Dr Asri Jenis Melayu Mudah Lupa Ke?


Bila saya menulis pasal Dr Asri ni, ada dikalangan sahabat Dr Asri tak setuju dengan saya. Apa nak dibisingkan Dr Asri dengan Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan berjumpa, dah bersarapan pagi. Engkau Jahi Hassan buat bising lagi. Apa tujuan engkau?

Aku pun bukan nak bising sangat pasal RUU 355 ni. Lagi Dr Asri dulu ada mengulas mengenai RUU 355 dalam facebooknya pada 27 Mei 2016. Katanya
"Sebenarnya, pindaan tersebut sekadar membolehkan kadar hukuman undang-undang yang sedia ada ditingkatkan sahaja. Ia sama sekali tidak membabitkan penguatkuasaan kesalahan jenayah yang boleh dihukum dengan hukuman potong tangan ataupun rejam. HABIS APAKAH YANG NAK DIBISINGKAN?"
Ni aku tunjukkan petikan facebook Dr Asri untuk tatapan semua.




Dulu 27 May 2016, Dr Asri tak fahaman tentang RUU 355. Saya tak pasti dia ada tanya PAS atau kawan dia Dr Khairuddin tak. Oleh kerana bekerja dengan kerajaan UMNO mungkin DS Jamil Khir menghubungi dia dan menjelaskan tentang RUU 355.

Selepas mendapat penjelasan daripada DS Jamil Khir, Dr Asri fahamlah tentang RUU 355 ini. Dia pun komen kepada mereka yang tak faham. Dia kata ramai yang keliru sehingga berbalah. Dia kata lagi ada yang membuat pentafsiran berlebihan kononnya undang-undang potong tangan dan rejam akan dilaksanakan.

Dia marah orang bising atas RUU 355 ini.



Setelah setahun hampir berlalu, tiba-tiba si Dr Asri yang dulunya mengatakan "Ia sama sekali tidak membabitkan penguatkuasaan kesalahan jenayah yang boleh dihukum dengan hukuman potong tangan ataupun rejam" tiba-tiba buat bising komen tentang "JANGAN SIBUK NAK POTONG TANGAN PENCURI"

Dulu dia marah orang bising, kemudian dia pula buat bising.

Aku pening dengan Dr Asri ni? Dia ni jenis Melayu mudah lupa ke?
Ada sesiapa boleh tolong jawab?



Share this article :
 

+ comments + 5 comments

Anonymous
March 5, 2017 at 11:25 PM

Dia buat komen tu semasa dlm forum bertajuk "sejauh mana anda memahami hudud". So dia kenalah cakap pasal hudud, bukan pasal ruu355. Ruu tu pun hanya kesalahan zina minum arak. Tetapi meliputi kesalahan mengajar tanpa kuliah, poligami tanpa kebenaran dan lain-lain kesalahan yang direkacipta oleh penguasa. Sebab itu ramai yang musykil dgn ruuu ni. Kalau rotan pada kesalahan zina, arak tak de masalah.

Anonymous
March 5, 2017 at 11:51 PM

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan

Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Maka barang siapa bertobat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima tobatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

kalau ada hukum potong tangan apa masaalahnya
apa sifat orang beriman
ingakr pada ayat ayat Allah ka

Anonymous
March 6, 2017 at 2:10 PM

https://aidcnews.wordpress.com/2017/03/04/walaupun-sertai-ph-ppbm-dasar-malaysian-malaysia-dap-tidak-berubah-tan-kok-wai/

Walaupun Sertai PH & PPBM, Dasar ‘Malaysian Malaysia DAP Tidak Berubah – Tan Kok Wai

AIDCNews – 04/03/17 –DAP menegaskan prinsip parti itu tidak akan berubah walaupun berjaya memerintah negara ini dengan bantuan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, DAP akan tetap dengan dasar parti itu iaitu sebuah parti demoktarik sosial yang mahukan hak sama rata untuk setiap agama dan kaum di Malaysia.

“Ia tidak bermakna kita mengorbankan prinsip-prinsip kita apabila bekerjasama dengan pihak lain. DAP masih parti “Malaysian Malaysia”. Kami masih sebuah parti demokratik sosial.

“Kami bersama-sama dengan pihak lain bagi membentuk kerajaan baharu,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan DAP Pusat hari ini.

Kok Wai dalam pada itu menegaskan DAP akan tetap menentang sebarang usaha untuk melaksanakan hukum Islam hudud di Malaysia selepas berjaya menguasai negara ini.

Jelas beliau, DAP menentang hukum hudud bukan kerana isu peribadi atau sentimen agama tetapi kerana ia menyalahi Perlembagaan Negara.

Konsep “Malaysian Malaysia” bermaksud Malaysia untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa, kali pertama diungkapkan oleh Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew yang juga Setiausaha Agung PAP pada tahun 1964 ketika mengkritik Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan hak-hak keistimewaan kepada kaum Melayu.

Kuan Yew telah mempertikaikan kontrak sosial itu yang disifatkannya sebagai mendiskriminasi kaum bukan Melayu.

Selepas PAP diharamkan di Malaysia ekoran pemisahan Singapura pada tahun 1965, slogan ‘Malaysian Malaysia’ telah diwarisi parti baharu, DAP, yang ditubuhkan pada 1966.

Roh pejuangan ‘Malaysian Malaysia’ DAP dimaktubkan dalam Deklarasi Setapak yang diikrarkan pimpinan parti itu pada tahun 1967.

“Perkara pertama yang perlu dilakukan jika kita hendak memperbetulkan prinsip pembangunan negara di sebuah masyarakat berbilang kaum adalah menjauhi apa-apa idea hegemoni kaum oleh satu komuniti. Usaha yang sedemikian mesti ditumpaskan dan disingkirkan sama sekali..”

Asas DAP melalui ikrar Deklarasi Setapak itu bercanggah dengan Wasiat Raja-Raja Melayu pada 5 Ogos 1957 yang mahu hak istimewa kaum Melayu diperkukuhkan;

“Kami amanahkan dan pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)”.

Jelas sekali, ikrar DAP untuk menumpaskan dan menyingkirkan hegemoni kaum yang disebutkan dalam Deklarasi Setapak itu adalah satu bentuk penderhakaan kepada Yang Di-Pertuan Agong dan menyalahi Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Anonymous
March 6, 2017 at 2:56 PM

Allah sdg melihat gelagat hambaNya yg sedang mempersoal dn mempersenda hukum hakamNya.

Anonymous
March 6, 2017 at 10:30 PM

Respon yg baik, saya suka..

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger