RUU 355, Rafizi PKR & UMNO sama aje!


Seramai 30,173 atau 70.1% pengundi Melayu tidak tahu mengenai rang undang-undang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355, menurut kaji selidik Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) yang ditaja oleh Rafizi.

Saya pun hairan kenapa Malaysiakini tak siar berita ini. Mungkin tak siar lagi kot!!

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, tinjauan menunjukkan hanya 12,857 pengundi Melayu atau 29.9% tahu mengenai RUU 355.

“Kaji selidik ini membabitkan 43,030 pengundi Melayu yang dihubungi melalui telefon secara rawak di seluruh negara dalam tempoh seminggu bermula 16 Mac lalu sehingga semalam,” katanya pada sidang medianya di pejabat Invoke hari ini.

Rafizi berkata kaji selidik juga mendapati daripada 29.9% yang tahu RUU 335, hanya 44.4% merasakan ia isu penting bagi menentukan undian dalam pilihan raya umum akan datang.

“Manakala 25.2% atau 3,240 merasakan ia tidak penting dan 30.4% atau 3,909 tidak menjawab soalan.

Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli juga mendakwa mengetahui sebab mengapa kerajaan mengambil keputusan membentangkan sendiri bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Akta 355.

Menurut Rafizi, sebabnya adalah BN yakin Pas tidak akan menyertai Pakatan Harapan.

"Disebabkan itu RUU355 merupakan satu "senjata sulit" atau "muslihat" daripada mereka. Sama ada Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul itu atau tidak, adalah tidak relevan sekarang.

"Perpecahan di kalangan pembangkang telah berlaku dan tidak boleh dipulihkan serta Pas juga tidak akan menyertai Pakatan Harapan dengan apa cara sekali pun," katanya dalam sidang media di Invoke Malaysia di Sungai Besi, hari ini.

Saya baru pulang daripada perjalanan yang jauh. Masih letih. Saya pun letih nak ulas sikap PKR melalui RAFIZI ini. Tapi saya kuatkan untuk ulasan pendek.

PKR beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang berbelit-belit tentang RUU 355. Mereka bukan nak memperjuangkan undang-undang Islam tetapi mereka mencari alasan sahaja demi untuk menjaga pengundi, terutamanya pengundi bukan Islam. Memperjuangkan Islam tak ada dalam KAMUS PKR. Perjuangan mereka bukan untuk mendaulatkan Islam.

Untuk menolak RUU 355 mereka mencari satu alasan kukuh. Apabila manusia Islam pelbagai lapisan dan latar belakang termasuk latar belakang politik berhimpunan untuk menyatakan sokongan kepada RUU 355. Malah ada bukan Islam bersama dalam perhimpunan ini. Mereka yang Islam merasai gusar dan mencari alasan untuk menolak dengan mengemukan kajian yang mereka sendiri taja.


Kalau ikut logik akal RAFIZI INVOKE, 70% mereka yang hadir dalam perhimpunan RUU 355 ini adalah mereka yang tak tahu tentang RUU 355.

Saya rasa mereka ini semua adalah ROBOT PAS! yang bergerak tanpa memahami bergerak ikut arahan. Itulah maksud tersirat dalam kajian Invoke Rafzi terbaru 70% Melayu tak tahu pun tentang RUU 355.

Pesanan akhir saya terutama kepada sahabat-sahabat yang dulu bersama PAS tapi kini dah menjadi OREN; Jangan mempermainkan mereka yang yang memperjungkan RUU 355 atas beberapa kelemahan yang berlaku atau kesilapan teknikal dan sebagainya. Bukan apa kita takut mereka yang lemah ini sebenarnya ikhlas dan jujur untuk mendaulatkan undang-undang Allah. Mereka ini benar-benar mengharap Allah dan kerdahaan Allah. Kesungguhan keikhlasan mereka terhadap ALlah menyebab orang yang mempermainkannya akan menjadi makin sesat dalam jalan mencari KEBENARAN. Allah tutup mati hati mereka yang mempersendakannya.

Ingatlah tiada yang sebaik-baiknya melainkan keredhaan Allah. Redha Allah tidak perlu kepada kebijaksanaan. Redha Allah hanya kepada mereka yang hatinya benar-benar ikhlas untuk Allah.

Share this article :
 

+ comments + 2 comments

March 24, 2017 at 9:53 PM

Kajian Rafizi berdasarkan panggilan telefon. Adakah kajian ini mempunyai kesahanan yang tinggi? Apa indikator yang digunakan untuk mengukur keboleh kepercayaan hasil kajian. Semuanya tak jelas.

Saya berpendapat ini kajian politik dimana hasil kajian sudah ada, kajian sedar mengesahkannya.

Anonymous
March 26, 2017 at 10:27 PM

Boleh percaya ke dgn Rafizi ni. Kot2 dia bergurau lgi mcm isu cincin dulu.

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger