Puak PAN + PH kini Sanggup Berbohong Dengan Petikan Tok Guru Abdul Nik Aziz



Saya hairan kenapa puak-puak PAN (IKRAM) dan PAKATAN HARAPAN suka menyebar fitnah dan bohong sedangkan Allah melarang perkara ini. Mereka mengamalkan politik menghalalkan cara sedang Islam ajar kita berhati-hati dalam perkara berhubung fitnah.


Sebelum ini mereka buat petikan Nik Abdul Nik Abdul Aziz dengan kata-kata dan tarikh petikan itu diucapkan sedang perkara itu adalah berbohong semata-mata. Malah salah seorang ahli panel NUNJI PARTI PAN (AMANAH) juga penyebar maklumat palsu tersebut. Dia dalam kuliah selalu cakap jangan buat fitnah tapi selepas kuliah dia yang sebar fitnah. Ilmu yang yang diajar tidak lagi boleh meresapi bukan di kalangan pendengar tetapi pada dirinya sendiri. Betullah kata-kata HATI YANG MATI TIDAK DAPAT MENGHIDUP HATI-HATI MATI YANG LAIN.




Saya telah menulis sebelum ini. Anda boleh baca di sini.

Dulu kita pernah dengar hadis palsu dikalangan pengikut mazhab. Nak tunjukkan mazhabnya baik mereka reka hadis palsu. Akal kita macam tak percaya orang warak dalam sesuatu mazhab sanggup reka hadis semata-mata nak tunjukkan mazhabnya betul dan mazhab orang lain salah.

Kalau kata-kata nabi boleh dipalsukan.
Apalah sangat dengan kata-kata Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Mereka tahu pembaca di media sosial buka buat kaji selidik maklumat itu betul atau salah.

Saya kebetulan suka menyimpan petikan keseluruhan rakaman muktamar PAS (sukar juga nak dapatkan rakaman keseluruhan, tapi kini mudahlah kerana ada siaran live).


# saya malas nak upload kerana ada banyak versi ucapan termasuk temubual dengan wartawa

Saya mendengar ucapan TGNA sepanjang Muktamar 2008.

TGNA ada menyebut PAS perlu perkemaskan PAKATAN RAKYAT kerana PR lebih peting daripada 5 negeri yang diperolehi. (Pakatan Rakyat terbentuk selepas PRU 2008 sebelum itu pembangkang PAS, DAP dan PKR hanya bekerjasama sahaja - ramai salah anggap bahawa PRU 2008 adalah PRU PAS bersama PR)

TGNA juga menyebut kalau nak berbaik dengan UMNO hanya untuk MURBALAH sahaja dan sebaik-baiknya mendekati UMNO untuk "mampus"kan. TGNA memberikan ibarat sepohon pokok yang besar jika semua dahannya dipotong pasti pokok itu akan mati.

JIKA ANDA JUMPA PETIKAN APA-APA DARIPADA PARTI PAN (IKRAM) DAN PAKATAN HARAPAN ANDA PERLU BERHATI-HATI kerana MEREKA INI "kalis neraka" walaupun solat tapi suka sebar FITNAH. Mereka tak rasa berdosa pun.

Kalau Ahli PANEL NUNJI boleh sebar fitnah, yang lain apa lagi!

Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
March 31, 2017 at 3:31 PM

salam,

Saya sebagai ahli PAS, persetankanlah PAN @ Amanah atau DAP, kita sbg jamaah Islam jaga tutur kata, Nabi sendiri x marah Yahudi buta yang maki dia malah suap dia makan lagi.

Kita sebagai jamaah Islam, PAS hendaklah menyusun strategi baru dan memilih gandingan pimpinan yang boleh menasihati presiden parti dengan lebih efisien. sungguh kami akar umbi sangat terkesan, dan kami tak salahkan TGHH 100% tetapi pimpinan yang sekeliling yang angguk dan mengiyakan sahaja tanpa menegur presiden.

Kita masih ada SINAR, jgn terus menegak benang yang basah jika tersilap, tidak salah mengaku silap

wallahualam

March 31, 2017 at 4:20 PM

Anonymous March 31, 2017 at 3:31 PM
Ni betul ke anda ahli PAS?

Anda tak boleh beza antara fitnah dengan tuduhan dan kenyataan.
Rasa saya anda tak faham kerana emosi anda dalam membuat komen.

Kenapa tak guna nama takut ke?
Rasa PAS tak ajar macam tu

Anonymous
March 31, 2017 at 9:48 PM

Pan memang kerjanya tabur fitnah utk pas. Nak bantu umno bn supaya boleh bernafas dlm pru akn datang.

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger