Hindraf Tak Iktiraf pun parti PAN, parti Islam


Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) mengajak presiden PAS dan mufti Perlis, antara pengkritiknya, minum teh sambil berbincang mengenai Zakir Naik pada 23 Mac ini.



Pengerusi P Waytha Moorthy dalam surat terbukanya turut memanjangkan undangan kepada presiden Perkasa dan Pertubuhan Ikram Malaysia, yang turut mengkritik tindakan 19 pihak menyaman kerajaan Malaysia kerana mengalu-alukan pendakwah kontroversi itu ke negara ini.



Waytha berkata mufti Perlis, yang merupakan penasihat kepada Sultan Perlis dan kerajaan negeri, turut melancarkan “kecaman berbaur fitnah jenayah” terhadapnya dan Hindraf tanpa asas dan tanpa memahami tindakan undang-undang itu.

Waytha berkata pasukan undang-undangnya akan turut bersama perbincangan untuk bertemu mereka yang mengeluarkan kenyataan “mengelirukan” dan menghampiri hasutan apabila menganginkan Hindraf dan 18 plaintif lain dalam saman itu “mencabar dan menghina agama Islam”.

“Perenggan 1 dalam rayuan kami secara jelas menyatakan, saman itu tidak berniat untuk mencabar dan/atau menghina agama Islam atau mana-mana orang.

“Kami membangkitkan isu keselamatan nasional yang sah di mana seorang individu asing yang tidak diingini Zakir Naik dibenarkan bergerak bebas dan dipromosikan secara bebas daripada hukuman.”


Hindraf juga akan menjemput timbalan perdana menteri dan ketua polis negara ke perbincangan itu kerana mereka akan boleh menjelaskan mengapa Malaysia menerima pendakwah itu.

Pertemuan akan diadakan pada 6.30 petang 23 Mac di Menara Sentral Vista, Kuala Lumpur.

“Kami akan berusaha mendapatkan tarikh yang sesuai untuk semua pihak. Kami amat menghargai sekiranya mereka menghubungi 018-250 6156 untuk mengesahkan kehadiran,” menurut surat berkenaan.

Yang aku peliknya kenapa parti PAN tak dijemput?
Adakah Hindraf mengganggap parti PAN bukan parti memperjuangkan Islam.
Atau parti PAN memang setongkol dengan bukan Islam dalam isu-isu penghinaan kepada Islam dan kepentingan umat Islam.


Share this article :
 

+ comments + 7 comments

Anonymous
March 7, 2017 at 7:03 AM

PAN hanya Khadam Ahok Penang.Demi dendam jadi khadam Ahok Penang pun sanggup

Anonymous
March 7, 2017 at 7:07 AM

Teh tak main laaaaa

http://www.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/

“DAP Akan Sambut Kemenangan PAN Dengan Arak Carlsberg, Tiger”

BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.

Anonymous
March 7, 2017 at 11:47 AM

ingat pas saja ke yang memerjuangkan islam di-mmalaysia wahai pan haji buah kedondong..umno dan pan tidak dijemput kerana mereka tidak extrim macam pas.sekelumit saja ada rasa sombong itu lah golongan yang pertama masuk pintu neraka..

Anonymous
March 7, 2017 at 12:42 PM

Elehh PAN. Pi balik nangis dgn Ahok Penang. Nanti dia bagi makan dedak tak patuh syariah

Anonymous
March 7, 2017 at 9:13 PM

Mungkin hindraf brpandangan Pan tak masuk buku itu perbincangan tu sbb ia cuma parti trnakan Dap dan tak ada guna jika berbincang dgn parti yg tak ada pengaruh.

Anonymous
March 8, 2017 at 12:08 AM

PAN tiada pegangan dlm isu zakir naik, sokong pun tak, bantah pun tak..
Jd, apsal nk jemput pihak yg tiada pendirian utk sama2 berbincang, tul tak?

March 8, 2017 at 12:41 AM

Sbab Puok2 penjahat 2 tahu pan khadam puok2 abu jahal. Sama2 khadam

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger