PAS-BERSATU, Dia langgar Perjanjian, Dia Salahkan PAS


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM atau BERSATU) mendakwa PAS sengaja mencari alasan untuk tidak menyertai gabungan pembangkang melawan Barisan Nasional (BN) pasal itu mereka putus hubungan dengan BERSATU. Ketua Penerangan Datuk Kamarudin Md Nor berkata PAS sebenarnya sudah mengetahui lebih awal tentang hasrat BERSATU membawa mereka menyertai gabungan untuk pilihan raya umum akan datang.


Ketika mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam, yang berkata rundingan kerjasama politik antara kedua-dua parti berakhir apabila Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad umum menyertai PH.

PAS bertegas dengan prinsipnya tidak mahu bekerjasama dengan parti yang ada kaitan dengan DAP dan PAN yang mengkhianati Islam dan Melayu.

Kamarudin Md Nor berkata “PAS pilih tak kerjasama itu nasib dia, sambutan terhadap PPBM dan parti pembangkang yang bersama PH juga luar biasa. Ini semua petanda rakyat sedia ubah kerajaan.” Sudah pasti PAS akan ketinggalan.

Sebelum ini Tun Mahathir telah banyak kali membuat kenyataan yang menuduh PAS dengan berkata kononnya sesiapa tak bersama dengan mereka adalah bersama dengan Najib dan UMNO. Tuduhan Mahathir adalah tuduhan yang tidak masuk akal sedang semua tahu PAS bertanding lawan UMNO.

Hanya Mahathir dan ramai dikalangan Pakatan Harapan tidak memahami POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA PAS. Pas menyasarkan sokongan Melayu yang rata-rata ahli UMNO. Jadi untuk itu PAS perlu lebih mesra mendekati sasaran untuk PRU-14 Nanti.

Takkan itu pun mereka bodoh nak faham!



Share this article :
 

+ comments + 4 comments

March 19, 2017 at 9:01 AM

Alahai hj hassan. Ni orang kata jenis kerah keng. Bila dia kambing, terbang pun kambing jugok. Dato sri hj hadi terang2 di alur limbat dan dikedah menyatakan pas ada kerjasama dgn umno dlm pru 14. Tak kan bahasa mudah mcm tu pun tak faham.

March 19, 2017 at 9:41 AM

Kambing jamnapari je bole terbang bro kiki

March 19, 2017 at 10:14 AM

Apa salahnya kerjasama dgn org Islam yg ingin mendaulatlan Islam dari pada kerjasama dgn org kapif yg terang2 tolok Islam?

Anonymous
March 20, 2017 at 11:39 PM

Siapa nak sokong Madey maknanya melayu yg mudah lupa. Dulu madey buat macam2 onar hingga ada yg gelarnya mahafiraun. Klu madey dpt berkuasa lgi tak ada jaminan langsung dia tak jdi mahafiraun mcm dulu. Jgn dipatuk dua kali dr satu lubang.

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger