Majalah The Minaret terbitan Pusat Islam California mengatakan pendakwah Kristian menjadikan Malaysia di antara negara sasaran bagi satu gerakan dakyah yang dipanggil “Window 10/40”, kerana Malaysia salah satu negara yang terletak di antara garis lintang 10 dan 40 di peta dunia.
Malah di dalam sebuah laporan Utusan Malaysia (akhbar UMNO), melaporkan Jabatan Agama Islam Johor bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri telah merampas 250 judul buku mengenai ajaran Kristian dalam bahasa Melayu. Buku-buku tersebut menggunakan judul seperti Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenal Rasul. Sekali pandang kepada tajuk-tajuknya seolah-olahnya buku-buku agama Islam, inilah salah satu taktik mereka untuk cuba menarik minat orang-orang Islam untuk membaca buku-buku ini. Kata Mujahid Yusof Rawa pimpinan AMANAH (PAN) baca apa nak takut takkan masuk kristian pun!!
Kita selalu didedahkan dengan pelampau Islam misal Daesh tetapi kita tidak mengetahui malah ditutup tentang pelampau kristian antaranya gerakan dakyah evangelis Kristian.
Akhir ini apabila Dr. Kamarul Azman Yusoff mendedahkan bagaimana DAP terlibat dalam dakyah evangelis Kristian, masyarakat Islam mula membuka mata tentang pelampau Kristian. Kita bukan nak kacau orang Kristian tetapi kita sangat risau dengan dakyah evangelis Kristian yang menyerap dalam DAP yang kini menjadi kawan sebantal parti AMANAH (PAN) demi untuk matlamat Putrajaya.
Mereka yang diserap dengan fahaman evangelis Kristian atau membantu golongan ini tidak senang dengan Kerajaan Islam. Bukan kerajaan Islam sahaja, malah apa-apa kaitan dengan usaha untuk memperkasakan Undang-undang Islam akan menjadi musuh kepada mereka. Ada dikalangan mereka yang menyatakan tentangan secara terang dan ada yang menyembunyikan sikap mereka.
Koon Yew Yin seorang dermawan antara mereka yang terbabit dalam usaha memastikan Malaysia tidak mengamalkan undang-undang Islam. Jika anda baca artikel di lamannya dia dengan jelas menulis "Say No to the Islamic State Once and For All". (Jarang dermawan ada laman sendiri untuk menyampai idea dan pemikiran melainkan dia serius dengan cita-citanya ... no Islamic State)
Lebai tak nafikan dia seorang dermawan, malah jutaan ringgit dikeluar dengan mudah, bak kata orang tanpa berkira. Dia menderma RM50 juta kepada Pulau Pinang untuk membantu pelajar miskin. RM50 juta untuk USM bagi tujuan pembinaan asrama dan banyak lagi.
Lebai dapat maklumat 2011, PAS pernah mendapat sumbangan daripada Koon Yew Yin. Siapa pihak PAS yang terima kerana masa itu awal pergolakan dalam PAS dengan pelbagai kumpulan termasuk PASMA.
Koon Yew Yin akan membantu mana-mana pihak yang memastikan ISLAMIC STATE tidak mencapai maksud. Dia bukan bodoh nak derma begitu tanpa sebarang tujuan. Takkan Koon Yew Yin tak berfikir kesan daripada dermanya terutama pimpinan Islam walaupun dia dermawan.
Dia membantu untuk Tabung Mat Sabu dan AMANAH (PAN) Nasional.
Dia memberikan sumbangan kepada AMANAH (PAN) Perak dan dalam ucapannya dia kata dia akan tambah lagi.
Dia pernah memberikan kepada DS Nizar bagi memastikan PERJANJIAN PANGKOR II yang menolak Negara Islam (Islamic State) diperkukuhkan. Anda boleh baca di sini bagaimana Ustaz Ahmad Awang terbabit dalam perjanjian tidak akan melaksanakan Islam.
Tahun lepas ARIF AMANAH (PAN) mendedahkan Koon Yew Yin membantu lagi tabung-tabung AMANAH sebelum ini.
Terkini ada maklumat (hearsay - ikut Sarawak Report) bahawa AMANAH (PAN) Kelantan mendapat sumbangan sangat besar daripada Koon Yew Yin bagi merancak lagi usaha menjatuhkan Kerajaan Islam PAS Kelantan yang dibina oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Peruntukkan besar ini bagi memasang bendera, membuka cawangan dan sumbangan raya.
Kita perlu mendapat penjelasan daripada Husam Musa atau Dato' Wan Rahim akan perkara ini. Penjelasan yang benar dan jujur tanpa putar belit harus dibuat bagi menjelaskan atas isu ini.
Sudah jelas DAP anti Islam. Sudah jelas daripada artikel Koon Yew Yinyang berusaha memastikan tiada "Islamic State" yang juga bermaksud memusuhi Islam. Jelas dan terang pemikiran mereka untuk merosakkan Islam. Mereka memperdaya muslim menggunakan wang kononnya atas nama menolak kezaliman dan membina kebebasan. Cara kerja mereka sama seperti barat memperdaya negara-negara Islam atas nama kebendaan dan kemewahan dunia. Lalu berpecahlah orang Islam menjadi semakin lemah, ditipu oleh musuh yang hebat berpura-pura. Bergelak-tawalah mereka melihat umat Islam yang semakin hilang punca.
Mana dua orang ulama, penasihat parti AMANAH (PAN)? Atau mereka sekadar boneka yang membaca doa majlis-majlis AMANAH (PAN) sahaja? Atau mereka juga kena 'beli' oleh Lim Kit Siang (DAP)?
Kesian pengikut parti AMANAH (PAN) di'perbodoh' kerana buta maklumat yang benar!
+ comments + 3 comments
Jika di awal zaman Islam ada Abudllah bin Ubay dan Abdullah bin Saba, di Zaman modern di Malaysia ada PAN. Buktinya Abdullah bin Ubay amat fanatik dengan Yahudi Bani Qainuqa yg anti Islam manakala PAN pula amat fanatik dengan Lenin Ahok Penang yg terang2 anti Islam
Sejak awal penubuhan pan lgi ada pihak yg dedahkan bahawa dap beri bantuan kewangan. Tak pelik klu perkara ini berlaku krn pan itu macam anak didik dap utk lawan usaha mendaulatkan Islam.
Kebodohan dan pegkhianatan pemimpin parti liberal semakin jelas apabila mereka bersekongkol dengan musuh Islam untuk menghapuskan parti Islam PAS yang memperjuangkan agama Islam dan hak umat Islam. Inilah akibat manusia tamak dan mementingkan diri sendiri terlampau mengejar kesenangan dan kemewahan dunia yang sementara ini sehinggakan mereka sanggup bersekutu dengan kafir harbi ! Bahkan mereka membela pemimpin-pemimpin kafir harbi yang menghina agama Islam dan menindas umat Islam.
Post a Comment