Pelik, Kenapa DAP Begitu Prihatin dengan PAS



PAS hanya boleh menang besar dalam pilihan raya jika bekerjasama dengan parti-parti pembangkang utama atau menjadi anggota sesebuah gabungan, kata Lim Kit Siang. Veteran DAP itu berkata, rekod menunjukkan, jika PAS memasuki gelanggang secara bersendirian, parti itu hanya boleh menang paling banyak 13 kerusi parlimen.

Sebaliknya, kata Lim, PAS menang paling banyak kerusi parlimen apabila bekerjasama dengan parti-parti lain, termasuk DAP.

“Dalam sejarah pilihan raya Malaysia sejak pilihan raya umum 1959, paling banyak kerusi dimenangi PAS apabila bersendirian ialah 13 kerusi,” katanya dalam kenyataan.

“PAS menang paling banyak kerusi parlimen pada pilihan raya umum 1999, 2008 dan 2013, apabila menjadi sebahagian daripada Barisan Alternatif pada 1999, mengelakkan tiga penjuru dengan DAP dan PKR pada 2008 dan menjadi anggota Pakatan Rakyat pada 2013.”

Kepada penyokong-penyokong PAKATAN HARAPAN yang ada akal untuk berfikir. Adakah anda tak rasa pelik kenapa Lim Kit Siang tiba-tiba begitu baik dan prihatin dengan PAS?

Sebelum ini kata PAS nak bergabung dengan UMNO.
Halau PAS daripada PAKATAN RAKYAT sehingga musnah PAKATAN RAKYAT.
Taja dan biayai pimpinan dalam PAS untuk merebut kuasa pada Muktamar PAS.
Bila kalah, taja dan biayai pula parti PAN untuk ambil alih kedudukan PAS dalam PR.

Kenapa tiba-tiba, lain pulak nadanya kata PAS kalau bertanding bersendirian PAS tak boleh menang? Seolah-olah prihatin dan cuba menasihati PAS?

Mana betul PAS nak bergabung dengan UMNO atau PAS nak bertanding sendirian lawan UMNO?

DAP (Lim Kit Siang) ni pening ke?

Apakah selama ini PAS nak bergabung UMNO adalah fitnah jahat DAP dan rakan-rakan sekutunya, PAN?

Kalau DAP rasa DAP menang selama ini bukan bantuan PAS, kenapa nak risau sangat PAS nak lawan UMNO bersendirian. Sepatutnya DAP suka dan gembira serta bertepuk tangan. Dengarlah kata Husam Musa yang ada kuasa 10 serta bantuan jin jika berlaku pertandingan 3 penjuru pasti PAN akan menang PAS dan UMNO akan terlingkup. Takkan Lim Kit Siang tak percaya kepada Husam Musa.

Dia tu kan hebat!!!


Share this article :
 

+ comments + 3 comments

March 21, 2017 at 10:06 PM

Pakatan Harapan hanya hendak tenaga kerja Dari PAS sahaja bukan nak PAS menang PRU14

Anonymous
March 21, 2017 at 10:14 PM

Dap sebenarnya dah mula takut sbb mereka tahu tanpa Pas mereka tak ke mana.

January 7, 2018 at 5:42 AM

kafir ... akan sentiasa cuba untuk memecah belahkan islam... mereka terapkan kebencian umat islam sesame sendiri... mcmane skalipun..lagilah akhir zaman ni.. harapan semoga kita umat islam... berfikir secara rasional dan logic islamic untuk tidak mengikut segala bentuk hasutan.. mereka dah berjaya seketika.. (lihatlah politik kebencian yg disebar. seorang islam menuduh islam yg lain hanye kerana khabar angin...sedangkan surau dan masjid sentiasa terbuka malah makin bertambah bilanganya..seorang islam sanggup menuduh saudara islamnya tidak mengamalkan islam?) atau yg menuduh itu tidak pun singgah ke tempat yg paling penting dalam hidup seorang islam... akan tetapi, islam akan bangkit kerana akal yg Allah kurniakan...fikir fikirkan.. assalamualaikum dan salam satu Malaysia

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger