Kenapa "Kleptokrasi" bukan "Korupsi" atau "Nepotisme"


Dua hari lepas Tun Mahathir berceramah di Perak, dia menceritakan bagaimana dia terpaksa buka kamus untuk melihat makna perkataan "kleptokrasi". Dia cakap dia sendiri pun tak tahu apa makna perkataan tersebut, malah kata ini kali pertama perkataan itu dia dengar sedangkan dia banyak membaca dan menelaah.

Pembaca boleh faham apa sebenarnya yang tersirat?

Mahathir mempunyai team pemikir yang hebat dibayar dengan satu pembayaran cukup tinggi. Team ini membuat semua perancangan untuk Mahathir bagi menjatuhkan Najib dan menaikan "orang Mahathir" dalam UMNO.

Korupsi atau rasuah (bahasa Latin: corruptio dari kata kerja corrumpere yang bermakna busuk, rusak, menggoyahkan, memutarbalik, menyogok). Mahathirlah bapa kroupsi. Jika dia serang Najib atas korupsi rakyat akan membongkar "nanah dan lendir" dia yang merupakan BAPA KORUPSI MALAYSIA.

Begitu juga dengan Nepotisme, Nepotisme bermaksud melebihkan saudara-mara serta rakan-rakan yang ada hubungan dan bukannya penilaian objektif bagi keupayaan, meritokrasi atau kekesuaian terhadap sesuatu jawatan.  


Mahathir juga BAPA NEPOTISME dalam UMNO. Mari kita lihat pasal KLCC. Ini baru satu.

 

Kleptokrasi (berasal dari bahasa Yunani: kleptes (pencuri) dan kratos (kuasa), Kleptokrasi ("pemerintahan para pencuri") adalah istilah yang mengacu kepada sebuah bentuk pemerintahan yang mengambil wang pungutan (cukai) yang berasal dari rakyat untuk memperkaya kelompok tertentu atau diri sendiri. [ anda boleh baca tulisan lebai sebelum ini di sini ]

Ini lebih sesuai ditujukan kepada Najib. Walaupun kita amati MAHATHIR JUGA BAPA KLEPTOKRASI, tapi perkataan ini tak pernah digunakan maka Mahathir guna senjata ini untuk serang NAJIB tapi BUKAN UMNO.



 


Jika pembaca mengamati setiap ceramah MAHATHIR dia hanya serang Najib bukan UMNO kerana dia masih SAYANGKAN UMNO. Percaya atau tidak itu hakikatnya. Jangan hairan selepas PRU-14 nanti Mahathir dan orang-orangnya akan kembali kepada UMNO.

AMANAH, PKR hanya budak bodoh yang telah di "zombie"kan pemikiranya sehingga tidak sedar diri mereka sendiri. DAP tidak rugi kerana dia juga memperbodohkan Melayu dalam misi "malaysian-malaysian".

Hanya tinggal beberapa hari lagi permaianan Mahathir akan tamat dan kita akan dapat sinar kebenaran perjuangan PAS menegakkan Islam di bumi Malaysia.



Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
May 1, 2018 at 12:15 PM

PAS MENANG SAMAN KE ATAS SR

Apabila SR menggelupur tanda SR akan kalah dalam kes saman PAS ke atas SR.

50 muka surat pembelaan SR mengandungi cerita dongeng ciptaan pakatan wayang roket menyebabkan SR menjadi badut di depan hakim. Ha ha ha ha ha

Semua dakwaan rasuah yang dicipta oleh pakatan wayang roket untuk memburuk-burukkan PAS adalah pembohongan pakatan wayang roket.

Malanglah SR kerana telah ditipu oleh pakatan wayang roket.

Malanglah manusia yang menyokong pakatan wayang roket kerana mereka dikencing oleh pemimpin mereka sendiri.

Marilah kita mengundi parti Islam PAS dalam PRU14 untuk membela agama Islam dan hak umat Islam dan rakyat dan menghapuskan fitnah.


Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger