Siapakah Pimpinan PAN Yang Paling Awal Keluar Parti PAN?


Ada seorang sahabat meminta saya mengulas artikel bekas ketua pengarang Harakah yang menulis "Mampukah parti PAN bertahan dan lulus ujian?". Apakah Parti Amanah Negara (PAN) bakal menemui kegagalan, mengulangi sejarah parti-parti serpihan Pas sebelum ini, misalnya Berjasa dan Hamim?

PAN bukan sahaja berdepan tekanan elit penguasa malah PAN mencetuskan kecurigaan di kalangan parti rakan Pakatan Harapan. Malah kedudukan kajian INVOKE juga PAN hanya dapat 2% berbanding BERSATU 4%.

Saya malas nak mengulas tulisan bekas ketua pengarang tersebut kerana tulisannya sekarang hanya bersumber beberapa orang yang sudah kita tahu cara gaya mereka berfikir. Misalnya Dr Agus atau Dr Mazlan. Bekas ketua pengarang tersebut tidak mempunyai sumber maklumat daripada PAS. Malah sumber orang lama seperti Subky dan Cikgu Pa pun terputus agak lama.

Apa yang ditulis sekadar 'menghukum' PAS kerana tak mengikut apa yang dia fikir.

Rasanya lebih baik saya menulis bertentangan dengan cara bekas ketua pengarang itu berfikir. Saya mengajak pembaca membuat tekaan, agaknya siapa pimpinan PAN yang pertama keluar parti? Kita tolak Mejar Zaidi.

Ada pembaca ta'asud PAN dalam blog ini akan kata tak mungkin.



Siapa tak kenal Anwar Ibrahim. Dia dizalimi, diaibkan oleh Tun Mahathir. Dituduh dengan tuduhan yang sangat memamalukan. Malah dia dipukul sehingga lebam biji mata.

Tapi lebih daripada 50 pimpinan PKR keluar parti. Kenapa??

Jadi tak mustahil untuk parti PAN yang hanya tertubuh kerana tidap jawatan dalam parti. Lagi pun mereka kini sudah terbelah 2, Kumpulan Mat Sabu dan Kumpulan Husam. Itu belum lagi masuk geng IKRAM. Kita tunggu pemilihannya. Atau mungkin dia orang akan tangguh pemilihan dengan alasan nak PRU. Bukan apa takut temberang perang dalaman parti terbongkar.

Jadi siapa yang pertama keluar parti PAN. Haji Hassan nak berikan hadiah kepada tekaan yang betul!


Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
March 19, 2017 at 1:26 AM

Di NS paling kuat ujian bagi pas bila tiga bekas pj masuk G18 dan menyertai Pan. Di Jelebu kawasan pas hmpir lumpuh bila ke semua ajk letak jwtn dan keluar pas. Hanya 4
org yg bertahan.

Ahli2 pas yang masih istiqomah telah berjaya menyatukan semula ahli2 dan menghidupkan semula organisasi. Sebaliknya pimpinan Pan itu berpecah kerana berbeza pendapat dan berebut jawatan. Maklumat diperolehi bahawa Dap NS memberi sokongan dan material kpd Pan. Sebilangan pimpinan dan orang bawahan mereka melompat pula menyertai Pkr. Dengan keahlian yang tidak memberangsangkan maka kedua parti itu cuba mencuri ahli2 pas yang tidak aktif.

Tidak mustahil akan berlaku pertandingan 3-
4 penjuru dlm pru kelak. Ketika pakatan sepakat dlm pru13 pun kecundang apatah lagi berlaku pertembungan nanti. Kita nak tengok siapa gigit jari dan bungkus tikar. Tidak mustahil parti nyamuk ini lenyap sbgm S46, Hamim dan Berjasa.

Mereka anggap pas telah lumpuh. Pimpinan yang khianat itu ma

Anonymous
March 19, 2017 at 7:28 AM

1. Nuar Tahir krn pitih abih
2. Mat Sabu krn dikeluarkan
3. Dzul phd krn permanent head damage

Anonymous
March 20, 2017 at 11:25 PM

Parti yg nak lepas dendam tak ke mana akhirnya. Saat hancurnya bakal tiba.

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger