Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin menjangkakan bahawa PAS akan kehilangan Kelantan pada pilihan raya umum 9 Mei ini.
Dalam satu wawancara dengan akhbar harian Cina, Nanyang Siang Pau, Daim juga berkata bahawa PAS tidak akan menang banyak pada kali ini dan oleh itu, mereka tidak akan menjadi “kingmaker” atau “pembuat keputusan”.
Berkenaan 'ramalan politik', sekarang ini lebai tak minat bukan tak hormat kehebatan tukang ramal tapi sekarang ini tukang ramal pun BOLEH DIBELI!!
Masih ingat Prof Agus yang dulunya kita sangat 'respek' dengan percakapan dan analisisnya. Tapi apabila dia menangis di hadapan Jeming sepupu Husam calon yang menentang Mohd Amar di Kelantan (anda boleh baca artikel lebai di sini), rupanya dia juga profesor TOUGEL yang buat ramalan untuk kepentingan sesuatu pihak. Bila dia menjual diri dan ilmunya untuk sesuatu kepentingan tak ada apa yang boleh lebai bangga dengan Agus ini sekadar pembual di kedai kopi sahaja.
Begitu juga dengan kajian Dr Mazlan Ali. Lebai hormati dia ini kerana lebai banyak mengikut kuliahnya termasuk bila dia membuat pengajian ilmiah dengan kajian dan sumber berkenaan Firman Allah s.w.t. dalam Kitab Veda yang bersumberkan Kitab Zabur Nabi Allah Daud dan kemudiannya diselewengan menjadi agama Hindu. Itu memang seronok kerana ada asas kajian dan fakta dalam kuliahnya.
Dia membuat kajian kedudukan HARUMANIS dalam PAS, Lebai masih boleh terima kerana kajiannya itu ada asas. Tapi apabila dia menggunakan kajiannya untuk menyerang PAS kerana dia ahli AMANAH tegar (kenapa tidak ahli yang ke 185 daripada 7,866 orang di Selangor) mulai lebai curiga dan menulis menolak kajiannya.
Lebai tak sempat nak mengulas dalam artikel khas berkenaan kenyataan Dr Mazlan Ali terkini berkenaan penyertaan Nik Omar Nik Abdul Aziz dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) dilihat bakal memecahkam doktrin Islam yang sebelum ini sinonim dengan parti PAS, kata Dr Mazlan Ali.
Dia kata di kalangan orang Melayu yang proislam atau mempunyai cita-cita Islam, kini mereka mula berfikir sama ada cara bagi menjayakan apa yang diingini hanya boleh dicapai melalui PAS semata-mata, atau ada pilihan lain.
Tapi Dr Mazlan Ali (lebai jangka dia ahli IKRAM tapi lebai hanya boleh mengesahkan bahawa dia ahli AMANAH) tak sedar penyertaan Nik Omar bukan dia menikam PAS tetapi dia menikam pertubuhan IKRAM. Selepas ini IKRAM akan menghadapi masalah besar dengan PAS dan IKRAM akan mengulangi sejarah PENGKHIATAN IRC dan JIM kepada GERAKAN ISLAM. IKRAM akan menjadi sama nasib seperti JIM.
Berbalik semula kepada Daim Zainuddin...
Pertama kita kena sedar Tun Mahathir Mohamad seorang yang hebat mengatur strategi politiknya. Itu hakikat bukan andain. Berapa orang orang kanannya di'bunuh' kerana cita-cita politiknya. Daim Zanuddin adalah mangsa politiknya yang mungkin tak ramai penganalisis politik berbicara seperti mereka berbicara berkenaan Tun Musa Hitam, Anwar Ibrahim, Abdullah Ahmad Badawi dll.
Kalau kita baca tulisan M.G.G. Pillai (bertongkat) seorang penganalisis politik yang sangat mahir meninggal 2006 yang lalu. Tulisannya sangat tajam. Kalau nak banding yang masih hidup ialah saudara Subky Latif.
MGG Pillai menulis;
Seandainya perkara yang lampau menjadi pedoman, bererti Perdana Menteri telah pun memperakukan betapa Tun Daim Zainuddin akan bersara sebagai Menteri Kewangan. Ketika pulang daripada menghadiri Puncak G-15 di Jakarta, dia memberitahu betapa dia tidak tahu menahu akan persaraan itu. Namun, cara dia menyebutnya telah menyerlahkan satu pembohongan. Kalau dia berura-ura mencetuskan satu kejutan, dia gagal segagalnya. Seandainya dia memikirkan dia bijak, ternyata kebijaksanaannya tidak pun ke mana. Mengikut New Straits Times, dia telah ditanya samada Tun Daim sudah meletakkan jawatannya; dia menjawab “Saya tidak tahu, adakah dia menyebutnya?” Utusan Malaysia telah pun melaporkan desas-desus itu semalam 1 Jun, 2001. Dia menjangkakan Tun Daim akan bersara, bukan sahaja dua jawatan kabinetnya, malahan juga jawatannya sebagai Bendahari Umno.MGG PIlai menulis lagi;
Satu ketika dulu Mahathir dan Daim adalah laksana isi dengan kuku. Tetapi kini, tidak lagi begitu. UMNO sudah lama mahukan penyata kewangannya yang dikendalikan oleh Tun Daim yang masih belum lagi membentangkannya. Tiga bulan dulu, Majlis Tertinggi UMNO telah memintanya lagi, dan Daim ada berjanji memberikannya. Ada pelapor mengatakan Mahathir tidak bersikap melindunginya lagi seperti dulu-dulu dan mahukan juga penyata itu. Selepas itulah Daim mengambil cutinya.MGG dalam tulisan akhirnya;
Akhirnya Mahathir tidak ada pilihan lagi selain memecat Daim sebagai menteri kewangan. Itulah reaksi yang ditunjukkannya setiba pulang daripada Jakarta, yang memang menyerlahkan muka selambanya. Malahan, sama ada Daim akan berundur ataupun tidak sudah dikaitkan dengan satu siri penangkapan di bawah ISA lagi. Bagaimana caranya penangkapan ini boleh dilakukan, selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan minggu lalu melepaskan dua orang tahanan mengikut Akta itu, masih samar lagi. Ketua Polis negara sudah pun mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu, yang akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan minggu hadapan, dan bukannya semasa Persidangan UMNO akan dikendalikan. Mahkamah Persekutuan pun sudah tersengat. Dua orang yang ditahan telah dibebaskan kerana polis menangkap mereka tanpa peraturan. Tanpa peraturan yang sempurna Mahkamah Tinggi menganggap penangkapan mereka sebagai tidak kena pada tempatnya. Tetapi, ia tidak pula menyebut apakah ISA itu sesuatu yang sah, cuma mengatakan kalau ia mahu digunakan ia mestilah mengikut peraturan yang tertentu dan tidak secara semberono sahaja. Dengan lain perkataan episod Daim adalah satu lambang penguasaan Mahathir akan akar umbi partinya. Itu sebabnya perkara ini sudah semakin menjalar padahnya.Nanti ada yang bertanya, apa hal lebai "paste" penulisan M.G.G. Pillai. Apa kaitan dengan kenyataan Tun Daim Zanuddin sekarang yang PAS akan kalah??
Susah juga lebai nak terang kepada orang muda sekarang yang celik melihat Tun Mahathir dalam sudut seorang Negarawan yang pencen setalah 22 tahun sebagai PM yang gemilang.
Mereka tak kenal Mahathir seorang yang rakus dengan ISA dan operasi lalang..
Mereka tak kenal bagaimana media menjadi 'kotor dan jijik" dengan perkataan liwat, sodomi, china doll dll.
Mereka tidak kenal bagaimana rakusnya seorang penguasa yang mem'bunuh' rakan-rakan sekerja tak sehaluan demi kerjayaan politiknya.
Mereka tak lihat rakusnya Mahathir, malah lebih teruk daripada Najib meng"kedarah" harta dan khazanah negara....
Tapi Mahathir bijak..
Dia ada team pemikir yang sangat baik
Team ini sangat halus cara bekerja untuk mengerakkan Mahathir untuk menjatuhkan Najib dan mengembalikan UMNO kelandasan mengikut pemikiran Mahathir.
Lihat gambar di atas. Twitter nampak macam biasa. Tapi itu pemikir Mahathir buat untuk naikkan imej Mahathir. tapi biasalah ada juga mereka tersilap kerana rakyat sekarang tak SEBODOH rakyat dulu semasa 22 tahun Mahathir menipu rakyat.
Setakat twitter pun mereka "cakna" apatah lagi musuh-musuh yang boleh dipergunakan. Lebai telah menulis perkara ini. Hanya Mahathir tak boleh menguasai PAS. PAS sangat unik...
Ramai penganalisis politik tak sangka, bagaimana Mahathir boleh bekerjasama dengan Anwar untuk menjatuhkan Najib. Dia sanggup tebalkan muka pergi ke Mahkamah jumpa keluarga Anwar sedang 20 tahun keluarga Anwar terhina dan diaibkan seaib-aibnya oleh dia. Sama juga selamba dia hadir ke himpunan BERSIH yang dia cerca dulu. Mahathir "KALIS" cerca dan JENIS TEBAL MUKA.. selamba aje dia boleh nafikan apa dia buat.
Kerana Mahathir tahu MELAYU MUDAH LUPA.
Begitu juga bila dia terdesak di Langkawi untuk menang dalam PRU-14 ini dia terpaksa jumpa dengan Kadir Sheikh untuk minta IKATAN menarik diri daripada bertanding. Bukan IKATAN sahaja dipujuk, PAS pun diminta belas insan untuk tidak bertanding sedangkan setiap malam dalam ceramahnya kutuk PAS, kutuk Hadi. Itu sifat muka TEBALnya... Anda boleh baca artikel lebai di sini.
Dulu apa dia tak kata kepada Tok Guru Nik Aziz.. nanti dia akan bersama anak Nik Abdul Aziz, Nik Omar yang mengkhianati perjuangan ayahnya kempen di Putrajaya. Lebai boleh jamin nanti melangit Mahathir kata Nik Abdul Aziz hebat tak macam Abdul Hadi. KERANA MELAYU MUDAH LUPA dan satu lagi lebai nak tambah MELAYU SELALU DIPERBODOHKAN terutamanya oleh UMNO dan MAHATHIR.
Daim pernah meramalkan dalam wawancaranya di Mingguan Malaysia bahawa BN akan jatuh di Selangor, Perak dan Kedah bukan penolakan BN oleh rakyat Malaysia tetapi perubahan pendapat di kalangan pengundi dan Dr. Mahathir adalah faktor utama di sebalik perubahan keputusan para pengundi kerana dia mengkritik kerajaan Pak Lah.
Team Mahathir jumpa Daim Zainuddin untuk bantu Selangor kerana kedudukan Azmin di Selangor agak kritikal disebabkan faktor 4 bekas Menteri Besar mereka iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim, Muhamad Taib, Khir Toyo dan Abu Hassan.
Tan Sri Khalid membuat satu 'kertas pelan' bahawa PAS boleh menag di Shah Alam. Katanya kertas pelan ini akan dibentangkan kepada Presiden PAS selepas PRU-14 nanti. Kenyataan ini dilihat oleh penganalisis politik sebagai azam kuat TS Khalid untuk bantu PAS Selangor. Siapa tak kenal TS Khalid antara 'mastermind' yang mengambil alih syarikat Guthrie sebagai Dawn Raid atau Serangan Subuh. Kebetulan dalam serangan itu Tun Mahathir ada juga. Jadi Tun Mahathir kenal siapa TS Khalid Ibrahim dan dibuat apa dia cakap.
Tan Sri Muhammad bin Haji Muhammad Taib adalah orang yang pernah membantu PAS sebelum ini di Selangor. Kedudukan kerusi PAS 15 di Selangor juga melibatkan faktor penyertaan Mohd Taib. Tapi dia keluar PAS, masuk PKR. Dia jelek denganPKR kini bersama UMNO dan 2 bekas MB Selangor untuk jatuhkan Azmin Ali.
Kedudukan ini sangat membimbangkan HARAPAN untuk kekal di Selangor. Atas ini Mahathir minta tolong Daim bantu Azmin dan HARAPAN.
Dulu Daim ramal kejatuhan BN semasa dia hatinya dalam BN kerana dia tiada kepentingan semasa itu melainkan jada bisnesnya sahaja. Tapi kini "ramalan Daim" sama hodohnya penyataan Anwar terhadap Mahathir SEKADAR LUKA SEDIKIT AJE!
Jadi tak payah nak risau..
Dekati pengundi, rapatkan dengan ahli-ahli UMNO kerana mereka kini "pening-pening lalat". Dakwah mereka, tunjukkan perjuangan PAS dan kenapa ISLAM pilihan kita.
+ comments + 4 comments
PAS dan UMNO adalah umpama parasit yang boleh memudaratkan dan menjahanamkan rakyat dan negara.Kedua parti ini sering berlomba2 dalam acara songlap duit rakyat dan 1MDB.Kedua parti ini perlu dibuangkan ke longkang pada PRU14 nanti.
Lanun Bugis + Zahid Bangla + Datin Rosmah Bomoh + Jho Low + Pemimpin PAS + Haji Hassan Omar maka terkenalah Malaysia sebagai negara rasuah di dunia.
Diatas segala kekejaman yg pernah dilakukan mahatir...
Balasan pengakhiran beliau cukup hina..
Selepas kalah di Langkawi..
Mahatir hilang segala pengaruh..
mahatir dibuang seperti sampah..
Ppbm diharamkan & tidak relevan lagi..
Langkawi adalah hayat terakhir mahatir
Seorang penagih dadah atau bekas banduan drpd pusat serenti haruslah diterima jika benar2 dia menyesali perbuatannya...namun masyarakat janganlah membiarkan bekas banduan itu berjinak semula bersama penagih aktif.. kerana jika bekas banduan itu pergi bercampur gaul bersama penagih aktif maka disitulah puncanya banduan ini akan menjadi penagih semula...byk berlaku bekas penagih serenti yg telah berubah ttp ditangkap semula setelah bebas.
Sinopsis diatasi adalah analogi utk mahathir. Jika mahathir telah insaf pada perbuatannya. Pas dilihat bukanlah tdk memaafkan mahathir. Tetapi pas dilihat berkeras bila melihat mahathir cuba aktif semula didalam politik. Krn apabila ada pihak yg meletakkan semula tun ke dalam tmpt dimana mahathir bergelumang dgn dosa tiada bezanyalah dgn sipenagih tadi. Dia akan mengulangi apa yg natural dlm dirinya..sbb itulah amat wajar bagi pas utk tdk menenerima tindakan mahathir utk aktif semula didalam politik w.pun pada komposisi yg sama sbg pembangkang. Mahathir sepatutnya bersara, insaf dan tumpukan pada ibadah. Bukan kembali aktif didlm politik yg merugikan dirinya sendiri dan bakal menyusahkan semula rakyat..
Post a Comment