Belum apa-apa lagi Mujahid buat kesimpulan menyalahkan Orang Islam


Sesungguhnya dunia adalah ‘darul-bala’ (tempat ujian). Siapa yang tidak mendapat ujian atau musibah dalam hartanya, akan diuji jasadnya. Siapa yang tidak diuji jasadnya akan diuji anak-anaknya. Maka sudah merupakan sunnatullah bahwa setiap insan pastilah akan mendapatkan ujian dan cobaan baik berupa keburukan atau kebaikan.Tak kira seseorang itu tinggi mana ilmu agamanya.

Bila Allah uji seseorang itu akan terserlahlah ada dikalangan mereka sanggup menjual agama demi mencapai maksud yang dihajati.

Mujahid Yusof Rawa, ulama parti PAN menulis;
Semalam saya berada bersama beratus orang berhimpun untuk solidariti bersama Pastor Koh yang diculik secara misteri dan tiada khabar berita tentangnya hingga kini. Saya hadir atas kapasiti rakyat Malaysia yang prihatin tentang isu keselamatan awam dan hubungan antara agama yang semakin buruk di negara ini.

Mujahid menulis lagi;
Apakah motif penculikan ada kena mengena dengan kononnya penglibatan Pastor Koh dalam usaha pemurtadan? Adakah penculikan ini sekadar tindakakan jenayah tetapi agak pelik kerana hingga kini tiada tuntutan wang ringgit diminta oleh penculik.
Mujahid menawar diri nak berunding dengan penculik;
Saya menawarkan diri untuk berunding dengan penculik demi menjaga nama baik Islam jika motifnya adalah di atas kebencian agama kerana Islam tidak mengajar manusia membenci antara satu sama lain disebabkan kerana kepercayaan seseorang. Jika ada dakwaan usaha pemurtadan ia perlu dibuktikan di mahkamah dan bukan diambil tindakan mengikut keputusan sendiri.

Semalam polis menahan seorang lelaki berusia 32 tahun berkaitan dengan kes kehilangan paderi Raymond Koh di Petaling Jaya sejak tiga minggu lalu. Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat, suspek itu ditahan di Ampang, Selangor lebih kurang jam 3.30 pagi.

Suspek, seorang lelaki Cina berumur 32 tahun di kawasan Ampang, Selangor hasil daripada maklumat dan kerjasama keluarga mangsa.Suspek dikatakan telah menghubungi ahli keluarga mangsa sehari sebelum tangkapan dibuat dan meminta sejumlah wang untuk pembebasan paderi tersebut.

Lelaki Cina, mungkin kot beragama Islam. Dia nak marah isu murtab orang Islam. Melayu masuk Cina kah kah kah. Bodoh puak parti PAN ni!!

Mujahid sama dengan akhbar Malaysiakini cuba mengaitkan isu lama tahun 2011 tentang Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendakwa NGO Komuniti Harapan yang dipimpin oleh Koh cuba memurtadkan umat Islam selepas melakukan serbuan pada sebuah majlis makan malam mengumpul dana di Gereja Methodist Damansara Utama.

Mujahid sepatut sedar dan faham bagaimana pihak polis menanggani isu penculikan. Isu penculikan bukan isu yang mudah, polis memerlukan banyak maklumat untuk memahami motif penculikan. Kerjasama daripada pihak keluarga penculik untuk menyatakan maklumat yang dikehendaki secara benar boleh membantu polis memahami motif penculikan.

Terburu-buru membuat kesimpulan awal, emasi dan 'bodoh' tanpa memahami menyebakan kes penculikan tidak dapat diselesaikan.

Mujahid Yusof Rawa terdesak dalam isu mencari sokongan pengundi untuk kekal menjadi Yang Berhormat.


Kita masih lagi surat terbuka Mejar Zaidi Ahmad kepada Presiden PAN, Mat Sabu.  Antara isi utama surat berkenaan ialah menyebut pengurusan parti PAN di Pulau Pinang sangat teruk berbanding negeri-negeri lain.

Saya ada menulis dalam artikel "Pengurusan PAN Pulau Pinang Paling Teruk - Mejar Zaidi" yang menyatakan keahlian PAN kawasan Mujahid Yusof Rawa iaitu kawasan Bukit Gelugor hanya ada 40 orang ahli (ketika saya menulis adalah data Julai 2016). Agaknya berapa orang dalam satu cawangan?

Tak hairan Mejar Zaidi tak percaya dengan parti PAN, nak masuk PAS semula malu terus minta jadi ahli DAP.

Untuk dapatkan undi bukan Islam tak hairan puak-puak parti PAN yang sanggup belakangi Allah dalam isu bai'ah sanggup
berhimpun untuk solidariti bersama Pastor Koh dan menyalahkan orang Islam kononnya isu penculikan ini adalah keranamarahkan paderi Pastor Koh kononnya memurtadkan orang Islam.


Share this article :
 

+ comments + 5 comments

Anonymous
March 10, 2017 at 1:05 PM

Terdesak betul mujahid mencari political mileage huhu..

Anonymous
March 10, 2017 at 4:08 PM

mamat ni kemarok betoi denag sokongan hingga sanggup burukan orang Islam saudara dia sendiri
patut pun kuat sangat sanggah hukum Allah bila ada usaha nak dilaksanakan
jangan jadi munafik mati munafik

Anonymous
March 11, 2017 at 10:55 AM

Kan mujahid dah kata JIKA di ulang sekali lagi JIKA kes itu bersangkut dgn kebencian agama.... Bukan dia yg tuduh. Memang ada khbar angin yg kata pastor tu diculik sbb terlibat dgn org Islam murtad.

Anonymous
March 11, 2017 at 7:34 PM

Apa pun dah semakin jelas bnyk perkara disandarkan kpd kepentingan politik. Kepentingan agama nampak berada di belakang. Takkan mendapat kejayaan sebenar kalau pertimbangan begitu diteruskan.

Anonymous
March 12, 2017 at 12:24 AM

Mujahid ni mmg dah caranya gitu...sebelum ni pun sama gak...dia gi lawat Sheikh Yusuf Qardawi dan ambik2 gambar. Lepas tu dgn jaja gambar tu dia jual kat website dia mentioned that Sheikh Yusuf Qardawi menyokong Pan dan tidak menyokong Tghh. Logiknya sesapa pun yg datang melawat Sheikh Yusof, Sheikh tidak akan menolak tamunya...tapi belum tentu menerima isi cadangan si pelawat..

Mujahid dan Pan realitinya memang amat2 terdesak

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger