Kenapa PAS Sekarang Tak Berkawan Dengan DAP?



Saya kadang rasa hairan dengan parti PAN serta PAKATAN HARAPAN yang lebih banyak menyerang PAS daripada UMNO. Kalau ikut cakap dan kenyataan media mereka, UMNO mesti ditumbangkan. Pembangkang perlu bersatu menyerang dan menumbangkan UMNO. Tapi kalau lihat pada perbuatan mereka lain pula. PAS pula disasarkan untuk diserang.

Malah cybertropper, facebooker dan media sosial mereka sambang hari menyerang PAS, seolah-olah mereka ini tidak tidur.

Kalau diserang perkara yang betul tak apalah mungkin PAS boleh betulkan apa yang silap. Tapi malangnya mereka menyerang PAS dengan perkara tidak benar. Mereka mencipta persepsi, mereka membuat tuduhan palsu dan fitnah.

Apa yang UMNO serang PAS dulu kini mereka pula sebarkan dan kini mereka percaya semua fitnah UMNO. Kan bodoh lawan UMNO tapi percaya kepada UMNO.


Mereka cuba membela DAP dengan menuduh bahawa Ulama PAS 'bodoh' dalam membuat keputusan menolak kerjasama dengan DAP.

Mereka cari hujah lama Presiden PAS yang menyokong kerjasama dengan DAP dan PKR serta menuduh bahawa PAS dah membuat U-Turn.

NAMPAK SANGAT MEREKA BUTA DAN BODOH ILMU POLITIK.

Dulu kenapa PAS boleh berkerjasama dengan DAP? Kerana DAP tak tolak Hudud dan tak tentang pun walaupun DAP tak setuju dengan hudud.


Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang, Presiden PAS dan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP telah mengeluarkan kenyataan bersama. Kenyataan tersebut dibacakan oleh Datuk Haji Salleh Man, calon PAS Permatang Pasir di Pulau Pinang pada 29 April 2013.

DAP belum ada kuasa mereka tidak menunjukkan ego. Tapi bila kuat mereka telah menunjukkan belangnya. Sikap DAP berubah kerana ada pimpinan PAS yang MAKAN DEDAK DAP dengan GLC PP dsbnya akhirnya mereka menyerang ulama dalam PAS. Mereka itu adalah parti PAN sekarang kalau nak tahu!

Saya dah menulis lengkap mengenai perkara ini  di sini. (sila buka dan baca ada maklumat yang banyak tentang sokongan DAP kepada hudud sebelum berkuasa)

Kedua

Kerajaan Malaysia (BN) telah mengusulkan untuk meminda Akta RUU 355 iaitu menaikkan denda dan memberatkan hukuman ke atas pesalah-pesalah syariah. Cadangan pindaan itu pernah dibawa oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ketika itu iaitu Dato' Dr Mohamad Yusof Mohamad Nor pada 10 Oktober 1984 

Lim Kit Siang dan DAP tidak membantah pun pindaan RUU 355 pada masa itu.
Kenapa?


Ada lagi hujah-hujah tentang perubahan DAP, tapi cukup 2 dulu untuk 'sekolah'kan cybertropper PAN dan PH yang bodoh kerana menjadi tongkat UMNO untuk menyerang PAS. Sepatutnya kita berpadu tenaga jatuhkan UMNO dan BN.



Share this article :
 

+ comments + 6 comments

Anonymous
March 22, 2017 at 9:13 AM

Apa bezanya yang PAS?

Anonymous
March 22, 2017 at 10:27 AM

DAP tak tolak hudud? Sejak azali lg SAP tolak hudud. Langkah mayat karpal dulu. Semua org tahu DAP tolak hudud masa tahaluf siasi dulu. Video atas hanya menyatakan persetujuan utk mengikut manifesto buku jingga yang tidak termasuk melaksanakan hudud. Dan Hadi sendiri kata hudud bukan satu keutamaan. Yang menjadi keutamaan ialah selamatkan malaysia dr BN. Sbb itulah org kata Hadi ni kluk klek.DAP tak pernah berubah, PAS yg berubah hingga kumpulan profesional keluar. Sebelum semua setuju tangguhkan perjuangan hudud utk sementara waktu utk tumpu kpd kejatuhan BN.

March 22, 2017 at 11:08 AM

https://www.youtube.com/watch?v=GOBEfvMW34o

Anonymous
March 22, 2017 at 8:09 PM

Tak de kata karpal sokong hudud. Dia cuma kata kena ada perbincangan utk laksanakan hudud. Dlm kes ruu 355 Hadi langsung tak berbincang dgn jk pusat pas apatah lagi dgn majlis presiden PR.

Anonymous
March 22, 2017 at 10:53 PM

Pemimpin Dap, pkr dan Pas dah tandatangan perjanjian utk tidak menggangu dasar parti masing2...tetapi akhirnya setelah menang 2 penggal, Dap mula menentang dasar Islam Pas iaitu hudud...kami tak pernah lupa.

Anonymous
March 24, 2017 at 8:40 AM

Tak perlu lgi tahaluf dgn parti yg tak tahu hormat rumah tangga parti lain. Tmbah plk sikap anti Islamnya yg tak pernah padam.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger