Politik Kubur Mahathir Vs Nik Adli
Secara peribadi, lebai lebih suka Mahathir dan Nik Omar (anak derhaka lawan parti ayahnya TGNA) menziarahi kubur Tok Guru Nik Abdul Aziz. Lebai menulis artikel "Selepas Ziarah Kubur Ustaz Fadzil, Apa Salahnya Ziarah Pula Kubur Nik Aziz
Pandangan lebai ini boleh kata hampir sama dengan pandangan pimpinan PAS di Kelantan yang melihat kedatangan Mahathir adalah kedatangan strategi politik untuk "menceramukkan" pengundi PAS dan atas pagar disaat-saat akhir kempen.
Presiden PAS, Abdul Hadi ada menempelak Mahathir, utamakan yang wajid dulu daripada membuat yang sunat. Lebai setuju, kalau Mahathir dan buat sunat juga ziarah kubur, pergilah ziarah kubur ayah dan ibunya dulu.
Sebelum ini Nik Omar berkata dia akan terus legasi ayahnya termasuk agenda hudud. Dia akan teruskan. Satu masalahnya ialah pernah Karpal Singh berkata, jika nak buat hudud, kena langkah mayatnya. Ada bagus juga Mahathir boleh bawa Nik Omar ziarah sekali kubur Karpal Singh untuk membolehkan Nik Omar melangkah mayat Karpal --- tak faham juga tak tahu apa lebai nak kata!!
Lebai pelik juga si Mahathir, kubur Tun Huussein tak pula nak diziarahinya... mana tahu boleh lembutkan hati Hishamuddin.
Lebai tertarik dengan tulisan Ustaz Zakaria Ismail di Harakahdaily, Ustaz Zakaria berkata Nik Adli pula, tidak langsung berfikir mengenai strategi. Dia kenal Tun sebagai manusia berhati batu yang meng'ISA'kan dirinya. Tun memisahkan beliau daripada keluarganya tanpa diberi hak untuk dibicarakan.
Nik Adli Nik Abdul Aziz ini pernah ditahan pada 4 Ogos 2001 dibawah Seksyen 73 (1) Akta ISA atas tuduhan mengetuai Kumpulan Militan Malaysia (KMM).
Menteri Keselamatan Dalam Negeri Malaysia ketika itu ialah Mahathir Mohamad yang juga Perdana Menteri Malaysia. Rakyat Malaysia terkejut kerana ia melibatkan anak Musyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Penahanan itu jelas sebagai cubaan Mahathir mengaitkan PAS terutamanya Tok Guru Nik Aziz dengan aktiviti pengganas.
"Tok Guru Nik Aziz redha dengan penahanan anaknya, sebagai sebahagian dari ujian Allah s.w.t. terhadap beliau dan keluarganya. Namun, beliau tetap memberi ingat kepada semua pihak yang bertanggungjawab. Samada menteri, ataupun orang politik, ataupun sesiapa sahaja. Sebagai seorang bapa, beliau akan menuntut haknya di depan Allah s.w.t. di akhirat kelak.
Oleh kerana beliau dan keluarganya jelas dizalimi dalam hal ini, maka apabila berhadapan dengan Allah s.w.t. kelak, beliau akan memohon pengadilan. Kalau perlu dipijak dan diinjak muka mereka yang bertanggungjawab dan tali barutnya sekali, akan beliau lakukan dihadapan Kadhi Rabbul Jalil itu."
Selain itu Tok Guru juga pernah berkata “Saya tidak akan pergi menemui Nik Adli dan merayu pihak atasan bagi sebuah pertuduhan yang tidak pernah dibuktikan. Sudahlah gagal dibuktikan, gambar anak (saya), Nik Adli digunakan sebagai simbol militan dalam salah satu modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN),”
"Tindakan pihak yang menyediakan modul tersebut jelas sesuatu yang mendukacitakan. Dia masih belum dibuktikan di mahkamah sebagai pengganas, mana boleh? Kalau benar orang yang buat itu (menyediakan modul yang menggambarkan Nik Adli pengganas) sebagai seorang yang bertanggungjawab, dia kena minta maaf kepada saya, isteri saya dan anak saya,” kata Tok Guru lagi.
“Macam mana boleh kata anak saya pengganas sedangkan tidak ada mana-mana mahkamah pun yang sabitkan anak saya sebagai pengganas,'' bentaknya pada kuliah mingguan Jumaat pada 25 Februari 2006.
Setiap kali teringat pada Nik Adli air Mata Tok Guru akan tumpah. Hatinya pilu setiap kali tiba Hari Raya kerana melihat dua cucunya beraya tanpa ayah mereka disisi selama 5 tahun.
Selepas 5 tahun dipenjara, Nik Adli akhirnya dibebaskan daripada tahanan Akta ISA Malaysia, pada 18 Oktober 2006 , seminggu sebelum hari raya aidil fitri pada 24 Oktober 2006 oleh Pak Lah yang mengantikan Mahathir sebagai PM.
Nik Adli menjadi mangsa kezaliman Mahathir akibat dendamnya kepada Tok Guru Nik Aziz yang merampas Kelantan dari BN sejak 1990. Nik Adli dipisahkan 5 tahun dari isteri dan dua anak kecilnya serta bapa kesayangannya walaupun tidak melakukan apa-apa kesalahan. Kita tidak duduk terkurung 5 tahun dalam penjara ISA tanpa perbicaraan macam beliau, jadi jangan memandai-mandai fitnah dia lagi.
Bukanlah sesuatu yang menghairankan jika Nik Adli melakukan tindakan menghalang Mahathir mengunjungi pusara Mursyidul Am PAS itu. Bukan semua orang-orang yang dizalimi dapat melupakan kezaliman Mahathir, apatah lagi hasrat menziarahi pusara Tok Guru itu lebih kepada "political stunt" untuk menagih sokongan dan simpati sempena PRU14.
Nik Adli mengunci pusara ayahnya untuk halang Tun Mahathir dari melawat almarhum Tuan Guru yang telah pergi apa sangat nak dibandingkan dengan Tun Mahathir yang telah mengunci pintu penjara selama hampir 6 tahun untuk menghalang Nik Adli daripada berjumpa dengan anak isteri serta ayah bondanya. Itu sikap Nik Adli "Straight Forward" tanpa mengambil kiraan politik itu sikap setelah dia diISAkan.
Dia bukan Mat Sabu, orang politik, cakap lidah bercabang, gadai prinsip dan tak ada maruah diri. Orang macam ini agama boleh jual kerana bermatlamatkan politik. POLITIK dah jadi "akidah" perjuangan.
Setelah terseksa diISAkan, dia boleh jadi tukan masak Mahathir. Dia kata ISA tu "LUKA SIKIT AJE", memaafkan itu lebih baik!!
Lebai suka kesimpulan yang dibuat oleh Ustaz Zakaria Ismail yang mengambarkan Nik Adli sebagai Jebat... "Jebatkah yang benar? Atau akukah yang benar?," getus Tun Tuah setelah membunuh Jebat, sambil mukanya menjengah keluar jendela melihat orang ramai berteriak "Hidup Tun Tuah! Hidup Tun Tuah!"
Dalam PAS sangat ramai Jebat
Itu sebab PAS sangat 'teruk dan hodoh' disisi media massa.
Blog Archive
-
▼
2018
(53)
-
▼
May
(16)
- PAS Menang Tipis Di Terengganu HARAPAN Ada Hilang ...
- Mahathir akan kalah sekitar 1500 undi di Langkawi
- Tragedi berdarah, Lubuk Merbau 1985 Lambang Keraku...
- PRU-14 Pulau Pinang 50-50, Dulu DAP Sanggup Buat H...
- Politik Kubur Mahathir Vs Nik Adli
- 50-50 Untuk HARAPAN Kekal Di Pulau Pinang
- Selepas Ziarah Kubur Ustaz Fadzil, Apa Salahnya Zi...
- Masih wujud lagikah Perjanjian Pangkor II di Perak...
- Serang Najib Kleptokrasi, Tapi PKR juga kleptokras...
- Nik Omar antara spesis terakhir parasit IKRAM dala...
- IKRAM Perancang Utama Penubuhan Parti AMANAH (PAN)...
- Macam Mana Nik Abdul Nak Doa Nik Omar, Ibunya Berd...
- Mahathir Makin Terdesak, Selepas Anwar, Terpaksa G...
- Betul ke Azmin Jadi PROXY Mahathir untuk rundingan...
- Prof. Agus Menangis Di Kelantan Kerana PAS akan ka...
- Kenapa "Kleptokrasi" bukan "Korupsi" atau "Nepotisme"
-
▼
May
(16)
+ comments + 7 comments
Derhaka..
Hik hik hik...
Tapi butir tahi berbaik dgn umno xdikira derhaka ke?
Bukan sblm ni pas dah bergabung dgn bn dan juga sudah dibuang kelongkang.
Ni derhaka ke lupa?
Almarhum TGNA pernah berkata. "Susah payah kita lawan umno, tapi bila umno tgh s
tersepit kita nk tolong buat apa."
Derhaka mana lagi yg kau nk sembunyikan wahai lebai temberang?
Bukan sblm ni pas dah bergabung dgn bn dan juga sudah dibuang kelongkang.
sudah lupa?..ni zaman mader??
Matder yg buana Pas...skang nak sokong matder???hehe
Najib lebih mesra Islam/Pas
Pas bergabung dan dibuang kelongkang 1973 - 1978..
Kah kah kah kah...
Siapa pengerusi BN ketika itu?
Kah kah kah kah kah..
Kenapalah yg komen asik org bangang xtau apa.
Najib mesra islam/pas..
Kah kah kah kah..
Islam adlh agama dan pas adalah parti politik.
Najib beragama islam, umno sedang tersepit dan memintan bantuan pas.
Kah kah kah kah kah..
Komen mcm budak baru 1st time dpt g mengundi.
Setara thinker atau strategis xde ke? Lebai temberang punya tulisan panjang2 bukan ada point yg bagus.
Sifir mudah aje...undi non muslim vs non muslim..non muslim menang...Undi muslim vs non muslim...Non muslim juga menang sebab pengundi dedak Bn dan pengundi PH barua kepada calon non muslim...Hanya muslim vs muslim...muslim yang menang..muslim tersepit dalam demografi negara hari ini...ini macai tadak faham bila dah makan tahi DAP dan dedak brim hahaha
Alasan apa PH nak lawan BN...kamu PH pun kaki rasuah,kroni,parti ahli keluarga....beritahu siapa pemimpin kamu yang ada track record bersih...nak putar alam pada orang buta bolehlah...kamu kata parli lebai mesra umno...tapi kamu khianat pergi bantu BN di Kelantan..tak usah sembanglah...Allah tahu siapa yang benar..siapa yang munafiq
Bantu BN dikelantan?
Bantu mcm mn?
Bingung cara bermain Togel Hongkong, anda bisa mengetahui cara bermain Togel Hongkong di sini Togel Hongkong
Di bawah ini juga adalah sedikit penjelasan Togel Singapura untuk membantu anda mendapatkan kemenangan bermain Togel
Togel Singapura
Anda bisa baca itu semua di Erek Erek
Erek Erek
Erek Erek 2D
Erek Erek 3D
Erek Erek 4D
Erek Erek 4D
Post a Comment