Latest Post
Showing posts with label HARAPAN. Show all posts
Showing posts with label HARAPAN. Show all posts

PAS Menang Tipis Di Terengganu HARAPAN Ada Hilang Wang Pertaruhan


Apabila lebai menulis artikel mengenai kedudukan di Pulau Pinang HARAPAN tak boleh membentuk kerajaan walaupun DAP menang kesemua 19 kerusi yang dipertandingkan , ada sahabat baik lebai minta lebai mengulas kedudukan di Terengganu. (Baca di sini dan di sini).

Secara peribadi lebai tak ambil hirau perkembangan di Terengganu, hanya menumpu di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Tapi untuk memenuhi hasrat sahabat ini, lebai cuba menghubungi kenalan yang banyak membuat analisis di Terengganu. Kebetulan pula seorang sahabat IKRAM yang dulunya pegawai Petronas kini balik kampungnya di Seberang Takir dan bergiat dengan AMANAH (PAN).

Sebelum kita membuat analisis pola kecenderungan pengundi di sana kita kena ambil beberapa perkara sebagai asas.


 1. UMNO di Terengganu tidak menghadapi masalah besar dengan rakan MCA (Tiada MIC di Terengganu) kerana satu Dun Bandar biasa di peruntukkan kepada MCA.

2. Masalah utama BN Terengganu ialah masalah perpecahan antara mereka. Jika keadah penyelesaian oleh Najib boleh diterima dan ditaati mungkin UMNO Terengganu menjadi stabil.

3. Tapi perlu diingat walaupun mereka berpecah tetapi ketaatan kepada UMNO sangat tinggi di Terengganu. Pasal itu HARAPAN dan Mahathir tidak berjaya menebusi Terengganu. Faktor utamanya UMNO Terengganu didokong oleh golongan kurang akademik (Ini bukan lebai nak hina tapi kajian) yang lebih berfokus kepada "duit". Ada golongan reformasi dalam UMNO Terengganu didalangi oleh golongan pelajar terutama guru. Mereka jenis kurang taat kerana mereka tidak berapa bergantung kepada "duit". MB Terengganu sekarang contohnya tapi malangnya golongan guru yang menyertainya adalah guru "yang terbuang di sekolah".

4. UMNO Terengganu bergantung kepada persempanan semula dimana dengan ini UMNO rasa lega.

Mengenai PAS pula.


1. PAS Terengganu adalah antara PAS yang terbaik, tersusun dengan fikrah PAS yang sangat jitu. Faktor ini membuatkan AMANAH (PAN) di Terengganu boleh dikatakan hampir 90% terpaksa didokong oleh IKRAM.

2. PAS Terengganu juga tidak menghadapi masalah perembutan calon dan penyusunan calon PAS Terengganu sudah dikenalpasti semenjak 4 tahun lalu. PAS Terengganu dalam kedudukan sangat bersedia.

3. PAS Terengganu juga mempunyai kepimpinan muda yang 'solid' dan cergas dengan pendekatan baru. Dulu PAS Terengganu tidak tertonjol kerana dibayangi oleh 5 tokoh utama mereka iaitu Haji Abdul Hadi (TGHH), Ustaz Harun Taib (HT), Mustaffa Ali (cikgu Pa), Ustaz Abu Bakar Chik (ABC) dan Wan Mutalib Embong (WM). Kini hanya tinggal TGHH, Cikgu Pa macam menghilang, HT dan ABC meninggal dunia. WM dan jadi veteran dan tidak begitu aktif.

Mari kita tijauan HARAPAN pula.


1. Tiada tokoh HARAPAN yang tertonjol samada daripada BERSATU, AMANAH atau pun DAP. Pengerusi BERSATU tidak dikenali oleh rakyat Terengganu. Pengerusi AMANAH Raja Bahrin dikenali tapi macam terbiar jika ditinjau dengan ceramah-ceramah yang bersifat bercakap tanpa audion. DAP entahlah.

2. HARAPAN boleh dikatakan sangat daif, susun kerja juga sangat tidak berkesan bukan mereka tidak ada kepakaran tetapi mereka tiada akar umbi.

Itu sepintas lalu latarbelakang BN, PAS dan HARAPAN di Terengganu sebelum kita masuk kepada analisis terperinci setiap DUN.


 12 kerusi di Terengganu sebelum ini majoriti bawah 1,000 pengundi. Dun yang dimenangi oleh BN majoriti kurang 1,000 undi melibatkan empat kerusi iaitu Jertih (930 undi majoriti), Jabi (782), Kuala Berang (449) dan Kemasik (898).

Manakala PAS pula menang 8 kerusi yang majoritinya kurang 1,000 undi iaitu Tepuh (229 undi majoriti), Teluk Pasu (109), Bukit Tunggal (652), Ladang (924), Alor Limbat (645), Bukit Payung (613), Manir (588) dan Rantau Abang (141).

AMANAH tidak kuat di Terengganu dan faktor AMANAH menarik undi PAS agak tidak ketara. Manakala BERSATU juga tidak kuat di Terengganu dan faktor BERSATU tarik pengundi UMNO juga tidak ketara. Daripada 2 parti ini BERSATU dijangka akan menarik lebih besar berbanding AMANAH kerana 4 faktor;

1. Pengaruh dan Aura Mahathir
2. Masalah GST dan rakyat ada sentimen benci UMNO.
3. Faktor calon UMNO sangat berkaliber dengan 8 lulusan SPM dan seorang STPM sahaja.
4. 'Cah Keting' dan satu istilah beru "Sebelah Selipar, Sebelah Kasut" iaitu pengundi akan memberi undi kepada parti berlainan sebagai contoh DUN beri undi kepada PAS, Parlimen beri kepada BN.


N.9 TEPUH Pengundi: 23,111 (Melayu-99.00%, Cina-0.63%, India-0.06%, Lain-lain-0.26%)
Datuk Basir Ismail (BN)
Hishamuddin Abdul Karim (PAS)
Wan Hafizie Suzlie Wan Hassan (PKR)

Muhammad Ramli Nuh (BN): 10,899
Hishamuddin Abdul Karim (Pas): 11, 128
Pas menang, majoriti: 229
% Mengundi: 88.6
Penyandang PRU-13: Hishamuddin Abdul Karim (Pas) Majoriti: 229

Jika PKR boleh tarik hanya 4% undi BN dan 1 % Undi PAS ini bermakna BN akan dapat 9,975 undi dan PAS dapat  10,897 undi dan PAS kekal di situ. Jika lihat perubahan carta di atas pola undi PAS makin meningkat setiap PRU selepas PRU 2004 daripada -774 kepada +229.
Walapun 4% satu nilai sangat kecil tapi BN tak boleh tawan kawasan PAS

Kita cari Dun PAS paling rendah. Dun Rantau Abang.

 N.26 RANTAU ABANG
Pengundi: 24,819 (M-98.85%, C-0.48%, I-0.07%, L-0.55%) 
Wan Zaukfli Wan Gati (BN)
Mohammad Padeli Jusoh (PKR)
Alias Harun (PAS)
 
Datuk Za'abar Mohd. Adib (BN): 8,823
Alias Harun (Pas): 8,964
MazlanHarun (Bebas): 90
Pas menang, majoriti: 141
% Mengundi: 88.1
Penyandang PRU-13: Alias Harun (Pas) Majoriti: 141

Jika PKR boleh tarik 4% undi BN dan 1 % Undi PAS ini bermakna BN akan dapat undi 7,830 dan PAS dapat 8,740 undi. Ini bermakna PAS kekal di Dun Rantau Abang.

Kesimpulan pertandingan 3 penjuru di Terengganu menyelamatkan PAS. Lebai tak nak buat analisis Dun Manir di mana itu adalah tempat Ustaz Harun Taib yang telah mencatatkan rekod tak pernah kalah tapi majoriti sentiasa bawah 1000 undi.

Mari kita ambil kawasan BN memang bawah 1,000 undi pula. Kita pilih Jertih.


N.3 JERTIH
Pengundi: 22,880 (M-96.18%, C-3.33%, I-0.14%, L-0.28%)
Muhammad Pehimi Yusof (BN)
Wan Azhar Wan Ahmad (PAS)
Datuk Dr. Kamarulzaman Wan Su (PKR)

Muhammad PehimiYusof (BN): 8,396
Wan Azhar Wan Ahmad (Pas): 7,466
BN menang, majoriti: 930
% Mengundi: 85.8
Penyandang PRU-13: Muhammad Pehimi Yusof (BN) Majoriti: 930

Seperti tadi ambil nilai paling kecil 4% + 3% Pengundi Cina, Kalau makin besar makin semakin berisiko. BN akan dapat 6,794 undi. PAS dapat 7,237. PAS Boleh tawan Dun Jertih.

Ini bermakna dengan perubahan UMNO sekitar 5-10% akan menyebabkan UMNO akan kehilangan 4 DUN iaitu Jertih, Jabi, Kuala Berang dan Kemasik.



Kita Ambil satu kawasan kubu UMNO, misalnya kawasan MB Terengganu sekarang Razif

N.11 SEBERANG TAKIR
Pengundi: 20,607 (M-99.24%, C-0.18%, I-0.11%, L-0.47%)
Mohd. Fazil Wahab (PAS)
Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman (BN)
Abu Bakar Abdullah (PKR)


Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (BN): 7,731
Ahmad Nazri MohdYusof (PKR):73
Zakaria Dagang (Pas): 6,221
BN menang, majoriti: 1,510
% Mengundi: 88.2
Penyandang PRU-13: Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman (BN) Majoriti: 1,510

Ok Nak letak berapa yang PKR dapat tarik??
Letak 5%
Razif dapat 6,701 undi
Tergugat Razif menang  nipis... ha ha ha

Kalau pembaca kata aura Mahathir hebat, takkan sekitar 4 - 5 % aje boleh tarik undi UMNO??

PAS Memang Boleh Tawan Terengganu.


Jika PAS boleh tawan Jertih, Jabi, Kuala Berang dan Kemasik. PAS mempunyai 19 Kerusi dan BN mempunyai manakala BN mempunyai 13 Kerusi daripada 32 kerusi di Terengganu.

Daripada Maklumat lebai perolehi daripada sumber PAS, rupanya ada 2 sumber analisis satu mengatakan PAS dapat 18 kerusi dengan menolak Kuala Berang atas faktor jentera PAS di Kuala Berang agak lewat bersedia.

Isu persempanan dan perpindahan pengundi yang dimainkan oleh UMNO tetapi telah diatasi oleh PAS dengan menyusun semula pengundi dengan pertukaran alamat dan pengagihan pengundi luar daripada Terengganu.

Bagaimana kedudukan HARAPAN?


Minta maaf lebai ramal 7 Dun HARAPAN akan hilang wang pertaruhan iaitu di Dun Sura, Rantau Abang, Rhu Redang, Paka, Wakaf Mempelan, Batu Buruk dan Seberang Takir.

Ambil PERHATIAN, Jika HARAPAN tak hilang wang pertaruhan di Seberang Takir, MB Datuk Ahmad Razif Abd Rahman akan kalah di kerusi itu.

Kedudukan Dun Bandar?



Satu lagi ialah kedudukan Dun Bandar adakah PAS boleh tawan? Cina 35% di situ. Ada perbahasan dikalangan pengalisis PAS Terengganu samada Cina di situ Cina DAP atau MCA kerana MCA satu-satunya yang bertanding di situ dan di Negeri Terengganu. MCA kena memang bagi menjaga masyarakat Cina Terengganu.

Satu lagi rekod pernah berlaku di Terengganu apabila 2 wakil DAP yang mewakili kerajaan negeri Terengganu berkrisis, DAP minta mereka letak jawatan mereka buka letak jawatan tapi keluar DAP.

Mari kita detailkan..


1. Dato' Toh Chin Yaw (BN)           7,254    
2. Azan Bin Ismail        (PKR)         9,413    
                Jumlah Pemilih Berdaftar                        :  20,390  
                Jumlah Kertas Undi Ditolak                    :       276        
                Jumlah Kertas Undi Dalam Peti Undi      : 16,943  
                Jumlah Kertas Undi Dikeluarkan             : 16,983  
                Jumlah Kertas Undi Tidak Dikembalikan :       40          
                Peratus Pengundian        :               83.30% 
                Majoriti                :               2,159


PRU-14
Ahmad Shah Muhamed (PAS)
Toh Seng Cheng (BN)
Azan Ismail (PKR)
Pengundi: 20,268 (M-64.13%, C-34.55%, I-1.03%, L-0.24%)

Jika kita lihat 34.5% pengundi Cina ini bermakna ada 7,093 undi Cina. Sedangkan Azan Ismail semasa PAS, PKR dan DAP hanya dapat Undi 9,413 sahaja. Ini bermakna ada Cina mengundi BN.

Jika undi Cina masih memihak kepada BN sekitar 20-30%, Ini bermakna peluang PAS menang adalah cerah.

Tapi kalau kila tolak juga Dun Bandar kata dapat kepada UMNO kedudukan masih
UMNO 15
PAS 17
HARAPAN 0

PAS masih menang di Terengganu dengan kemenangan NIPIS.


 

Mahathir akan kalah sekitar 1500 undi di Langkawi


Semalam ada niat nak ulas kajian INVOKE, Ilham Centre dan juga Merdeka Center (Hanya kajian Merdeka Center yang boleh diambil kira sebab sangat sedikit 'bias'). Nak banding kajian ini dengan sistem culaan PAS yang dilakukan oleh orang kampung setiap lokaliti pengundi yang mereka ini cula setiap pengundi berdasarkan buku pengundi SPR. Mereka kenal setiap pengundi satu demi satu di mana mereka berada, apa pekerjaaan mereka, sekarang ini mereka ada dimana dan apa posisi politik mereka. Mereka labelkan dengan A, B, C, D, E, F... dan seterusnya dengan makna tersendiri... Misalnya F makna 'fail' iaitu pengundi ada nama dalam buku daftar pemilih tetapi tidak dapat dikesan dimana mereka berada...

Tapi masa agak suntuk, lebai ulas ringkas ajelah!!


Mereka sebenar sudah tahu apa keputusan di LOKALITI masing-masing. PARLIMEN -- DUN -- PETI UNDI --- LOKALITI -- TEMPAT MENGUNDI --- SALURAN MENGUNDI.

Kekuatan PAS ialah mereka mempunyai 196 Kawasan (parlimen 196/222) yang mempunyai keahliaan yang baik. Daripada 196 Kawasan ini ada sekitar 700 DUN dan ada lebih kurang 5,600 Peti Undi dan ada sekitar 1,200 Lokaliti.

Jika Kawasan ini bergerak degan baik, sistem culaan berjalan dengan lancar. Maka PAS sebenarnya tahu kekuatannya dan mungkin sudah dapat gambaran awal sebagai asas samada KALAH atau MENANG di PARLIMEN atau DUN berkenaan.





Lebai pergi melawat satu LOKALITI mengundi yang mempunyai pengundi sekitar 1,244 orang. (lokaliti lebih kecil daripada Peti Undi adalah pecahan DUN). Ini adalah gambar peta cula di Bilik Gerakan lokaliti berkenaan. Tempat ini sulit tak semua orang PAS pun boleh masuk. Jangan tanya kenapa lebai boleh masuk dan ambil gambar!!

Berdasarkan buku culaan yang diberikan oleh SPR, mereka akan nombor bilangan ahli rumah yang boleh mengundi mengikut buku SPR. Mereka akan kesan dimana mereka ini berada.

Yang buat kerja ini...
Seorang sahaj yang ada lulusan U dengan kemahiran komputer tinggi. Yang lain semuanya "tak sekolah" tapi komitmen dan istiqamah sangat tinggi. Mereka korbankan diri, jiwa dan keluarga mereka untuk perjuangan Islam demi mendapatkan redhaan Allah s.w.t. Mereka bukan oang politik yang memeta melihat kerjayaan jika bersama DAP ke?? Kita korban Islam kita sedikit ke?? ... Mereka bukan macam itu.

Tapi bila tanya macam mana culaan??
Mereka jawah Usof, anak Pak Da jual Kerepek tepi jalan tu, 6 bulan tak pernah balik. Tapi difahamkan balik mengundi dan mengkin pangkah DACING (BN).

Ya ke? tanya lebai.
Namanya dah ada dalam senarai markaz UMNO dapat RM300 untuk pengundi luar.

Lebai tanya lagi, Eeh betul ke?
Dia jawab kitakan ada Isham... dia beritahu semua.

Siapa Isham (Hishamuddin)?
Dia adalah PGS PAS. PGS adalah singkatan untuk kumpulan "Gerak Saraf" PAS yang menyusut masuk ke parti lain untuk dapatkan maklumat.

Hebat lebai kata...
Apa ingat pakai kain pelikat bodoh ke.. Tak boleh memerintah??

Lebai tersenyum.. kami habiskan roti bakar dan kopi o.. Dulu masih ingat markaz atau bilik gerakan PAS sekadar ada biskut kering aje... Tapi kini meja penuh dengan kuih muih.. Mungkin kot duit RM90 juta... he he


Itu realiti PAS bukan kajian khayalan INVOKE kajian untuk bina persepsi aje.

Lebai dapat maklumat daripada bilik gerakan PAS di Langkawi bahawa Mahathir kalah 1,500 undi. Ok Malam ini kita lihat betul atau tidak.



 

Politik Kubur Mahathir Vs Nik Adli


Secara peribadi, lebai lebih suka Mahathir dan Nik Omar (anak derhaka lawan parti ayahnya TGNA) menziarahi kubur Tok Guru Nik Abdul Aziz. Lebai menulis artikel "Selepas Ziarah Kubur Ustaz Fadzil, Apa Salahnya Ziarah Pula Kubur Nik Aziz

Pandangan lebai ini boleh kata hampir sama dengan pandangan pimpinan PAS di Kelantan yang melihat kedatangan Mahathir adalah kedatangan strategi politik untuk "menceramukkan" pengundi PAS dan atas pagar disaat-saat akhir kempen.

Presiden PAS, Abdul Hadi ada menempelak Mahathir, utamakan yang wajid dulu daripada membuat yang sunat. Lebai setuju, kalau Mahathir dan buat sunat juga ziarah kubur, pergilah ziarah kubur ayah dan ibunya dulu.

Sebelum ini Nik Omar berkata dia akan terus legasi ayahnya termasuk agenda hudud. Dia akan teruskan. Satu masalahnya ialah pernah Karpal Singh berkata, jika nak buat hudud, kena langkah mayatnya. Ada bagus juga Mahathir boleh bawa Nik Omar ziarah sekali kubur Karpal Singh untuk membolehkan Nik Omar melangkah mayat Karpal --- tak faham juga tak tahu apa lebai nak kata!! 




Lebai pelik juga si Mahathir, kubur Tun Huussein tak pula nak diziarahinya... mana tahu boleh lembutkan hati Hishamuddin.

Lebai tertarik dengan tulisan Ustaz Zakaria Ismail di Harakahdaily, Ustaz Zakaria berkata Nik Adli pula, tidak langsung berfikir mengenai strategi. Dia kenal Tun sebagai manusia berhati batu yang meng'ISA'kan dirinya. Tun memisahkan beliau daripada keluarganya tanpa diberi hak untuk dibicarakan.


Nik Adli Nik Abdul Aziz ini pernah ditahan pada 4 Ogos 2001 dibawah Seksyen 73 (1) Akta ISA atas tuduhan mengetuai Kumpulan Militan Malaysia (KMM).

Menteri Keselamatan Dalam Negeri Malaysia ketika itu ialah Mahathir Mohamad yang juga Perdana Menteri Malaysia. Rakyat Malaysia terkejut kerana ia melibatkan anak Musyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Penahanan itu jelas sebagai cubaan Mahathir mengaitkan PAS terutamanya Tok Guru Nik Aziz dengan aktiviti pengganas.

"Tok Guru Nik Aziz redha dengan penahanan anaknya, sebagai sebahagian dari ujian Allah s.w.t. terhadap beliau dan keluarganya. Namun, beliau tetap memberi ingat kepada semua pihak yang bertanggungjawab. Samada menteri, ataupun orang politik, ataupun sesiapa sahaja. Sebagai seorang bapa, beliau akan menuntut haknya di depan Allah s.w.t. di akhirat kelak.

Oleh kerana beliau dan keluarganya jelas dizalimi dalam hal ini, maka apabila berhadapan dengan Allah s.w.t. kelak, beliau akan memohon pengadilan. Kalau perlu dipijak dan diinjak muka mereka yang bertanggungjawab dan tali barutnya sekali, akan beliau lakukan dihadapan Kadhi Rabbul Jalil itu."

Selain itu Tok Guru juga pernah berkata “Saya tidak akan pergi menemui Nik Adli dan merayu pihak atasan bagi sebuah pertuduhan yang tidak pernah dibuktikan. Sudahlah gagal dibuktikan, gambar anak (saya), Nik Adli digunakan sebagai simbol militan dalam salah satu modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN),”

"Tindakan pihak yang menyediakan modul tersebut jelas sesuatu yang mendukacitakan. Dia masih belum dibuktikan di mahkamah sebagai pengganas, mana boleh? Kalau benar orang yang buat itu (menyediakan modul yang menggambarkan Nik Adli pengganas) sebagai seorang yang bertanggungjawab, dia kena minta maaf kepada saya, isteri saya dan anak saya,” kata Tok Guru lagi.

“Macam mana boleh kata anak saya pengganas sedangkan tidak ada mana-mana mahkamah pun yang sabitkan anak saya sebagai pengganas,'' bentaknya pada kuliah mingguan Jumaat pada 25 Februari 2006.

Setiap kali teringat pada Nik Adli air Mata Tok Guru akan tumpah. Hatinya pilu setiap kali tiba Hari Raya kerana melihat dua cucunya beraya tanpa ayah mereka disisi selama 5 tahun.

Selepas 5 tahun dipenjara, Nik Adli akhirnya dibebaskan daripada tahanan Akta ISA Malaysia, pada 18 Oktober 2006 , seminggu sebelum hari raya aidil fitri pada 24 Oktober 2006 oleh Pak Lah yang mengantikan Mahathir sebagai PM.

Nik Adli menjadi mangsa kezaliman Mahathir akibat dendamnya kepada Tok Guru Nik Aziz yang merampas Kelantan dari BN sejak 1990. Nik Adli dipisahkan 5 tahun dari isteri dan dua anak kecilnya serta bapa kesayangannya walaupun tidak melakukan apa-apa kesalahan. Kita tidak duduk terkurung 5 tahun dalam penjara ISA tanpa perbicaraan macam beliau, jadi jangan memandai-mandai fitnah dia lagi.

Bukanlah sesuatu yang menghairankan jika Nik Adli melakukan tindakan menghalang Mahathir mengunjungi pusara Mursyidul Am PAS itu. Bukan semua orang-orang yang dizalimi dapat melupakan kezaliman Mahathir, apatah lagi hasrat menziarahi pusara Tok Guru itu lebih kepada "political stunt" untuk menagih sokongan dan simpati sempena PRU14.


Nik Adli mengunci pusara ayahnya untuk halang Tun Mahathir dari melawat almarhum Tuan Guru yang telah pergi apa sangat nak dibandingkan dengan Tun Mahathir yang telah mengunci pintu penjara selama hampir 6 tahun untuk menghalang Nik Adli daripada berjumpa dengan anak isteri serta ayah bondanya. Itu sikap Nik Adli "Straight Forward" tanpa mengambil kiraan politik itu sikap setelah dia diISAkan.

Dia bukan Mat Sabu, orang politik, cakap lidah bercabang, gadai prinsip dan tak ada maruah diri. Orang macam ini agama boleh jual kerana bermatlamatkan politik. POLITIK dah jadi "akidah" perjuangan.


Setelah terseksa diISAkan, dia boleh jadi tukan masak Mahathir. Dia kata ISA tu "LUKA SIKIT AJE", memaafkan itu lebih baik!!

Lebai suka kesimpulan yang dibuat oleh Ustaz Zakaria Ismail yang mengambarkan Nik Adli sebagai Jebat...  "Jebatkah yang benar? Atau akukah yang benar?,"  getus Tun Tuah setelah membunuh Jebat, sambil mukanya menjengah keluar jendela melihat orang ramai berteriak "Hidup Tun Tuah! Hidup Tun Tuah!"

Dalam PAS sangat ramai Jebat
Itu sebab PAS sangat 'teruk dan hodoh' disisi media massa.


 

Selepas Ziarah Kubur Ustaz Fadzil, Apa Salahnya Ziarah Pula Kubur Nik Aziz



Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menziarahi pusara bekas presiden Pas Datuk Fadzil Mohd Nor di Muasasah Darul Ulum Kedah semalam.

Ini berlaku sehari selepas Mahathir memohon maaf atas keterlanjuran katanya mengenai mangsa tragedi Memali.

Datuk Fadzil Mohd Nor Persuruhjaya PAS ketika kejadian Memali antara pimpinan PAS yang hebat yang meminta kerajaan menyelesaikan masalah Ustaz Ibrahim Libya. Mari kita dengar apa kata Ustaz Fadzil Nor di Dewan Rakyat.


Mahathir tersilap apa bila mengatakan mereka yang mati di Memali adalah "MATI KATAK". Dia TERPAKSA meminta maaf demi meraih undi.

Bekas Pimpinan PAS yang mengkhianati PAS, kini berada dalam parti AMANAH (PAN) membisu. Mereka ini tak ada maruah diri.


Dinsman, seniman dan budayawan terkenal mengakui perbuatan meminta maaf adalah sesuatu yang baik Dinsman berkata ucapan sekadar kata-kata saja tidak memadai.

"Luka dan derita yang dialami oleh mangsa tragedi Memali sangatlah besar, dalam dan berbisa.

"Ia masih perlukan rawatan," katanya dalam satu kenyataan

Nasib baik Ustaz Fadzil sudah meninggal, jika Ustaz Fadzil masih hidup... lebai boleh jangka perjumpaan Mahathir dengan Ustaz Fadzil seperti berikut:-
Lebai jangka, ayat pertama Tun M, “how are you Fadzil?
Fadzil jawab, “I’m fine, and you, Tun?
Tun M jawab, “baik..”
Tun M kemudian bertanya Fadzil, “how is your shoulder. ”
Fadzil  jawab, “Alhamdulillah, getting better.”
Tun M tanya lagi, “do they allow you to get treatment?”
Dijawab Fadzil, “yes they do.”
Bertemu selepas 18 tahun “berperang” sengit, begitu rupanya komunikasi dua tokoh ini!
Ini hanya khayalan lebai. Sekarang orang banyak memperkata mimpi... boleh jadi ini mimpi lebai.. (boleh rujuk tulisan di sini) 


Nak buat macam mana Ustaz Fadzil Nor telah meninggal dalam PAS, dia istiqamah sehingga akhir hayat. Kitalah kena meneruskannya jika ada keluarga mereka yang terpesong.


Hari ini, atau tak pun esok mungkin Mahathir akan melawat kubur Tok Guru Nik Abdul Aziz pula. Kan Nik Omar dah panggil dia AYAHANDA. Dia kan ayahanda Nik Omar yang baru.

Mahathir POLITIKnya SANGAT LICIK. Sekurang dia akan "ceramukan" ahli-ahli PAS. Ada yang setuju dan ada yang tak setuju. SEBAB UTAMA DIA NAK UNDI PAS. KALAU PAS TAK UNDI dia akan malu besar kerana Perompak Negara si Najib anak muridnya akan mengalahkan Bekas Ketua Penyamum.

Ini dipanggil politik PERSEPSI
POLITIK UNTUK MELAYU MUDAH LUPA
dan boleh diperbodohkan dengan lakonan.


 

Prof. Agus Menangis Di Kelantan Kerana PAS akan kalah semua kerusi atau Jentera HARAPAN Ciput?


Lebai banyak kali mengulas pendapat Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof, rasa macam malas nak ulas. Tapi memandangkan ramai sangat penulis, pengulas politik dan termasuk penulis buku politik mengambil pendapat dia ni, nak tak nak kena ulas juga.

Sesetengah penulis ada yang bukan turun pun ke lapangan kerana pelbagai masalah. Mereka sekadar duduk depan komputer, baca berita daripada media sosial, petang-petang sembang kedai kopi bercakap teori itu dan ini kemudian buat penulisan panjang lebar sehingga ramai yang terpersonal kerana kehebatan bahasa dan tatacara mereka menyusun ayat.



18 Mac 2018 lalu Prof Agus meramalkan ‘Tsunami Mahathir’ dalam PRU 14 nanti berdasarkan sambutan terhadap ceramah beliau di Kelantan pada masa itu.

Katanya setelah meneliti ceramah tiga pemimpin kebelakangan ini, pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof meramalkan kemungkinan berlakunya “Tsunami Mahathir” dalam pilihan raya umum ke 14 nanti.

Dalam satu tulisan di Facebook beliau, Agus berkata, beliau telah mengikuti tiga ceramah awal bulan ini.

Pada 3 Februari 2017, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi ceramah di Alor Limbat, Terengganu.

Pada 13 Mac 2017, Datuk Seri Najib memberi ucapan di Bachok, Kelantan.

Pada 15 Mac 2017, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi ceramah di Cherang, Kelantan.

“Setelah meneliti ceramah tiga pemimpin ini, mungkinkah yang muncul dalam PRU14 nanti ialah Tsunami Mahathir? Pertanyaan ini wajar diberi perhatian,” tulis Agus yang sebelum ini meramalkan kemungkinan kerajaan Pas Kelantan akan jatuh.
 Pada 17 April 2018 sekali lagi penganalisis politik Profesor Dr Mohammad Agus Yusoff meramalkan pilihan raya kali ini sebagai pertembungan antara BN dan Pakatan Harapan (HARAPAN).

PAS pula, menurutnya, akan kalah teruk dan malah kemungkinan besar akan kehilangan Kelantan.

"PAS adalah parti yang akan kalah teruk dalam PRU ini (dan) kerajaan PAS akan jatuh di Kelantan.

"Alasan kenapa saya berpandangan sedemikian telah saya hujahkan dalam kenyataan saya sebelum ini," katanya.

Minta maaf hari Lebai Hassan bin Omar ingin mengatakan  Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof hanya sekadar PROFESOR TOUGEL (bukan kangkang) yang "menjual akedemik" dan diri dia untuk meraih undi kepada PAKATAN HARAPAN dengan membuat kenyataan PALSU terhadap PAS.

TAK ADA MARUAH DIRI...

Nanti pembaca tanya pula, eeh lebai marah sangat ke?
Kenapa??

Lihat video ini terkini ini...


Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof menangis di hadapan Jeming (sepupu Husam Musa), sehingga tak sempat nak hisap rokok kerana sedih pengorbanan Jeming untuk bertanding melawan Mohd Amar Nik Abdullah dalam keadaan daif tiada Jentera parti membantu kerana kekurangan ahli.

Apa tujuan mereka berlawan di kawasan Mohd Amar?
Nak jatuhkan BN?
Hanya sekadar nak perkena Mohd Amar kerana dia paling banyak membuat kenyataan mempertahankan PAS daripada serangan AMANAH (PAN)

Mana kajian Ilmiah Prof. Agus??
Kononnya di Kelantan pertembungan antara BN dan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Semuanya TIPU dan BOHONG untuk memanipulasi rakyat untuk menjatuhkan PAS bagi memberikan laluan kepada BN dan UMNO ambil balik Kelantan.

Itulah buruknya sikap mereka...
Lebai telah menulis Dengan Ahli 1458 orang Mampukan Parti PAN bertanding 40 Dun di Kelantan?
bahawa AMANAH (PAN) tak mampu bertanding di Kelantan melainkan mereka hanya sekadar MENJADI TONGKAT UMNO.

Kalau tuan dapat video visi penuh nanti tuan/puan akan lihat sebelum bertanding mereka sudah tahu HARAPAN TAK ADA HARAPAN DI KELANTAN. sekadar menjadi TONGKAT UMNO sahaja.


Nanti 2, 3 sebelum hari menggundi keluar muka Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof berkata di akhbar Malaysiakini, akhbar penyerang utama PAS setelah saya bersama-sama masyarakat Kelantan dan membuat kajian di lapangan saya dapati PAS AKAN HILANG WANG PERTARUHAN DI SEMUA KERUSI..... kih kih kih..

Tidak lain melainkan untuk melemahkan sokongan kepada PAS terutama sekarang orang Melayu Islam beralih kepada PAS...

# Screenshot akhbar fake (seperti di atas) sangat mudah dibuat, oleh itu jangan percaya ada screenshot whatsapp dll kerana boleh dibuat.. hati-hati maklumat daripada media sosial - Lebai Hassam

 

6 calon HARAPAN tumbang sebelum PRU-14 kerana Pas?


Pencalonan enam wakil Pakatan Harapan dibatalkan sebelum pertarungan Pilihan Raya Umum ke-14 bermula. 2 daripada terselamat, seorang kerana sempat balik ambil kad pengenalan diakhir masa.

Naib Presiden PKR Tian Chua yang diisytiharkan hilang kelayakannya di Batu - kerusi parlimen - yang dipegangnya selama 10 tahun.Beliau dilucutkan hak bertanding kerana denda RM2,000 yang dikenakan ke atasnya pada bulan lalu walaupun jumlah denda yang sama pada 2010 tidak melucutkan haknya daripada bertanding pada pilihan raya umum lalu.

Di kerusi Dewan Undangan Negeri Johor, Bukit Pasir, pencalonan calon BERSATU, Pizi Jihat ditolak oleh pegawai pengurus SPR kerana namanya tersenarai dalam rekod Jabatan Insolvensi (bangkrap).

Calon BERSATU, Yaakob Osman di kerusi DUN Penaga di Pulau Pinang pun bangkrap.



Di Kelantan, calon PKR di kerusi DUN Tawang dan Kuala Balah juga hilang kelayakan bertanding.
Mohd Azihan Che Seman hilang kelayakan di Tawang dengan alasan bahawa alamat di kad pengenalannya tidak tertera di Kelantan, yang merupakan syarat untuk bertanding di kerusi negeri di sana. Mohd Hafidz Rizal Amran pula hilang kelayakan di Kuala Balah atas sebab dirinya juga bankrap.

Di kerusi DUN Rantau, calon PKR Dr S Streram, dihalang masuk ke pusat penamaan calon dengan alasan dia tidak membawa pas SPR dan hanya dibenarkan berbuat demikian selepas tiga minit tempoh penaaman calon berakhir.

Kenapa tak ada pelan, jika berlaku apa-apa kepada calon?


Ada komen nakal berkata “Kamu boleh letak sesiapa sahaja di situ, seorang pesara macam saya atau anjing bertanding bawah bendera PKR dan masih boleh menang.”
Seolah-olah tak ada pelan B untuk perkara ini.

Bayangkan ceramah hebat merata tempat. Kajian pula, macam kajian  dengan INVOKEnya. Forum habis hotel. Tapi bila masuk bertanding lupa bawa kad pengenalan? Satu alasan sangat dangkal kata pemerhati politik.



Tok Mum, sekarang ni berumur 99 tahun, lebih tua daripada calon PM Harapan 2 kali masuk bertanding. Dia bukan dikalangan profesional tapi boleh datang awal, bawa IC, ada pas SPR, ada watikah, tahun syarat percalonan dan dia boleh bertanding walaupun tak ada pengurus calon yang terlatih sekadar waris dan kenalan.

Yang hairan, HARAPAN dikalangan profesional tak boleh ke nak upah peguam dalam mengurus percalonan ini?

Satu pertanyaan kenapa tak terjadi pada parti AMANAH sedangkan parti itu baru?

Itu rungutan yang bermain di media massa.

Tapi Lebai berpendapat lain..
Ini semua berpunca daripada PAS.
kenapa lebai kata sebab PAS?

Bila PAS keluar daripada PAKATAN HARAPAN
PAS bukan sahaja keluar sebagai parti tetapi PAS keluar dengan semua JENTERA PARTInya.

Dulu daripada A sampai Z parti PKR diurus oleh PAS.
Pasal itu 2, 3 PRU sebelum ini mana ada cerita calon di tolak??
Calon Bangkrap... (takkan calon tak tahu dia bangkrap... pelikkan?)
Maknanya yang mengurus calon HARAPAN sangat bodoh dengan syarat penamaan calon kerana tak ada pengalaman sebagai PAS mengurus sebelum ini.


PKR ni parti "budak manja" seperti kata Tok Guru Nik Abdul Aziz... semua perkara PAS nak kena suap. Sekarang engkau tahulah bila JENTERA PAS tak lagi membantu. Engkau kena makan sendiri.

Tak terjadi kepada AMANAH walaupun parti baru kerana mereka dulu adalah PAS.

Lebai berani kerat keringking
Lihat nanti poster tak terurus..
Bilik gerakan sunyi..
PACA tak ada orang nak bertugas..
Barung dan markaz kelam kabut..

Kita tunggu dan lihat

 

Baiah Dengan Allah Langgar Apa Sangat Derhaka Dengan Ibu


Anak kedua bekas menteri besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar bakal bertanding di DUN Chempaka pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) mewakili parti AMANAH (PAN).

Nik Omar akan berdepan dua pencabarnya di DUN tersebut iaitu Mohamad Fareez Nor Amran (BN) dan Ahmad Fathan Mahmood (PAS).





Penganalisis politik berpendapat penyertaan Nik Omar dalam parti AMANAH (PAN) yang didalangi oleh IKRAM bukan perkara yang pelik kerana sebelum ini penglibatannya dengan IRC/JIM sudah diketahui oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan ini faktor dia tidak bergiat dengan politik manakala adiknya Nik Abdul adalah orang harapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam meneruskan perjuangan Tok Guru di dalam Parti PAS.

Bila berlaku pertembungan dalam PAS, maka AMANAH telah mempergunakan keluarga Nik Abdul Aziz sebagai satu cara untuk menghancur perjuangan PAS yang dibina oleg Tuan guru Nik Abdul Aziz sejak berzaman.

Pengkhianatan AMANAH (PAN) yang didalanmgi IKRAM bukan perkara baru. PAS banyak kali bergolak kerana sikap IKRAM (dulunya IRC) yang merosakkan PAS daripada dalam.

Pengkhinatan ini sudah menjadi satu sejarah hitam IRC/IKRAM suatu pertubuhan yang tidak boleh dipercayai.

Nik Omar berkata beliau mengambil keputusan itu selepas ibunya, Tuan Sabariah Tuan Ishak melarangnya menyertai politik.
“Semua bergantung kepada bonda, selagi bonda tidak izin, bonda minta tidak terlibat, kita kena terima. Bonda melihat mungkin kerana berlaku pertembungan. Bila ditanya kenapa bonda? Saya nak tunjuk apa jua yang kita lakukan pentingnya mendapat keizinan dan restu ibu,”
Untuk pengetahuan pembaca, bukan sekarang Nik Omar tidak dibenarkan mengikut politik atau setelah bapanya meninggal Nik Omar tak dibenarkan berpolitik tetapi semenjak bapanya TG Nik Abdul Aziz masih hidup lagi TGNA tidak benarkan anak keduanya ini berpolitik. Tapi pelikkan TGNA membenarkan Nik Abdul anak kelimanya untuk membantu PAS dan menjadikan dia sebagai galang ganti beliau dalam jangka masa yang lama.



Kalau kita kaji sirah para sahabat, bagaimana anak-anak para sahabat, diinfakkan untuk meneruskan perjuangan yang telah dilalui oleh ayah-ayah mereka. Ini jelas bagaimana TGNA menginfakkan Nik Abdul untuk PAS tapi bukan Nik Omar. Nik Omar hanya mengurus sekolah swasta sahaja. Kuliah gantian TGNA juga hanya dilakukan oleh Nik Abdul sahaja. Adakah Nik Omar tidak pandai ilmu agama?

Kenapa?

Nik Omar telah menyeleweng daripada landasan perjuangan yang benar kerana mengikut gerakan IRC yang bercanggah dengan fahaman TGNA. TGNA mengambil pendekatan suruh Nik Omar tumpu aje kepada persekolahan swasta dia.

Tapi malangnya bila TGNA meninggal, AMANAH (PAN) dengan IKRAM telah cuba menghasut Nik Omar untuk menjadi calon dan kononnya menjadi MB Kelantan jika menang.

Cuba kita fikir kalau betullah Nik Omar ini hebat, sudah tentu TGNA akan mengerakkan anaknya untuk dalam PAS terutama Pemuda untuk mencari pengalaman dan bila dia banyak pengalaman akan mengganggatikannya menjadi MB Kelantan.

Tapi kenapa tidak?


Hanya nampak berlaku ialah Nik Abdul (anak TGNA), Khalil (anak TG Haji Abdul Hadi) dan Mujahid (Anak Yusof Rawa) tertonjol dalam PAS. Dimana Nik Omar? Tak ada pun. Malah Dalam kawasan pun tak telibat.

Lebai rasional dalam memberikan pendapat supaya pembaca berfikir. Walaupun Mujahid itu IRC juga macam Nik Omar tetapi dia ada ketokohan bukan macam Nik Omar hanya boleh dipergunakan. Pasal itu ibu dia tak benarkan dia terlibat dengan politik. Orang yang celaru dalam perjuangan dan mudah dipergunakan selalu ibu akan jaga sampai dia meninggal dunia.

Itulah hakikatnya Nik Omar yang kini dipergunakan oleh Husam Musa demi dendam kepada PAS.

Husam guna strategi menipu ibu Nik Omar.
Semalam semasa pengumuman calon HARAPAN mengumumkan nama Mohamad Omar sebagai calon Dun Cempaka. Siapa Mohamad Omar??

Hari ini tiba-tiba Nik Omar menjadi calon.
Ibu tak tak boleh nak buat apa-apa kerana dah jadi calon.
Hanya menangis dalam hati mengenangkan nasib anak kesayangannya.
Ibu mana tak saya anak....



Derhaka dengan ibu??
Apalah sangat.
Puak IKRAM dalam PAS yang kini menubuh parti AMANAH yang berbaiah dengan sumpah talak isteri seperti Dr Hatta Mohd Ramli sanggup langgar baiah dengan Allah.

Khalid Samad dan Dr Mariah sekadar bagi makan nasi berani kambing kononnya tebus baiah.
Dengan Allah mereka boleh permainkan.. Ibu lagilah darjat ibu bawah Allah.

Nasib bila politik menjadi matlamat
Hukum hakam boleh diketepikan.


 
 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger