MAHATHIR pernah berkata dalam politik hari ini kawan, esok musuh dan lusa mungkin menjadi teman akrab semula.Politik ialah seni memburu kuasa yang memungkinkan segala yang mustahil. Siapa sangka teman karib dan anak didik politiknya kini menjadi musuh yang seru. Siapa sangka hak negara boleh bertukar menjadi hak kroni di zaman Mahathir sehingga hari ini diteruskan oleh anak didik Najib Razak, hanya berbeza cara "merompak".
Betullah kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang apabila menjawab isu dedak. Hadi membidas Mahathir dengan mengatakan siapa yang mengajar memberi dedak?
Najib 'dedak'kan rakyat, Mahathir pula 'dedak'kan pembangkang dengan janji RM500 juta untuk menjatuhkan Najib. Apa bezanya?
Politik telah menjadi darah dagingnya. Seorang pensyarah universiti pernah berkata: “Mahathir is too smarts for the Malays” – Mahathir terlalu cerdik dalam arti kata terlalu pintar untuk bangsa Melayu sehingga mereka tidak mengenali AGENDA dan maksudnya yang tersirat !
Mengapakah dihari-hari terakhir hayatnya dia masih aktif berpolitik? Jawapan terbukti sebagaimana Allahyarham Ustaz Fadzil Noor pernah berdoa semoga Allah s.w.t. memberi Mahathir usia yang panjang supaya dia dapat melihat sendiri kerosakan-kerosakan besar yang dia lakukan ke atas bangsa dan negaranya.
Jika rakyat renungi semula penyelewengan di zaman Mahathir sebenar tidak ada beza dengan Najib kerana mereka daripada spesis yang sama, spesis mengkhianat rakyat, korupsi dan kronisma. Permusuhan diantara mereka tidak lain kerana berebut 'harta' dan kepentingan kroni.
Mahathir cuba mangambil hati Wan Azizah dan PKR
Mahathir adalah seorang sangat licik dari segi permainan politiknya. Cara paling mudah dia mesti "menawan" Wan Azizah. Wan Azizah ini sejarahnya mempunyai hubungan sangat rapat dengan Siti Hasmah dan dia ada menghantar surat kepada Tun Mahathir selepas Anwar disingkirkan. Surat itu menjadi rahsia dalam simpanan Mahathir. Adakah surat ini KUNCI untuk merapatkan diri dengan Wan Azizah? Hanya Mahathir sahaja boleh menjawab.
Malah bukan Wan Azizah semua anak-anak Anwar Ibrahim di'tawan' melainkan yang lelaki yang kini memencil diri kerana......
Anwar semua orang sudah maklum. Jadi tak payah lebai ceritakan. Hanya sekali hadir di mahkamah terus Anwar berjabat tangan erat. Hilang suara reformasi 20 tahun lalu. Hilang mata lebam. Liwat yang mengaibkan dalam sejarah negara boleh dilupakan begitu sahaja. Otai-otai reformasi yang dibelantai polis zaman Mahathir semuanya membisu dek kerana Anwar sudah memaafkanya walaupun Mahathir tidak sedikit pun menunjukkan rasa bersalah.
Azmin Ali? Ini bukan masalah bagi Mahathir, kerana Azmin adalah anak angkat dia. perhujahan ditutup.
Lebai telah menulis artikel bagaimana pejabat PKR dijadikan pejabat BERSATU terutama di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Ini juga antara langkah Mahathir ingin menguasai PAKATAN HARAPAN. Semacam ada orang dalam PKR membiarkan ini berlaku.
Tangani DAP
DAP sebelum ini adalah musuh sepanjang zaman Mahathir. Ramai pimpinan DAP ditangkap dalam operasi lalang. Kalau kita fikir logik sukar untuk DAP dijinakkan. Tapi untuk Mahathir dia tidak adalah istilah mengalah.
DAP telah mengeluarkan kenyataan tidak akan menjemput Bersatu pada AGMnya. Tapi Mahathir menggunakan hubungannya dengan PKR terus hadir dalam majlis AGM DAP secara mengejut. Tindakan politik ini sangat bijak dan licik sehingga DAP mengalami dilema dan ada beberapa perwakilan DAP meletak jawatan kerana tak setuju dengan penglibatan DAP dengan Mahathir.
Parti AMANAH
Semua orang tahu AMANAH (PAN) adalah parti macai DAP. Jadi tak ada masalah untuk tanggani AMANAH (PAN) kalau DAP telah setuju. Tun Mahathir tidak mengalami masalah besar dengan parti PAN kerana parti PAN ini adalah parti pak turut DAP. Jika Mahathir boleh menguasai DAP, sangat mudah menjinakkan parti PAN.
Lagi satu AMANAH (PAN) perlukan duit. Jadi Mahathir dengan wang RM500 juta sekadar sumbat aje dalam mulut pimpinan AMANAH (PAN) sudah pasti mereka yang pernah merana dalam ISA atau penjara seperti Mat Sabu, Salahudin Ayub, Saari Sungip dan lain-lain akan senyap kerana mulut mereka penuh dengan DEDAK!
Tangani PAS tapi gagal
Mahathir tahu orang PAS macam elergik dengannya. Mahathir menghantar Muhyiddin untuk menguasai PAS, kemudian di hantarnya anaknya, si Mukhriz membantu tetapi malangnya Mahathir gagal dengan PAS. Dulu ada ura-ura Naib Presiden Bersatu nak ditawarkan kepada Mahfuz Omar (Itu sebab sampai sekarang si Mahfuz ini mengekori Bersatu) tetapi demi menjaga hubungan dengan PAS akhirnya jawatan itu diisi dengan individu lain.
Setelah gagal dengan PAS, Mahathir mengistiharkan Bersatu bersama PAKATAN HARAPAN. Dia mula projek untuk 'hijack' PAKATAN HARAPAN.
Adakah Anwar Terbabit Dalam Misi Mahathir?
Pada tahun 1987 dahulu, Mahathir telah ditentang hebat oleh Ku Li dengan menyaksikan beliau cuma menang tipis 43 undi sahaja. Itupun undi tipu hasil dari perwakilan haram yang dieksploitasi oleh Sanusi Junid yang ketika itu menjadi Setiausaha Agung UMNO.
Kemenangan dan kekuatan Mahathir pada tahun 1987 sebenarnya banyak dibantu oleh kelebihan pengaruh Anwar. Walaupun Anwar ketika itu cuma Pemuda Umno sahaja, tetapi beliau berjaya mengimbangi pengaruh Team B Kuli dan juak-juaknya dengan imej Islamiknya.
Tun Mahathir yang hanya menang 43 undi sahaja. Tengku Razaleigh dapat 718 undi berbanding Tun Mahathir mendapat 761 undi. 43 undi yang membantu Mahathir datang daripada mana? Menurut sumber sumber orang lama, undi itu datangnya daripada Pemuda UMNO yang dipimpin oleh Dato Seri Najib pada waktu itu.
Menyedari yang dirinya yang sudah begitu tersepit dan terhimpit oleh asakan Team B yang sudah menguasai 70 % UMNO, Mahathir sudah tiada pilihan untuk menyelamatkan dirinya. Maka DIHARAMKAN UMNO untuk menyingkir Kuli dan kunco-kunconya.
UMNO Baru di lahirkan. Kuli dan kunconya terpaksa menubuhkan Semangat 46 dan mencari sokongan pembangkang, PAS ketika itu.
Mahathir berjaya dalam misinya.
Kini Mahathir nak singkirkan Najib. Tapi malangnya Mahathir tidak berada dalam UMNO kerana dia pencen. Mahathir tak berjaya menggunakan Muhyiddin untuk misi kali ini. Akhirnya Mahathir tubuh PPBM.
PPBM itu sebenarnya UMNO BAHARU
Malaysian United Indigenous Party or Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
Indigenous = Natives
Malaysian United Natives Party (UMNO)
Untuk misi jatuhkan Najib diluar, Mahathir kena hijack PAKATAN HARAPAN. Itu satu-satunya jalan terbaik.
Kalau kita kaji semua ucapan Mahathir dan corak serta cara gaya dia bercakap semuanya berpusat nak jatuhkan Najib tidak lebih daripada itu.
Persoalan timbul.
Adakah Anwar tahu misi Mahathir ini. Adakah Mahathir perlukan Anwar dalam misi kali ini. Itu menjadi persoalan yang hebat dikalangan penganalisis politik tanahair.
Kalau Anwar terlibat dalam HIJACK HARAPAN, siapanya orang Anwar yang diberikan kepada Mahathir untuk misi ini?
+ comments + 3 comments
Nampak sangat nak jawatan utk teruskan agenda membuncitkan kroni. Rakyat tetap tersepit jua.
Perebutan kuasa dan gila jawatan antara tokoh liberal dan tokoh kafir harbi berterusan dalam Pakatan Tiada Harapan. Ini belum lagi Pakatan perintah negara ini ! Yang jelas ialah parti-parti liberal telah dijadikan lembu dicucuk hidung oleh pemimpin kafir harbi yang licik.
Sebenarnya wayang mahathir masuk pembangkang ni mostly penyokong Pas tahu...empayar mahathir selamat je dibawah najib...walaupun wayang yg dibuat nmpk real tapi klu berfikir ikut mata hati kita akan nmpk wayang tu...cuma penyokong Pas ni malas nak tulis dulu...
Umno buntu dan sudah tahu calculation Pr akan menang dgn logik yg wujud dlm gelombang rakyat. Mahathir tahu empayarnya jauh lebih selamat dibawah umno berbanding dibawah Pr jika Pr memerintah. Segala kesalahan mahathir selama hampir 20 tahun memerintah akan bocor begitu shj...seburuk buruk najib dia takkan membocorkan tingkahlaku mahathir sbb tindakan begitu umpama menepuk air didalam tempayan. Jadi plan terbaik adalah pecahkan PR. Itu shj jalan yg ada...jalan lain tidak ada. Cuba korang fikir apa lagi jalan lain yg terbaik selain pecahkan Pr kalau korang bijak. Jwbnya tidak ada...
Jadi bermulalah wayang....kalau mahathir ada 50 file kerja jahat, maka dikeluarkanlah 5 oleh najib supaya nmpk real seperti mahathir memusuhi najib...mahathir pun berlakonlah attack najib 1mdb...walhal mahathir pun buat benda yg sama waktu berkuasa dulu....kalau najib buat 2.6 billion, adakah dikira tidak salah pula kalau mahathir pulak buat 1.5 billion? Dan adakah jumlah ketirisan yg kurang itu pula adalah lesen utk mahathir utk kritik najib? Dap juga kononnya 'terjebaklah' dlm wayang mahathir...sila buka minda untuk kaji apa maksud saya 'konon' tu...fikir secara kritis dan insyaAllah jumpalah nanti jawapannya....
Benda ni mmg jadi perbualan umum dlm Pas...cuma orang Pas ni dia fokus kerja je. Yg lain diorang serah pada kebijaksanaan kepimpinan.
Post a Comment