Bila parti PAN nak buat Seminar Pemikiran “Tok Guru” Siti Kasim Pula?



Petang semalam jumpa sahabat lama IKRAM yang kini menjadi tenaga penggerak utama parti PAN. Dia ajak-ajak ayam saya untuk sertai Seminar Pemikiran Tok Guru Nik Abdul Aziz. Saya tanya bila. Dia kata 9 April ini.

Setiausaha Agung PAN Anuar Tahir berkata PAN akan menganjurkan seminar pemikiran ikon legenda PAS allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

SEMINAR PEMIKIRAN TOK GURU NIK AZIZ akan adakan di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur (KLSCAH) dan Selangor selama 5 jam setengah, bermula 8 pagi.


Ia akan dirasmikan oleh Presiden PAN Mohamad Sabu manakala ucap utamanya pula akan dibuat oleh Datuk Husam Musa yang pernah mimpi 15 kali jumpa Tok Guru. (klik di sini)





Kertas kerja pula akan dibentangkan oleh penasihat PAN Ahmad Awang yang jarang kelihatan dan beritanya jarang kedengaran untuk isu-isu menasihati parti PAN yang banyak bertentangan dengan Islam kebelakangan ini. Mungkin Ahmad Awang sekadar tukar rasmi, tukang bentang dan tukang baca doa kepada parti PAN. Sudah pasti dia juga tukang pasang bendera pasal tu Lim Kit Siang ambil alih untuk nasihat mengenai agama Islam untuk PAN.

Pembentang lain ialah anggota parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong. DAP mesti ada kerana DAP kan bos PAN. Semua hala tuju PAN mesti dirujuk kepada DAP dan Lim Kit Siang. Lim Kit Siang tak sempat bentang mungkin sibuk kot! Tapi apa-apa pasal agama selepas rujuk Ahmad Awang dan Ghani Shamsuddin kena rujuk Lim Kit Siang untuk pengesahan.


Pembentang akhir ialah Wan Ji Wan Hussin ni penyebar fitnah. Dia mengajar agama berdosa sebar fitnah tapi dia tak apa buat DEMI MASLAHAH POLITIK. (Klik di sini)

Saya sebenarnya malas nak sembang panjang dengan kawan-kawan IKRAM ni, cakap agama pandai tapi bila berpolitik bodohkan kepentingan Islam. Jadi saya tanya dia bila IKRAM nak bersama PAN buat SEMINAR Pemikiran Siti Kasim pula?




Sebelum ini Siti Kasim sekolahkan Pemuda PAN Kelantan, Hazmi Hassan.

Saya tanya takkan PAN dan IKRAM nak bisu bila Siti Kasim buat kenyataan merosakkan akidah? Bila ada pimpinan PAS guna bahasa kasar sedikit habis serata dunia jaja kesilapan pimpinan PAS walaupun mereka minta maaf tetap diulang tayang kesalahan tapi bila SITI KASIM buat kenyataan pasal agama Islam yang sangat JELEK, puak-puak PAN dan IKRAM diam membisu. Nak tegur takut undi geng LIBERAL dan LGBT lari!!

Ini lah ISLAM PAN dan IKRAM!


Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
March 23, 2017 at 9:30 PM

Sesungguhnya binatang (makhluk) yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli yang tidak mengerti apa-apa pun.

Anonymous
March 24, 2017 at 8:25 AM

Pemikiran tgna tu Pas bukan Pan dan Dap. Pan tak berfikiran macam tgna yg jdi ahli Pas sampai meninggal dunia. Jdi seminar tu hanya wayang politik utk kelirukan org je..

HASH
March 31, 2017 at 11:29 PM

Satu penghinaan dari PAN terhadap Ustaz Ahmad Awang. Sepatutnya pemimpin PAN buat seminar Pemikiran Ustaz Ahmad Awang.

Anonymous
April 10, 2017 at 10:08 AM

tudia hg siap tuduh Amanah dan Ikram mempunyai aqidah yg salah..sah hg ni gila kuasa main hentam dan tak takut pd hri akhirat..hg drp dulu sampai la tak buang2 lagi peragai huduh hg tu..mcm hg je perjuangkan islam..hg lupa dah ka..

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger