Kalah Jawatan Timbalan YDP Nik Abdul Tak Keluar Parti dan Tubuh Parti Baru!


Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa, Datuk Mohd Amar Abdullah, kekal memang tanpa bertanding sebagai YDP Pengkalan Chepa bagi sesi 2017/2019.


Pada masa yang sama semua anggota jawatankuasa PAS kawasan itu turut kekal apabila perwakilan masih memilih mereka untuk menerajui kepimpinan itu.

Timbalan Yang Dipertua masih disandang Dr Izani Hussin (209) mengalahkan Ketua Pemuda Nik Abdul Nik Abdul Aziz (37).

Naib Yang Dipertua, Muhammad Azmi Nor kekal
Ketua Muslimat, Wan Ubaidah Omar kekal,
Ketua Pemuda, Mohd Ariff Abdullah kekal

Pemilihan kali ini aman dan damai kerana tiada lagi lobi dan fitnah sebagaimana yang dilakukan oleh puak-puak PASMA, GHB atau geng erdagon (didalangi oleh puak IKRAM). Allah telah 'buangkan' mereka sekaligus yang mana sebelum ini sangat sukar untuk kita memikirkan bagaimana nak menghapuskan pengaruh JAMAAH DALAM JAMAAH di dalam PAS. Tapi sekelip mata semuanya terkeluar! Itulah kebesaran Allah atas kesabaran kita memperjuangan Islam dengan niat yang tulus dan ikhlas.

Sekarang setelah mereka semua tersingkir, ahli boleh memlih siapa sahaja samada ustaz (ulama) atau profesional tanpa dihasut dengan pelbagai persepsi buruk seperti sebelum ini.


Yang menang merendah diri untuk bekerja, seperti mana kenyataan Dr Izani kepada Malaysiakini bila Malaysiakini cuba nak MENGHASUT atas kemenangannya.

"Maaf deh. No comment. (Kita) kena ppakat bekerja untuk lslam," kata Dr. Izani mematikan percakapan wartawan Malaysiakini yang cuba nak jadikan isu dan mengoncangkan keharmonian PAS.

Pembaca boleh lihat keputusan ini menarik perhatian, MK, Puak PAN dan juga Cybertropper semuanya jenis busuk hati yang kerja nak menghasut dan mencari 'lubang' untuk merosakkan keharmonian PAS.

Lagi menarik, bila Nik Abdul Kalah. Tak pula Nik Abdul salahkan "cai" atau Nik Abdul terlupa guna "cai" Akhirnya menubuhkan parti baharu seperti puak-puak PAN yang kalah tersingkir dalam Muktamar PAS.

Kemudian jaja dalam ceramah PAS singkir mereka untuk menghalalkan penubuhan parti baru atas dasar kekecewaan.


Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
March 20, 2017 at 11:34 PM

Jangan ada lgi dlm Pas org yg kalah pemilihan keluar buat parti baru. Klu mcm tu tiap dua tahun akan lahir satu parti baru yg ditubuhkan oleh mereka yg kalah pemilihan parti. Malaysia akan jdi negara parti...rakyat jdi pening parti.

Anonymous
April 12, 2017 at 11:25 PM

Ada penggunaan cai ke tak?

August 20, 2018 at 8:25 AM

EnglishTHE HACK GEEKS
Hack Geeks adalah organisasi HACKERS dengan motif untuk membantu individu memahami batasan dalam teknologi.
Kami menawarkan perkhidmatan dalam:
* Pengklonan telefon, penggodaman dan pengesanan.
*Pengaturcaraan komputer
* Reka bentuk web
* Serangan siber
* Peningkatan skor kredit
* Dokumen menghidu, memotong atau menukar dan banyak lagi.
Kami memberi anda maklumat mengenai bagaimana kami akan mendapat pekerjaan dan penggodam yang bertanggungjawab terhadap tugas anda.
Hubungi:
thehackgeeks@gmail.com
THE HACK GEEKS.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger