Apa yang Husam buat selama menjadi exco yang boleh dibanggakan atau berjaya?



Untuk mendekati dan memahami UMNO, selalunya kita akan mendengar dan memahati isi kandungan ceramah UMNO kepada orang-orang kampung. Isu-isu yang dibawa sangat remeh dan lemah. Maka kita buat kesimpulan pengikut UMNO adalah mereka yang berfikiran lemah.

Malam tadi saya ikuti ceramah Husam Musa di Sungai Keladi iaitu kawasan kubu asal Dato' Wan Rahim. Dia asal daripada cawangan Sungai Keladi. Untuk memahami dan membuat sikit analisis asas kemampuan berfikir ahli-ahli PAN.



Antara yang awal berceramah ialah Zaid Ibrahim penentang hukum hudud dan kini penentang RUU 355. Parti PAN jadikan dia sebagai idola untuk menarik hadiri. Perompak selalunya berkawan dengan perompak. Penentang Islam mustahil akan berkawan dengan pendakwah. Itulah moral parti yang dan hilang hala tuju kini menjadi tongkat UMNO di Kelantan untuk menjatuhkan PAS Kelantan.

Sepanjang ceramah tersebut tak ada apa yang boleh saya "kutip" untuk dimanafaatkan sebagai suatu kritikan yang bernas yang mungkin boleh saya bawa untuk PAS ambil perhatian atau tindakan membetulkannya.

Ceramah lebih kepada membela diri. Dia yang berbai'ah dihadapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, kini dia menyalahkan bai'ah itu tak betul. Sepatutnya dia cakap kepada Khalid Samad pasal dulu PAS tak benarkan berbai'ah Khalid Samad yang mengadakan bai'ah talak isteri 3 dan mempertahankan apa yang dibuat dengan artikel November 2009 bertajuk "Kapal Perang Tariq Ibn Ziyad dan Isu Bai’ah Taklik – Kata Penutup" Selepas itu Kelantan pula tiru, sepatutnya Husam ceritalah kepada orang ramai kenapa Kelantan tiru kerja bodoh bai'ah ini? Kan Husam exco kanan pada masa itu?

Kini Husam nak putar belit nak menyalahkan PAS Kelantan.


Kalau kita selongkar cerita sebenar akhirnya kita akan dapati isu bai'ah ini adalah "wayang" pimpinan PAN sekarang antara Khalid Samad dan Husam Musa. Yang bodoh ahli-ahli PAN dan IKRAM kerana kena 'kencing' oleh 2 orang ini.
.
Dalam ceramah tersebut Husam cabar hadiri (yang saya rasa tak sampai 50 orang) untuk membuat semakan apa yang kerajaan PAS Kelantan buat semenjak 4 tahun lalu yang boleh dibanggakan.

Saya rasa adalah baik soalan itu kita tuju semula kepada Husam Musa. Selama dia menjadi exco Kelantan, apa yang dia buat boleh dibanggakan atau berjaya?

Apa yang saya tahu dia banyak menghabiskan duit kerajaan Kelantan untuk projek khyalan yang cuba naikkan namanya tapi semuanya adalah auta, khayal dan fantasi. Untuk malam ini saya senarai 2 dulu. Saya nak tidur awal esok saya kerja.


September 2012 Husam tipu bulat-bulat Tok Guru Nik Aziz dengan projek keretapi laju hanya 1 jam sahaja dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Berapa banyak Husam 'hilangkan' duit untuk projek ini?



Yang kedua adalah Projek Korodor Depu yang melibatkan tanaman kayu gaharu. Husam menggunakan muslihat untuk menarah bukit demi mengangkut balak dalam keluasan 1,000 hektar di Gua Musang. Selepas 5 tahun projek ini gagal memberikan sebarang hasil. Pokok depu biasanya mengambil masa 4 tahun untuk dituai hasil gaharunya. Tapi sampai sekarang kita tak tahu mana pergi duit hasilnyanya. Saya pun hairan bagaimana Husam boleh menipu Tok Guru Nik Abdul Aziz untuk projeknya. Tak hairan sampai mati Tok Guru Nik Aziz marah kepada Husam.

Ok Saya pun nak tidur. Untuk kerja pembaca ialah senaraikan 10 lagi projek Husam untuk 'hilangkan wang' yang diketogerikan gagal.


Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
March 12, 2017 at 9:17 AM

1. Kalau kita pergi ceramah tanpa hati yg terbuka dan hanya utk cari kesalahan, logiknya kita tak akan dpt melihat kebaikan hanya keburukan.
2. Satu penciptaan itu bermula dgn angan2. Dr angan2 seseorg berfikir mcmmana nak hasilkannya. Kmdian dia berusaha utk menjayakannya.
3. Lebih baik mencuba dan gagal daripada tidak berfikir dan tidak mencuba langsung.

Anonymous
March 12, 2017 at 10:27 AM

Elehhhhhh bukan mencuba tapi PANipu Mr Who Sam ni. BEN 10 MIMPI 15 KALI

Anonymous
March 14, 2017 at 10:26 PM

Dah makin ramai yg tahu pasal kerja Husam masa jdi exco dulu. Nampak gah dgn projek tpi hampas...tak ada hasil. Sembang kencang sambil kencing.

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger