Apabila lebai menulis bahawa kedudukan DAP di Pulau Pinang tergugat pada status 50-50 bagi PRU-14 ini dengan tajuk "50-50 Untuk HARAPAN Kekal Di Pulau Pinang" ramai pendokong AMANAH (PAN) melenting.
Lebai sertaikan logik dan asas penghujahan. Perkara ini tidak susah difahami. Anda tak perlu ada PhD, Dr atau Ir untuk memahami pola politik. Ramai yang tak ada kelulusan berada dalam bidang politik boleh mengatur data dan mengolah analisis secara jitu dan tepat. Sama seperti orang-orang tua dulu yang membuat rumah tanpa pelan boleh bertahan sangat lama berbanding Ir yang ada sekarang membuat bangunan sentiasa runtuh kerana mereka kurang nilai "Islam"nya dalam seni pengolaan kerja. Kurang nilai Islam boleh jadi kerana keyakinan kepada Allah mula luntur atau te'ragu' atas dasar logik akal dan cita-cita keduniaan.
Ada yang tanya 'simple'nya analisis lebai?
Lebai nak jawab, dalam penulisan artikel orang tak bentang data pungutan dan hasil dapatan, orang hanya rumus hasil dapatan aje. Kalau nak panjang buatlah forum atau seminar boleh lebai bentangkan.
Lebai dah jelas bahawa jika DAP menang semua kerusi yang dipertandingkan DAP masih tak boleh bentuk kerajaan di Pulau Pinang kerana DAP hanya dapat 19 kerusi berbanding 40.
Lebai juga jelaskan daripada 22 kerusi majoriti Cina hanya 14 sahaja yang betul-betul DAP boleh menang kerana faktor undi India yang melebihi 15%.
Lebai juga mempertikaikan kedudukan 4 kerusi yang dipertandingkan oleh BERSATU dan 3 kerusi yang dipertandingakan oleh AMANAH (PAN) keupayaannya boleh menang. Pada artikel sebelum in lebai hanya tunjukkan 4 kerusi BERSATU secara detail. Lebai tak perlu panjang artikel untuk AMANAH kerana 3 AMANAH itu bertanding di kawasan kubu PAS, sudah tentu pembaca boleh faham.
Sekali lagi lebai tunjuk mana-mana kawasan yang HARAPAN bertanding di kawasan Melayu HARAPAN akan kalah yang memang samada PAS atau BN. Kita ambil satu untuk lihat secara terperinci sedikit.
N4 PERMATANG BERANGAN
Jumlah Pengundi: 18,336
Omar Bin Haji Abd Hamid (BN) - 8,913
Arshad Bin Md. Salleh (PAS) - 7,292
MAJORITI: 1,621
Jumlah Undi: 16,452 | Peratus mengundi: 89.73% | Undi Rosak: 247
Melayu 83%, Cina 8% dan India 9%
Ini adalah keputusan PRU-13 lalu di kawasan bukan Cina dan ada pengundi India.
Dengan mengganggap 8% pengundi Cina dan 9% pengundi India tidak menyokong PAS. Jadi ada 17%. Kita kira 17%. Kita anggaplah secara 'extrim' sebelum ini 17% (sepatutnya ada sokong BN dan kena tolak daripada undi BN) sokong PAS. Jadi kita tolak 17% iaitu 2,796 orang lari daripada PAS. Anggap PAS dapat 7,292 - 2,796 = 4,496 undi.
HARAPAN dapat 2,796 + ?? berapa engkau nak daripada BN??
Minimum kita ambil 20% iaitu 1,782 pengundi. HARAPAN hanya dapat 4,578 dan BN dapat 7,131. Ini bermakna BN akan menang.
Dengan mengganggap 100% pengundi Cina dan India undi PAS tak undi BN pada PRU-13 lalu HARAPAN tak boleh menang.
Bagaimana jika PAS boleh dapat 1-2% pengundi Cina dan 20% pengundi India?
Isu yang lebai nak ketengahkan ialah PULAU PINANG AKAN TERGANTUNG
Tolong ambil perhatian
Lebai tak kata PAS boleh menguasai Pulau Pinang
dan lebai juga tak kata bahawa BN boleh menguasai Pulau Pinang.
Lebai kata PULAU PINANG akan TERGANTUNG
Tolong rasional dalam hal ini.
Kawasan HARAPAN bertanding selain DAP sangat tergugat kerana faktor pengundi Melayu dan sedikit pengundi India.
Lebai juga memberikan perhatian kali ini PAS turunkan 2 calon India di Pulau Pinang kerana PAS melihat India lebih mudah didekati pada PRU-14 kali ini berbanding dengan Cina berdasarkan Pilihanraya Kecil di Sungai Besar dan Kuala Selangor sebelum ini. Anda boleh baca di sini semasa lebai menolak hujah buku Ahmad Lutfi Othman "Mengapa Mahathir".
DAP ni untuk makluman semenjak dulu cuba untuk tawan Pulau Pinang tetapi GAGAL. Macam-macam gerak gempur dibuat masih tak boleh. PRU 1999 DAP kalah teruk di Pulau Pinang walaupun semasa reformasi dan Terengganu jatuh.
Jadi dulu apa sikap DAP??
Mari kita kaji
DAP Guna Sokong Hudud Untuk Tawan Pulau Pinang
Lebai mengajak pembaca sorok 8 tahun lalu kenapa orang tak kisah pun Lim Guan Eng datang berbuka puasa atau bercakap Islam malah masyarakat Islam mengalu-alukan kedatangnya dan dengar dia cakap pasal Islam.
27 Jun 2012 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng 'dihujani' pelbagai persoalan berkaitan pendirian dan sikap parti itu terhadap isu hudud yang menjadi perjuangan parti rakannya PAS dalam Pakatan Rakyat pada Majlis Wacana II "Benarkan Dasar DAP Mengacam Islam" anjuran akhbar web berbahasa Melayu DAP Roketkini .
Dalam program wacana itu, sesi soal-jawab menjadi panas apabila peserta Melayu yang rata-rata muda bangkit bertanyakan isu hudud kepadanya.
"PAS ada pendirian, DAP ada pendirian. Tetapi ia tidak menghalang kerjasama dalam isu yang lebih besar," katanya. Jawapan DAP pada masa itu tidak menentang pun usaha PAS atas dasar muafakat.
Memang kita tahu dasar DAP tidak setuju denan hudud dan PAS salah satu agendanya ialah hudud. Tapi masing-masing DAP dan PAS boleh bertolak-ansur dalam isu Hudud.
Malah pada 29 April 2013 DAP dalam kenyataan bersamanya dengan PAS Pulau Pinang dengan sebelum PRU 2013 sangat jelas tidak menolak Hudud yang dibawa oleh PAS.
"Kita berdasarkan kerjasama atau prinsip musyawarah. Kalau kita bersetuju, mari kita cari kata putus. (Perkara) yang tidak boleh bersetuju, kita terima pandangan yang berbeza," katanya.
Kenyataan ini juga menunjukkan DAP boleh bersikap tolak ansur atas dasar muafakat dan PAS juga menerima bahawa DAP tidak sokong HUDUD kerana itu polisi parti mereka.
Sikap ini membuat penyokong PAS dan masyarakat Islam boleh terima DAP dan DAP mendapat undi yang agak baik, iaitu 189 kerusi pada 2 PRU kemudian.
Sikap Ahli dan Penyokong DAP Terhadap Hudud Sebelum Ini
Cina DAP (lebai fokus kepada masyarakat Cina yang sokong DAP) pada masa itu itu tidak kisah tentang hudud yang dibawa oleh PAS kerana hudud adalah untuk orang Islam dan untuk menghukum mereka yang jahat sahaja. Biasanya yang jahat, yang mencuri dan merompak harta rakyat adalah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.
Ini bukan omong kosong bahawa Cina DAP tak kisah pun. Lihat keadaan pada masa itu. Gambar tidak berbohong. Ini adalah bukti yang nyata bagi mereka yang berfikir menggunakan akal.
Cina DAP bangga tampal stiker sokong hudud dibaju dan tubuh mereka yang ini jarang penyokong PAS buat!
Laman Helen Ang seorang penulis berbangsa Cina pro BN ada memetik petikan di atas yang mengulas sokongan Cina DAP kepada Hudud bagi membenteras salahlaku BN terutamanya rompak wang rakyat.
Apa Sikap Pimpinan DAP lain terhadap Hudud yang diperjuangkan oleh PAS?
Malah pada masa itu ada Cina DAP mahukan Hudud untuk membenteras kemungkaran yang UMNO lakukan. Semasa Bersih 2.0 pun ada kempen untuk hudud oleh Cina DAP termasuk Anthony Loke Siew Fook.
Jika kita tinjau pandangan Ahli-Ahli Parlimen DAP pada masa itu mereka tidak menolak dan menentang hudud. Mereka pernah menyokong hudud, Ong Kian Ming (YB Serdang) dan Thomas Su (YB Ipoh Timor), terang-terang menyokong dan boleh dibaca di Twitter mereka.
Kelab Penyokong PAS terdiri daripada orang Cina juga menyokong hudud. Mereka pernah membuat kenyataan terbuka dalam hal ini. Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang Chaw yang kini AJK pasti AMANAH (PAN) tidak menentang Hudud seperti sekarang mereka tentang HUDUD. Dia buat kenyataan akhbar kenapa Bukan Islam takut dengan Hudud yang tak ada kaitan dengan mereka.
Bukan itu sahaja anda dikalangan Cina DAP berkempen untuk hudud. Mereka pula lebih daripada PAS berkempen dengan mengedar risalah kepada masyarakat bukan Islam berkenaan hudud.
Kita tahu Hannah Yeoh yang ada agenda kristianisasi pun menunjukkan sikap terbuka tidak menetang hudud, malah dia, Hannah Yeoh (Ini Dr Kamarul Yusoff dedahkan adalah eveligis Kristian sila lihat di sini) membenarkan usul hudud dibahaskan dengan bebas di DUN Selangor dalam satu kenyataannya semasa itu. Dia kata "I'm speaker for all parties" Kenyataan ini masih ada pada Youtube. Tapi sekarang maaf speaker ini tidak lagi terbuka dengan Islam, kenapa? Kerana ada orang Islam memberi "taring" kepada dia!!
Mengejutkan ada juga Cina DAP buat kempen "Hudud In Penang 2020".
Mereka tak takut pun kepada Hudud.
Anthony Loke juga mempertahankan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Mereka tak rasa Islam itu mengacam mereka.
Siapa Mengubah Sokong Cina DAP terhadap Islam dan Hudud? Siapa sebenar PENGKHIANAT ISLAM?
Sikap Cina DAP berubah bila dan kenapa? Lebai mengajak pembaca memahami dan menghayati supaya kita sedar siapa sebenar mengkhianati perjuangan menegakkan Islam di Malaysia ini? YANG KHIANAT IALAH AMANAH.. Setelah berawan dengan AMANAH, DAP tunjuk sikap asal.
DAP Tergugar di Pulau Pinang Pada PRU-14
Kajian yang didedahkan oleh orang dalaman DAP yang keluar parti menunjukkan DAP menjangkan mereka KALAH pada PRU-14 jika tiada sokongan Melayu. Nak tak nak mereka kena terima MAHATHIR demi sokongan Melayu selepas AMANAH (PAN) gagal dapatkan soongan Melayu, malah DAP kena tanggung beban pula untuk menjaga AMANAH.
Itu sebab DAP sanggup BUANG orang lama mereka yang mepertahankan LOGO mereka. Ini juga antara sebab dalam ceramah mereka, mereka kutuk Mahathir untuk tunjukkan DAP benci Mahathir tapi demi undi Melayu mereka sokong.
Ada poin lebai tak sempat nak menulis lebai ringkas aje..
DAP terpaksa kerah masyarakat bukan Islam untuk hadir ceramah Mahathir demi nak tunjukkan sokongan atau di panggil TSUNAMI MELAYU. DAP dan Mahathir boleh tipu dalam ceramah tetapi gambar tak menipu.
Gambar hanya memberi fakta hanya sekitar 5% Melayu dalam mana-mana PERHIMPUNAN MAHATHIR. Melayu kini berpecah kepada BN, PAS dan HARAPAN. Tapi lebih kepada PAS dan BN.
Lebai nak pendekkan artikel ini..
Rumusannya DAP sanggup buat apa sahaja untuk dapat Undi Melayu.
DAP tahu PULAU PINANG AKAN JATUH PADA PRU-14 INI.
MEREKA TERPAKSA GADA LOGO dan PANJI MEREKA demi servival DAP untuk masa akan mendatang...
TAPI
MELAYU MUDAH LUPA
MELAYU BODOH nak fahami politik dalam masyarakat majmuk yang perlu mereka pertahankan ISLAM dan MELAYU.
+ comments + 12 comments
terbaik pak lebai...cuma nk mintak tlong sikit gan pak lebai..tlong teropong bab dana pru geng PH ni...kot2 ada isu...:)
Rapiji bangang kata kajian invoke menunjukkan pas tidak menang satu kerusi pun samaada dun dan parlimen dalam GE 14. Jika otak strategis PKR yang tidak masuk akal di ambil kira...maka ke lautlah PKR selepas ini. Ada kalangan pimpinan PKR yang rasional dan mesra PAS tapi geng Rapiji kaki tabur racun fitnah...termasuk parti kuali oren. Sentimen rasis tidak terkecuali dimainkan oleh dap,umno,mca dan mic dan Melayu dilihat marah kepada Bn kerana Najib serta GST,marah dengan u turn Mahathir,pengikut bingung dengan kawin cina buta PH...Akibat tiada isu...lagu pas mesra bn diputar,lawat kubur pemimpin pas dan hina mangsa memali mati katak..Dap sombong bila berjaya menguasai penang melalui undi rakan melayu...Kali ini DAP akan tahu siapa rakan,siapa tukang sorak...Di Terengganu dan Kelantan ramai calon PKR akan hanggus wang deposit calon kerana jeneral sedang khayal memimpin batalion tapi tiada askar yang membantu. Dalam media sosial dorang boleh tipu...atas padang pula punah harapan...tunggu lusa
Mcman dap nak ikut hudud. Isu ni 5 tahun sekali aje dimainkan masa nak pru pastu senyap. Kalau dulu TM halang mass pak lah n najib napa tak buat. Nak kata dap aje bangkang sampai jadi kapir harbi napa mca mic dan komponen bn di sarawak tak dikata kapir harbi. Kesimpulanya inilah bukti2 sepertimana HADIS NABI SAWA TENTANG AGAMAWAN AKHIR ZAMAN YANG MENJUAL DAN MELACURKAN AGAMA demi kepentingan duniawi. Bukan islam selalu terkeliru apabila hudud diolah dengan pelbagai versi mengiut acuan pemikiran ulamak2 akhor zaman dan pegangan politik mereka. Merea todak diarbiyah tetapi diberi dgn pelbagai gelaran yang lagi mereka keliru mca mic tqk jafi kapir harbi pun walau terang2 tentang hudud. Amat malang kalau inilah agamawan2 ulamak2 akhir zaman disokong pulak oleh puak2 yang mengadudombakan isu ini. Akhirnya bekerjasamalah kita ya dengan negata cina komunis dlm mebangunkan negara tanpa komen tokoh2 agamawan. Kemana kita ya dlm 10 tahun akan datang. Hanya mendabik dada aku lebih islam dari kau aku lebih baik dari kau aku sifar rasuah tapi perbuatan2 lain yang menjahanamkan bangsa dan negara. Ini semua sebab inginkan nikmat duniawi. Nauzubillah...
Anonymous
May 8, 2018 at 11:01 AM
Tak faham isu hudud hanya baca melalui facebook.
Rasanya kena buat kajian lebih sedikit baru boleh dapat kebenaran
Mudah difahami lebai. Mmg logic good work
Betul lu..
Berpuluh tahun pegang kelantan xde pun hudud.
Tiba2 penang majoriti cina dan parti sekular yg diharapkan.
Xke dangkal penulisan lebai temberang?
Nak buat hudud macam mana..baru bentang RUU 355 dah naik hantu puak puak liberal tiga suku PH..Dap usah kiralah sebab orang tokong...PH nak hapus gst...Parti lebai pun nak hapus gst..Punah Harapan kata BN rasuah..PH pun gila rasuah juga...Parti lebai sifar rasuah...orang yg rasional politik akan pilih Pas...Temberang pas membantu Bn..Parti lebai pun boleh kata..yang bantu BN ialah puak Punoh Harapan yang jadi tukang karut dan barua di kawasan parti lebai...PH baru beranak 2 tahun..tapi mimpi nak lawan BN dan parti lebai...setakat mimpi tinggal mimpi kerana bila terkejut dari mimpi...PH dah hilang Selangor dan Penang...Bn masih memerintah Malaysia..baru PH sedar siapa kawan siapa
tukang sorak...nasiblah kamu puak PH yang bodoh sombong hahaha
BN FOREVER
BN FOREVER
BN FOREVER
BN FOREVER
BN FOREVER
BN FOREVER
BN FOREVER
BN FOREVER
BN FOREVER
BN FOREVER
BN FOREVER
BN FOREVER
BN FOREVER
BN FOREVER
BN FOREVER
BN FOREVER
BN FOREVER
BN FOREVER
BN FOREVER
BN FOREVER
Lain2.. SILA MENINGGAL
PAS sila meninggal
UP PAS....RIP BEE END AND PH
Lebai kata dia analisa guna logik.
Tgk result penang mcm mn?
Persoalannya..
Logik lebai letak dibawah serban atau didalam celana?
Dealer kemudian memberikan setiap kartu lima kartu menghadap ke bawah. Setelah pemain memiliki kesempatan untuk memeriksa kartu mereka, putaran taruhan pertama dimulai dengan pemain duduk di sebelah kiri dealer
asikqq
dewaqq
sumoqq
interqq
hobiqq
rajawaliqq
http://192.254.236.33/pencetpoker/
paito vegas morning
paito warna oregon 03
paito warna oregon 12
Post a Comment