Saya setuju BERSATU sertai Pakatan Harapan


Apabila Tun Mahathir menyatakan parti Bersatu secara rasmi mengumumkan penyertaannya menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH) saya sangat bergembira.


Apatah lagi bila Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya gabungan itu diberi beberapa pembaharuan. Katanya Bersatu mencadangkan agar gabungan menggunakan nama baharu, satu logo, satu simbol dan satu manifesto untuk menghadapi pilihan raya. Lagi baik jika simbol BERSATU jadi simbol PAKATAN HARAPAN. Ini baru dikatakan betul-betul 'hijack'. 



Seperti kita maklum, Mahathir ni kalau dia bergaduh dia akan lanyak musuh sampai mati. Nak lanyak Najib dia sanggup buat apa sahaja. Sifat Mahathir mana boleh jadi boleh jadi 'kuli', dia mesti "bos". Orang lain mesti ikut dia. Semasa dia jadi PM berapa orang TPM dia lanyak. Bila dia pencen pun dia pun masih rasa dirinya bos, dia akan lanyak siapa lawan dia.

Jadi bila dia masuk PH sudah barang tentu parti PAN akan jadi kulinya dan akan dilanyak sampai longlai.


Dulu saya fikir Rafizi nak perkenakan PAN bila dia keluarkan keputusan kajian INVOKE. Apa taknya PAS dapat 21% Pakatan Harapan 24% dengan DAP 10%, PKR 8%, BERSATU 4% dan PAN hanya 2%.

Saya fikir Rafizi nak bolot kerusi untuk PKR dan nak kecilkan kerusi peruntukkan untuk PAN dengan alasan PAN tak ada sokongan. Bekas ketua pengarang Harakah yang menulis dalam akhbar PAN pun sebut perkara yang sama PAN kena buli oleh rakan PH.

Tapi setelah saya menerima maklumat keahlian BERSATU pada akhir Februari lalu saya dapati fakta menunjukkan kajian INVOKE itu betul bahawa angka-angkat kedudukan bilangan sokongan parti adalah seragam dengan angka-angka keahlian parti.

Saya ambil contoh Kedah negeri kuat Bersatu, BERSATU berjaya mendaftar ahli seramai 6,214 orang ahli berbanding dengan parti PAN hanya 2,356 orang ahli sahaja. Sedangkan PAN lebih awal daripada Bersatu.

Jadi dengan kemasukkan Bersatu dalam PH, maka dengan tak langsung kedudukan parti PAN akan tersingkir secara perlahan-lahan. PKR dan DAP lebih mesra BERSATU berbaning dengan PAN yang hala tuju masih tak tentu hala,

Jadi kita tunggu masa bagaimana PKR, DAP dan BERSATU 'SEMBELIH' PAN sebagaimana pernah PKR dan DAP buli PAS semasa Pakatan Rakyat dahulu.

Itulah hukum KARMA.


Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
March 18, 2017 at 2:01 PM

Pemikiran ahli pas totok.

Otak tepu memikir kejatuhan PAN.

Sepatutnya tepu fikir mcmana nak jatuhkan parti korup yg dah perintah hampir 60 tahun, Melayu&Islam ketinggalan.

Anonymous
March 18, 2017 at 3:58 PM

Kuali betul2 panas....terangkat bontot terus meroyan

Anonymous
March 20, 2017 at 11:29 PM

Pan tu parti apa pulak. Tukang kacau daun dlm politik agaknya.

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger