Kalau Inilah Cara Pemikiran Penyokong Pakatan Harapan, Sampai Bila Pun UMNO & Najib Tak Tumbang


Tun Mahathir telah membelanjakan wang besar kepada satu pasukan pemikir strategik yang bekerja sepenuh masa sehingga PRU-14 nanti untuk mengumpul data serta maklumat, membuat perancangan dan plan tindakan untuk menjatuhkan UMNO dan Najib.

Banyak mana pun wang dibelanjakan untuk tujuan menjatuhkan UMNO dan Najib oleh Tun Mahathir berserta dengan PAKATAN HARAPAN tidak membantu usaha tersebut jika penyokong PAKATAN HARAPAN masih berfikir kolot dan bodoh.

Mereka buta maklumat, tidak dapat menilai perkara betul dan tidak mengetahui mana satu perkara yang benar atau palsu.

Kenapa Lebai kata demikian?

Jika ada apa-apa sebaran dalam media sosial, whatsapp atau facebook. Atau pun penulisan dalam blog mereka terus memberi komen yang menunjukkan mereka ini buta maklumat yang benar, bodoh dan mudah dimanipulasikan. Itu realiti penyokong PAKATAN HARAPAN.

Orang yang bodoh, tidak mempunyai maklumat serta tidak cerdik dalam membuat komen mudah dimanipulasikan oleh musuh seperti UMNO dan Najib.

Apa hujah Lebai?



Ini contoh posting PAKATAN HARAPAN SUPPORTERS. Yang membuat post dibayar gaji (Mahathir kata makan dedak). Yang komen pula serang membabi buta kepada anak Presiden PAS yang sekarang ini menerajui Ketua Pemuda PAS Pusat tanpa sebarang maklumat adakah itu benar atau palsu.

Yang membuat posting memang kita tahu mereka makan DEDAK untuk buat kerja FITNAH tak kira masa. Yang lebai persoalkan yang baca posting tu pula bodoh dengan komen yang tidak mengambar diri mereka seorang Islam. Kalau inilah sifat mereka semasa PRU nanti sudah pasti mereka ini boleh dimanipulasikan oleh UMNO dan Najib.

Hari-hari serang Najib dan UMNO tapi akhirnya dibodohkan oleh Najib dan UMNO.


Ini pula posting daripada team Samudera Armada BERSATU. Kita tahu mereka ini sebenarnya datang daripada UMNO. Perangai UMNO masih ada dalam sanubari mereka. Oleh kerana lahir mereka daripada "kedarah" harta rakyat sifat bodoh itu masih lagi tak boleh dibuang.


Ini lagi posting daripada cybertropper yang dibayar untuk kerja JAHAT. Lebai tak kisah pasal posting Hussin kerana dia ini dah hilang pertimbangan waras sanggup buat apa sahaja untuk duit. Yang lebai bimbang sikap penyokong PAKATAN RAKYAT yang memberi komen menunjukkan mereka juga bodoh dengan maklumat. Apa salahnya semak dulu, kan bodoh kongsi dosa bersama Hussin!


Ini posting Mukhlis Eddie, cybertropper yang paling atas dalam rangking. Dia ni cerdik sedikit kerana postingnya diletakkan tanda "?". Dalam pemberitaan jika ada tanda soal ini bermakna berita itu 60% tidak benar. Jika tidak ada bermakna 50% kalau bentuk persoalan. Macam di atas juga lebai tak kisah pasal Mukhlis yang bangang sangat ialah penyokong PAKATAN yang komen bodoh menjurus menunjukkan mereka buta maklumat yang benar dan mereka ini jenis manusia yang boleh dimanipulasikan. Kalau ini sikap mereka PAKATAN HARAPAN tak ada HARAPAN untuk ke Putrajaya.



Ini sebahagian serangan dibuat oleh cybertropper PAKATAN HARAPAN untuk membunuh watak (character assassination) Ketua Pemuda PAS Pusat baru, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.



Ustaz Khalil Abdul Hadi dengan motorcrossnya...


Kapcai pun ada juga..





Motor antik...



PAS mempunyai hubungan rapat dengan anak muda termasuk kelab motor yang terdiri pelbagai jenis daripada motor besar yang mewah kepada motor kapcai.


Ini tak ada yang nak viralkan ke?


Nasib baik tak ada yang buat posting Ustaz Khalil beli jentera baru...

Pimpinan PAS perlu berwaspada

Lebai setuju jika ada yang menulis mengatakan bahawa jika kita bergambar dengan barangan mewah bukan milik kita, kita nampak macam kebudakan dan tidak sesuai jika kita ada jawatan dalam parti. Jika kita bergambar dengan barang mewah milik kita sendiri, kita pula nampak sombong dan riak.

Tapi jika bergambar untuk suka-suka dalam acara rasmi parti dengan kesesuaian acara berkenaan rasa tidak menyalahi. Hanya orang jahat sahaja melihat itu peluang untuk dimanipulasi demi memenuhi tabiat buruk mereka.





Dulu ada juga projek character assassination untuk Ustaz Nik Abdul Nik Aziz. Gambar kereta PAS 17 itu adalah diambil oleh wartawan Harakah yang dibayar gaji untuk membuat liputan acara rasmi di Kelantan tetapi buat projek sampingan untuk siar gambar ini melalui kumpulan "Blogger Celaka" dan geng "Usrah Barbican".

Isteri yang solehah, kenderaan yang selamat, rumah yang luas dan jiran yang baik adalah antara pesanan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam untuk setiap kita agar kehidupan di dunia ini diberkati tuhan hendaknya. Manakala isteri yang solehah sentiasa di tempat yang pertama.

Allah berfirman;
"Demi kuda perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya. Serta mencetuskan api dari telapak kakinya. Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh. Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu. Lalu mengempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh. Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan ni'mat Tuhannya....." (Surah al-'Aadiyaat : 1-6)
Menyediakan kuda yang baik untuk berjihad adalah suatu tuntutan. Kuda tu zaman sekarang kenderaanlah.... Lebai maklum bukan apa nanti ada komen bodoh daripada PH... haru lebai kena!!

Nik Abdul dulu ada rakan kongsi syarikat Jus Tok Guru, kemudian berpecah kongsi dia dapat imbuhan. Duit itu dia beli kenderaan PAS 17 yang menjadi isu. Sama seperti orang isukan Ustaz Nasharudin Tantawi dengan kenderaannya.

Untuk makluman pembaca, pimpinan PAS terutama yang bergerak untuk kerja-kerja parti biasa perjalanan seharian mereka boleh mencapai lebih daripada 1000 km. Kenderaan murah biasa kalau hari-hari macam ini jawabnya banyak di workshop daripada dijalanraya. Jadi pakailah akal mereka perlu kenderaan yang baik menepati ciri kelasakan. Lagi pun masa rehat serta pakaian mereka juga diperlukan dan kenderaan tersebutlah jadi rumah bagi sestengah pimpinan PAS. Kenderaan yang sesuai biasanya kenderaan besar.

Jika pembangkang mahu memenangi lebih banyak kerusi, maka tumpuan harus diberikanmusuh sebenar iaitu UMNO dan Barisan Nasional. Kerja bodoh menyerang PAS dengan fitnah akan memakan diri PAKATAN HARAPAN sendiri kerana PAS ada banyak mereka yang simpati yang mungkin akan bangkit menyerang balas.

Oleh itu JANGAN BUAT KERJA BODOH


Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
June 13, 2017 at 11:03 AM

Teori barDap...
Klw ulamak Allah beri rezeki lebih sikit blh pakai kereta mewah itu ulamak rasuah...
Kalau dapig haprak duduk rumah mcm istana pun tak rasuah...

Anonymous
June 15, 2017 at 10:26 PM

Jika hati busuk apa jua peluang utk sebar fitnah akan digunakan sepenuhnya. Ini bukan kerja org beriman tpi kerja org yg meroyan.

June 23, 2017 at 2:46 AM

Zaman skg zaman fitnah...oleh itu sbgai rakyat harus kite tidak senang2 prcaye ape2 brita yg xsahih... pemimpin bodoh dtg dr rakyat yg bodoh. Oleh itu same2 kite mnuntut ilmu utk slmt dunia dn akhirat.. izinkn sy mnjadi anak murid lebai... sy dh lma mncari guru.

Hadi kongsi kote dan kongkek 2 bini
February 8, 2019 at 6:02 PM

Nak tergelak lak baca posting ni.

Bangang la. Pakatan dah ambil alih Putrajaya dah pun oii.. Ni analisa bertuhankan kote bapak kau ke? Semua menyimpang. Kah.. Kah..kah..

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger