Kajian Invoke Rafizi Kencing Lagi!



Kita tidak lupa bagaimana Rafizi menitis air mata menerangkan tentang kenapa LANGKAH KAJANG perlu dilakukan dan terpaksa mengorbankan seorang Adun. Rafizi  menjelaskan rasional di sebalik pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah langkah menghadapi plot menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari dalam Umno oleh kem Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata usaha untuk menyingkirkan Najib mula dijalankan kem bekas perdana menteri itu yang juga merupakan musuh utama kepada Anwar dalam kes pemecatan bekas timbalan perdana menteri itu pada 1998.

"Sudah menjadi rahsia terbuka langkah untuk menyingkirkan Najib kini bermula. "Sebagai seorang anggota strategi parti, saya tidak boleh menolak kemungkinan Najib disingkir dan Umno jatuh kepada kem ultra Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan.


Rafizi membayangkan perkara lebih buruk berlaku sebaik usaha tersebut berjaya kerana usaha untuk merampas negeri Selangor akan dilakukan sedaya upaya sebaik sahaja Najib tersingkir.

"Serangan dan rancangan tidak bermoral untuk sedaya upaya merampas Selangor akan bermula selepas Najib yang lemah disingkirkan," katanya.

"Jika Najib jatuh, diramalkan isu manipulasi perkauman dan agama akan dicipta untuk mewujudkan ketidakpercayaan dan kekecewaan kepada kerajaan negeri Selangor," katanya.

KENA KENCING.
Akhirnya siapa bersama Tun Mahathir??
Siapa yang menyucikan dosa-dosa Tun Mahathir sebelum ini.

Selepas itu Rafizi dan PKR mencipta tuduhan kepada TS Khalid Ibrahim kerana TS Khalid cuba menyelamatkan khazanah Selangor daripada dibolot oleh pimpinan PKR. Maka Wan Azizah pun berceramah dengan bantuan "slide show" membaca 83 mukasurat tuduhan kepada TS Khalid Ibrahim.


Saifuddin Nasution jadi "tok dalang" menjaja kesalahan TS Khalid Ibrahim. Akhirnya mahkamah membuktikan bahawa semuanya adalah rekaan semata-mata.

KENA KECING LAGI
Saifudin kini membantu LGE dan DAP untuk mendapat sokongan orang Melayu.

Rafizi mengeluarkan kajian Invoke nak perkena PAS katanya PAS hanya dapat 21% sokongan, PH mendapat 24% dan BN mendapat 41% dan Atas Pagar 14%. Katanya PAS akan kalah semua tempat jika bertanding termasuk di Kelantan.



Rafizi ter'bogel' dengan kajian Invokenya apabila kedudukan HARAPAN + BERSATU yang 24% menunjukkan 10% daripada DAP, 8% PKR, 4% BERSATU dan 2% parti PAN.

Kajian bohong dia mendedahkan bahawa tiada sokongan kepada PAN dan dikatakan kewujudan PAN menyebabkan PAKATAN HARAPAN bermasalah.Mereka kini NAK SEMBELIH PAN dan nak ganti dnegan BERSATU.



Kajian menunjukkan PAS mendapat sokongan tapi Rafizi membuat kesimpulan PAS kalah semua tempat.

RAFIZI KENCING LAGI
Tapi kali ini terpencik di kakinya sendiri.

Seperti saya menulis pagi tadi, sehingga sekarang masih belum ada artikel khusus mengenai keputusan kajian INVOKE TAJAAN RAFIZI oleh Malaysiakini. Kita tahu Malaysiakini adalah portal yang suka menyerang PAS dan ISLAM. Kajian Rafizi mengatakan 70.1% penyokong PAS yang ditelefon menjawab tidak tahu mengenai RUU 355. Sepatutnya Malaysiakini paling awal menyiarkan KAJIAN HEBAT RIFIZI ini.

Yang peliknya MK hanya siar kajian liberalisme oleh Merdeka Centre. MK kaki pembohong dan kaki manipulasi berita-berita berkenaan Islam pun tahu Rafizi lagi bohong dan tak logik!

Pew Research Center membuat kajian dan mendapati 86% sokong RUU 355 yang ini membuatkan Zairil DAP melenting dalam twitter.

Kenapa kajian Invoke Rafizi tak sama keputusan dengan kajian Pew Research Center dan Merdeka Centre?

Sebenarnya Rafizi sedang memperbodohkan rakyat dengan kajian agar rakyat mengikut apa yang diperkatakan kononnya dia dah buat kajian sedangkan dia tak tahu bahawa PAS ada sistem CULA yang mana sistem CULA lebih tempat kerana cula berlaku kepada setiap orang manakala kajian hanya mengambil ruang sampel mengikut pola tertentu.

Dulu Rafizi kencing dengan air mata, kini Rafizi kencing dengan kajian.

SAYA RASA AIR KENCING RAFIZI AKAN TERPENCIK KEMUKANYA SENDIRI.

Share this article :
 

+ comments + 8 comments

March 24, 2017 at 5:08 PM

yang hancing tu geng AP lebai. duduk parlimen tu bangun berbahas bukan lepas tu sibuk tulis kat fb atau twitter. presiden pun kaki ponteng dulu kata jangan percaya fb, tapi ahli dok kalut dengan fb. kalau bab kereta mewah dengan tambah bini bagi kat geng pas ni.

Anonymous
March 24, 2017 at 5:40 PM

Tuan aji dh pening ni. Melalut ibarat teguk air ketum. Berhentilah menulis.semakin lama ,penulisan tuan aji semakin kelaut kelaut.

March 24, 2017 at 9:48 PM

Ikan jika anda betul kena tak berhujah balas. Kalau setakat makin hamum itu bukan cara orang Islam. Kenapa anda pilih buat tuduhan?

March 24, 2017 at 9:49 PM

Bagi saya Anonymous March 24, 2017 at 5:40 PM juga tidak menunjukkan kematangan berhujah. Haji Hassan kemuka hujah jika anda benar anda kena berhujah

March 25, 2017 at 8:39 AM

Assalamualaikum wbt. Bagi saya kita ada hak dan pandangan tersendiri. Saudara Rafizi ada asas dalam membuat kenyataan. Tuan Haji Hassan Omar pun ada asanya. Sejauh mana asas yang mereka miliki itu sebahagiannya terletak pada weltanschauung masing-masing yang juga difaktorkan oleh persekitaran kehidupan, didikan keluarga, amalan beragama, dan anutan politik. Saya mengucapkan syabas kepada kedua-duanya yang berani mengetengahkan dapatan masing-masing, cuma nasihat saya kepada mereka, jika selama ini ada perkataan caci maki dan kecenderungan melabel orang lain, maka eloklah dihentikan perbuatan sedemikian. Sekali pun mahu mempertahankan parti masing-masing, saya berharap mereka mempamerkan perkataan yang baik dan matang. Kalau mahu berpolitik, silakanlah, namun adab dan perangai perlulah dijaga. Sungguhpun demikian, JIKA MEREKA MERASAKAN BAHAWA PERKATAAN YANG MEREKA GUNAKAN SELAMA INI SEMEMANGNYA MENGIKUT AJARAN ISLAM, maka teruskanlah. Saya sebagai saudara seagama hanya melaksanakan tanggungjawab sebagaimana saranan surah Al-Asr. Sekiranya ada kata-kata saya dalam komentar ini kelihatan lari daripada ajaran Islam, saya memohon maaf. Semoga Allah SWT memberi keampunan kepada saya dan kepada seluruh umat Islam. Amin. Wassalam.

Anonymous
March 25, 2017 at 8:44 PM

Jgn cakap orang pening x tentu hala gitu, jawab hujah dengan hujah,

Anonymous
March 26, 2017 at 10:35 PM

Semakin ramai yg sedar pasal Rafizi ni. Senang cerita tak boleh percaya bulat2 apa yg dia kata. Kena tapis bnyk kali.

Anonymous
March 27, 2017 at 1:48 PM

bab kepit amoi bagi kt sape

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger