yang tidak solat. Nabi SAW pernah makan makanan orang musyrik dan memenuhi jemputan perempuan yahudi.
Tetapi wajib menasihatinya agar menjaga solat dan beri peringatan supaya tidak meninggalkan solat kerana hadis Nabi SAW.... Antara seseorang dengan syirik atau kufur ialah tinggal solat, riwayat Muslim. Tetapi sekiranya anda telah menasihatinya namun dia tetap terus tinggal solat, dan anda melihat cara boikotnya akan mendorongnya menunaikan solat maka boikotlah dia, elak daripada makanannya dan tinggalkan ziarahnya, moga-moga Allah SWT beri hidayah kepadanya dan memperbaiki keadaannya.
Wallahua’lam...
Kesimpulannya, nasihat Ustaz TITM betul in sya Allah, Dr RORA kena muhasabah balik jawapan, hati dan dirinya...
Pemimpin mcm Tghh mmg boleh menyambut kedatangan najib untuk bersama dlm kerja2 yg baik demi kesatuan ummah. Tapi tetap tegas menolak untuk bertahalluf, sbb kepincangan Umno tdk membolehkan kedua parti ini menjalin ikatan.
Yg tidak boleh menyambut najib ialah orang2 mcm ko. Sbb surely akan buat apa shj lepas ditebar dedak2 mewah w.pun tujuannya disuruh buat kerja2 merosakkan syariat Islam. Masalahnya nak ke najib jumpa ko?
Jika diberi pilihan terakhir wujudnya 2 simpang yg wajib dipilih Pas samada Umno atau Dap. Klu aku pilihan terakhir itu ialah Umno w.pun berat hati. Sbb mudharat dap jauh lebih besar. Bukan shj bakal menjahanamkan harta negara sama spt Umno malah menjahanamkan syariat Islam, hak bumiputra dan juga institusi raja. All come in package sbb dap berkuasa mutlak dlm ph. Ph tdk berani jentik pun dap w.pun dap ckp apa shj berkait Islam. Hari ni hulur kurma, lusa bantai Islam. Hari ni campak dedak kat ikram, lusa dap dapat mandate besar utk ckp apa2 pun ttg Islam dan ikram akan diam menikus...ini baru dedak kecil drpd penang. Tak boleh nak bayangkan klu dedak yg lebih besar dap boleh offer lepas tawan putrajaya.
Mat sabu kata dia boleh karate dap kan dulu dlm ceramahnya?. Mana karatenya sampai skrg aku x nampak. Makin bertambah tinggi ketaatannya lagi adalah.
ontah lah...
Lama dah perati..rora ni suka cari pasal dengan pimpinan pas. Ape yang dia benci sangat kat Pas pon tak tau la..ada je yg tak kene..
Dr rozaimi sila lah ambil perhatian. Di sini bukan masalah perbezaan pendapat. Tapi hati awak yang bermasalah sebenarnya. Muhasabah lah diri. Semua orang tengah perhatikan awak rora. Saya bukan pentaksub PAS dan siapa-siapa, tapi tak suka tengok agamawan kat malaysia ni berbalah sesama sendiri. Maaf kalau komen terkasar bahasa.
Statement tersebut menimbulkan sakit hati golongan yang terasa dipanggil derhaka kpd Allah. Siapa yang takdak langsung derhaka dan berbuat maksiat kepada Allah. Golongan tersebut mungkin tobat tak pangkah pas dlm pru 14 ni. Ingatlah orang yang mengangka dirinya baik, itu sebenarnya orang yang buruk. Tapi orang yang merasa dirinya buruk sebenarnya itulah orang yang baik. Wallahualam.
Mungkin kita boleh panjangkan lagi kepada, jangan jadi pekerja kepada orang tak ber iman (kafir). Jangan membeli belah di pasaraya kafir, jangan melancong ke negara kafir ke Vietnam, China, Kemboja. Negara kafir pula jangan terima orang islam hijrah ke negara mereka atau melancong ke negara mereka. Jangan berurusniaga dengan negara islam. Apa nak jadilah kalau semua pihak berfikiran sempit macam ni. Apa yang peliknya orang islam sendiri takmau hijrah ke negara Arab, berebut rebut nak hijrah ke negara kafir hingga sanggup bergadai nyawa.
http://www.ilmusunnah.com/berjual-beli-dengan-orang-musyrik-dan-kafir-harbi/
rasulullah sendiri beli makanan dr yahudi .. rasulullah maybe tak sewarak dan sesuci tuan ibrahim dan kuncu2nya
dari aisyah, nabi pernah membeli makanan dr yahudi dengan gadaikan baji besi.. hadis sahih. so nabi tak betullah ya.. nabi tak sesuci pedagang agaman dan walaunnya.. nabi buat kesilapan sbb beli makanan dgn yahudi.. yg jauh lebih teruk dari fasik. . tolonglah buka jubah parti dan gunakan jubah agama yg lebih mulia dari parti
dr rora akan ajak dialog lps raya itupun kalau ustaz penipu ni berani
walaupun fatwa menyeaatkan
walaupun mengharamkan apa yg allah dan nabi halalkan
nabi sendiri bweurusniaga dgn yahudi malahan aisyah meriwayatkan nabi membeli makanan dr yahudi dgn gadaikan baju besinya
. nabi maybe belum cukup hebat dr golongan parti agama. belum suci dan warak dr pedagang agama dan walaunnya
Jadi adakah kamu cuba nak sampaikan kita pula boleh beli makan di restoran ah chong agar mencontohi Rasulullah begitu?
Ada byk lagi cerita lain yg lebih menarik ttg Rasulullullah dan yahudi contohnya Rasulullah membantu menyuapkan makanan kpd orang yahudi yg buta pada masa yg sama yahudi yg buta itu menghina Rasulullah. Tapi kena lihatlah kesinambungannya dgn topik article bukan cerita ttg warak atau tak warak.
Betul 11.06.
Dr rozaimi suruh menghayati nilai Islam agar jgn rasa lebih tinggi drpd yg lain tapi dlm masa yg sama Dr rozaimi sendiri sentiasa cuba membuktikan dia lebih tinggi drpd ulama kononnya sbb dia ada phd. Lebih2 lagi klu dilihat ulama itu drpd Pas..
Apa punya soalam.. Orang yg beriman macam ulamak tuan guru tuan ibrahim pastinya tak akan sokong pasaraya tesco milik yahudi atau giant milik cina kafir. My mydin pun supplier ayam sayur cina kafir jugak. Tuan tak makan kfc mcd apatah lagi mi megi.. Tuan tanam sayur pancing ikan ternak ayam sendiri. Cara ini ini paling menepati syarak dan mengikut sunnah nabi tentunya makanan yg dimakan tuan terjamin halalan toyiban
Hati yg mati dh byk mkn bnde syubhat mmg xkn dpt cerna msj tu.. igt ek agama kite islam pentingkn soal mkn mnum... x sume ko bedal. Beginila. Ni Zaman scientific, pe kate kite buat ujikaji pd.pelajar2 yg mkn dr org yg taat perintah Allah dgn yg xtaat..de kesan x dr segi pembelajaran... lps tu bru kite tau yg mne bg nasihat yg btol.. klau takat yg hujah.je lbih ape pon tarak. Papepon ak sokong titm...nasihat dr ulama tu elok kite dgr drp mndengar kata2 org yg fasiq. Ntah2 yg duk hentam.nasihat titm ni solat pon xckup 5 waktu..nauzubillah.
Ulama bg nasihat yg xde brtentgn quran hadis tu dgrla...tguran yg baik mcm2 awk ckp kt titm.. ckup x 5 waktu?
Hadis mane tu? Sila nyatakn.
Assalamualaikum.
Belum terlambat untuk komen kot. Hanya minta maaf dulu.
Imam zaman dulu 10 20 tahun dulu hisap rokok. Imam sekarang, boleh kata tidak merokok.
Jika kita jenis penghisap rokok, mungkin kita tak kisah jadi makmum kepada imam perokok. Tapi, jika kita tak hisap rokok kita lebih rela menjadi makmum kepada imam yg tidak merokok.
Oleh itu, boleh kata orang yg tak kisah sumber makan minum nya dari mana, halal atau haram atau syubhat; akan tak kisah juga membeli dari siapa; tutup aurat, solat atau tidak. Allahu 'aklam.
Entah lah semua claim depa pandai, termasuk Lebai Haji Hassan Omar
Dahulu aku suka menonton ceramah seorang 'pakar hadis', tetapi sekarang aku tidak berminat sebab aku melihat 'pakar hadis' tersebut mempunyai masalah akhlak kerana beliau suka merendah-rendahkan ulama-ulama Islam yang lain. Beliau suka menghentam ulama Islam tetapi pada masa yang sama beliau berdiam diri setiap kali orang kafir atau puak munafik liberal menghina dan memfitnah agama Islam dan menafikan hak umat Islam! Sikap apa ini? Hipokrit? Double standard? Jaguh kampung?
Sebilangan penulis komen jelas menunjukkan kejahilan mereka dengan menulis komen-komen jahil yang tidak berdasarkan ilmu.
Allah SWT menghalalkan umat Islam memakan sembelihan ahli kitab tetapi anda mesti fikir ahli kitab yang bagaimana. Apakah definisi yang tepat untuk 'ahli kitab'? Niat sembelihan itu untuk siapa?
Secara umumnya memakan makanan yang diberikan oleh orang bukan Islam adalah dibolehkan tetapi bagaimana pula status 'halalan toyyiban' makanan tersebut?
Makanan vegetarian adalah halal selagi ia tidak bercampur dengan arak dll. Masalahnya adakah anda tahu sama ada makanan vegetarian tersebut tidak dicampurkan dengan arak dll?
Mereka lupa untuk membuat pertimbangan tentang 'halalan toyyiban' yang bermaksud sesuatu yang halal dan bersifat baik serta elok. Islam menyuruh kita makan makanan dan minum minuman yang bersifat'halalan toyyiban'.
Jika pembuat dan penjual makanan dan minuman tidak mengikut garis panduan 'halalan toyyiban', maka kita bimbang tentang status 'halalan toyyiban' sesuatu makanan atau minuman.
Adakah anda akan makan makanan yang diproses atau disediakan oleh orang kafir sedangkan makanan tersebut tidak mempunyai label 'halal' yang sah ?
Adakah anda akan minum minuman yang disediakan oleh kaki botol yang mendakwa dirinya beragama Islam?
Adakah anda akan makan nasi berlauk yang disediakan oleh orang yang mendakwa dirinya beragama Islam tetapi suka makan benda haram?
Adakah anda akan memakan makanan yang disediakan dan dijual oleh orang-orang yang suka mengingkari perintah Allah dan RasulNya? Adakah dia peduli tentang status halal atau haram makanan tersebut?
Tepuk dada, tanya iman !
Hehehe fatwa Umno kafir dah..
Fatwa Pan kafir bila lagi???
Hehehe..tanya jer...
Islam yg sebenar utamakan kebersihan...
Yg tak berapa 'sebenar' tu faham2 la...
Tekak sendiri pandai2 la jaga..
Hehehe fatwa Umno kafir mulut kohong dah buat
Fatwa Pan kafir bila lagi???
Hehehe..tanya jer...
Benar tuan.
Saya nak tanya balaci-balaci bejahil yang menyokong 'pakar hadis' konon :
Mengapa tukang masak @ chef dan penjual makanan wajib menutup rambut mereka? Kalau kamu masih tak faham, daftar semula masuk tadika !
PEMBETULAN:
Saya nak tanya balaci-balaci jahil yang menyokong 'pakar hadis' menghina ulama Islam:
Mengapa tukang masak @ chef dan penjual makanan wajib menutup rambut mereka? Kalau kamu masih tak faham, eloklah kamu semua daftar semula masuk tadika !
Anon mulut kohong July 3, 2017 at 10:24 AM,
Nampaknya kamulah yang suka mengkafirkan orang ramai berdasarkan komen kamu sendiri ! Kita percaya kamu adalah tentera kacang merah (RBA) ternakan roket yang cuba memecah-belahkan umat Islam. Sesungguhnya dakwaan kafir telah kembali kepada kamu sendiri !
Manusia murtad secara lisan, perbuatan atau hati kerana mengingkari perintah Allah dan RasulNya. Sesiapa sahaja boleh menjadi murtad jika mereka menentang, mempertikai, mempermainkan, menghina, menolak perintah Allah dan RasulNya.
Jangan ambik BRIM sebab bini najib x tutup aurat... jangan makan gula sebab tokey gula non muslim... jangan buat masjid sebab tokey simen bukan islam.... hahahaaaaa.... mengaku lebai tapi bodo.....
Haji ni pergi mekah xnampak ka'abah kot, sebab tu bodo... kalu jahil jgn up pandangan dkt internet, bila org terpengaruh kamu akan berdosa. Dan org byk berdosa tempatnya neraka.
Kecualilah ajee ada nombor ahli pas.... hahahaaa dapat wildcard... baso bengong...
terbaik... teruskan... Orang yang x belajar TASAWUF mereka x kan faham bab nie..
Zhuge Liang fahamlah.. dap kan dah ajar..
Apa salah dap pulak.... byk kebajikan LGE buat di penang. Masa rasulullah saw lari mwninggalkan mekah ke yayhrib dulu, yang bantu tunjuk jalan selamat pon bukan orang islam... kalau nak marah dgn non muslim, marah dkt Allah Azzawajall sebab DIA yang jadikan demo tu non muslim.. lagumana non muslim nak tgk kebaikan islam kalu org celaka mengaku lebai up text dlm online... mcm hassan x nampak kaabah ni...
Lebai, dlm alquran ada ayat Allah cabar manusia2 yg perasan mereka benar agar mintak mati cepat....lebai kalo rasa betul sgt, dok hina2 org len, sila doa mati cepat...
https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWV2lZaDBldU5Mem8/view?usp=drivesdk
Web: almawaddah.info
Salam
Kepada:
Redaksi, rektor dan para akademik
Per: 1. "Surat Terbuka Kepada PM' dan 2. "Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan".
Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan
Saya selalu berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan peminjam yang meminjamkan uang tanpa membayar terlebih dahulu.
Jika Anda mencari pinjaman, perusahaan ini adalah semua yang Anda butuhkan. setiap perusahaan yang meminta Anda untuk biaya pendaftaran lari dari mereka.
saya menggunakan waktu ini untuk memperingatkan semua rekan saya INDONESIANS. yang telah terjadi di sekitar mencari pinjaman, Anda hanya harus berhati-hati. satu-satunya tempat dan perusahaan yang dapat menawarkan pinjaman Anda adalah SUZAN INVESTMENT COMPANY. Saya mendapat pinjaman saya dari mereka. Mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman yang sah di internet. Lainnya semua pembohong, saya menghabiskan hampir Rp35 juta di tangan pemberi pinjaman palsu.
Pembayaran yang fleksibel,
Suku bunga rendah,
Layanan berkualitas,
Komisi Tinggi jika Anda memperkenalkan pelanggan
Hubungi perusahaan: (Suzaninvestment@gmail.com)
Email pribadi saya: (Ammisha1213@gmail.com)
Berilmu pun kena pandai berhujah dengan berhemah.
penulisan tuan bias kepada pas..saya tau tuan adalah ahli pas tegar..cuba fikir secara kritikal dalam hal ini..mufti wp, mufti perlis, dr . rozaimi dan ust danial tak bersama pas dalam hal ini.. cara pas ini boleh merosakkan islam di malaysia..ustaz tuan ibrahim memalukan islam..dia ptt minta maaf kepada ulama2 di malaysia
Bodoh. Mana dia kata silap. Dia petik kata2 ulamak muktabar lain. Awak buat fitnah.
Apa cerita jumhur 4 mazhab ni?Mana datang istilah ni?
Tsk ikut macammana, pengikutnya sangat banyak terutama org2 yg nak belajar ilmu. Seorg gutu tu memang ada krkurangan.
Sokong. Dr rozaimi pun sebenarnya beli kat org baik2. Apa yg dia bincangkan tu adalah ilmiah. Sapa tak mau sokong pun tak pa. Sapa nak sokong pun tak pa...
Kalau ada pilihan kita beli kat org2 yg beriman.
Post a Comment