Butir tahik, kepala tahik kenapa bodoh sangat dengan Bahasa Melayu?


Bila Presiden PAS membuat perbandingan kejahatan DAP dalam menyerang kepentingan Islam di Malaysia sedangkan sebahagian besar amalan Islam tiada kaiatan dengan mereka sebagai "ANAK BUTIR TAHIK".

Lebai cuba mendapat maklumat penggunaan perkataan ini dikalangan masyarakat pantai timur khusus di Terengganu.

Anak butir tahik merujuk kepada anak kepada kejahatan yang asal. Perkataan ini bukannya mencarut seperti yang diwar-war oleh cybertropper PAKATAN HARAPAN untuk memburukkan PAS.

Lebai dapat beberapa perkataan yang digunakan di Terengganu yang dilihat kasar tetapi ada kala digunakan termasuk dimasjid atau surau.

Perkataan "buruk batu" iaitu buruk kemaluan jika duduk di atas bantai. Biasanya digunakan 'jangan duduk diatas bantai nanti buruk batu' biasa digunakan oleh ibu bapa di Terengganu untuk mencegah anak-anak mereka duduk atas bantai tidur.

Perkataan "pelir kulup" (tak bersunat) biasa juga digunakan di surau oleh masjid untuk elak anak-anak tak bersunat berada pada saf orang tua. 'Hei hok pelik kulup jangan duduk depang'.

Banyak lagi tapi rasa lebai berikan beberapa contoh ini sudah memadai untuk kita mengetahu bahawa bahasa Melayu sangat kaya.

Bahasa kiasan dan peribahasa binatang dalam alam Melayu.
Peribahasa ialah sejenis ungkapan atau kata-kata yang padat, yang biasanya mengandungi perkara-perkara yang berkait rapat dengan pengalaman manusia dalam pelbagai aspek kehidupan. Peribahasa merupakan kata-kata yang penuh dengan kebijaksanaan. Biasanya ia dibentuk daripada gaya kiasan, menggunakan imaginasi dan mudah dihafal.

Perumpamaan ialah perbandingan makna yang sangat jelas dan terang. Biasanya ia didahului oleh kata pembanding seperti bagai, laksana, umpama, bak, ibarat, macam, seperti, seolah-olah, dan seakan-akan. Dalam ayat Pakatan Harapan itu seperti Biawak, Biawak dan PH itu dianggap menyerupai antara satu sama lain.

Bangsa Melayu hidup dalam persekitaran yang dipenuhi dengan binatang, sama ada binatang itu binatang buas/liar ataupun binatang ternakan. Kehidupan mereka yang terdedah pada persekitaran yang dikelilingi oleh hutan rimba, kebun dan ladang, sungai dan laut menyebabkan mereka serong bertemu dengan banyak binatang. 

Jadi tak hairanlah binatang menjadi satu tarikan daripada peribahasa Malayu.

Kadangkala untuk mencapai maksud yang hendak diperkataan bahasa yang kasar digunakan bagi mengambarkan kejahatan yang sangat besar. Lebai ambil contoh Profesor Shahnon Ahmad menulis novel 'SHIT' yang berfokus bagaimana "kepala tahik".


Kalau nak dibandingkan apa yang Presiden PAS sebut sangat jauh lembut dan masih dalam pertimbangan sebagaimana Shahnon Ahmad menulis dalam novelnya.

Hairan lebai apabila melihat komen Ahmad Lutfi Othman, bekas Ketua Editor Harakah yang kini bertugas dan membantu akhbar parti PAN pada FBnya seolah-olah bahasa itu kasar sedangkan dia sangat bersetuju dengan penulisan Shahnon Ahmad, malah antara orang yang membela.

Lagi pelik bila saya melihat komen-komen daripada MELAYU yang berada dalam DAP. Mereka menyerang Presiden PAS tanpa melihat apa konteks yang diucapkan oleh Presiden itu.




Sebelum ini Roketkini.com akhbar DAP telah memuja dan memuji Shahnon Ahmad dengan mengeluarkan artikel membela. Lebai ambil satu yang terkini iaitu "Syerleena, ‘Shit’ Shahnon Ahmad dan kesedaran politik – Bahagian 1" yang disiarkan pada 2 September 2016. Kenapa DAP hipokrit dalam mebuat penilaian.

Jika kena kepada orang lain semuanya betul tapi kalau kena pada mukanya sendiri itu kasar dan biadap!. Anggapnya kalau Hadi kata kepada Najib. Mesti DAP puji melanggit!

Bahasa Kasar bukan sahaja pada percakapan tetapi pada penulisan


Satu perkara yang lebai hairan, kenapa puak-puak ini lebih menumpu kepada percakapan sedangkan mereka kasar dalam membuat komen dalam penulisan. Apakah bila menulis kasar itu dianggap tidak mengapa??

Membunuh Karektor Abdul Hadi

Apa yang belaku sebenarnya lebih banyak diperbesarkan oleh media. Kita masih ingat lagi bagaimana ucapan penangguhan Presiden PAS selama 1 jam 8 minit yang hanya keluar dalam akhbar pembangkang khususnya Malaysiakini adalah BARUA. Perkataan 'barua' tak sampai pun 1 minit.... hilang 1 jam 7 minit kerana mereka merancang untuk menyerang perkataan itu sebagaimana TV3 pernah buat kepada Tok Guru Nik Aziz.

Tahukah kita perkataan 'barua' pertama kali disebut di pentas PAS oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. TV3 kerat ucapan itu dan mengulanginya sebagai 3 kali. 'barua', 'barua', 'barua'... dan apa yang UMNO buat itu dibuat oleh PAKATAN HARAPAN sekarang.

 

Begitu juga mengenai "salam persahabatan Lim Kit Siang kepada Hadi". Lim Kit Siang tak nak dengar ulasan pimpinan PAS lain, dia kata 'i nak Hadi jawab'... Wartawan kejar Hadi di Rusila tunggu dia nak naik tangga... bila Hadi ulas hanya 31 saat sahaja. DAP kaji video itu dan keluarlah berita nak Saman Hadi... yang sampai sekarang belum ada saman.



Itu kerja mereka, cari mana Hadi tersilap sebut maka diperbesarkan untuk memberikan imej buruk kepada PAS.

Ini semua kerja anak butir tahik...


Share this article :
 

+ comments + 12 comments

Anonymous
April 12, 2017 at 11:11 PM

Jagalah tutur kata...lebih-lebih lagi apabila anda membawa imej ulamak...
Tutur kata yang buruk daripada ulamak...akan memfitnah ajaran dan agama Islam...orang bukan Islam...tidak kira Cina, DAP,...India...Iban...Murud...adalah sasaran dakwah Islam...tunjukkanlah imej Islam yang sebenar-benarnya supaya mereka nampak kemurnian Islam...Cuba baca dan fahami surah An-Naba dan Surah Al-Ghashiyah...
Kalau tak faham jugak...tak payahlah mengaku lebai...



Anonymous
April 12, 2017 at 11:20 PM

Takkan TGHH dah sama kelas dengan J Jamban?????

Anonymous
April 12, 2017 at 11:27 PM

La ni aku pun nak kata jugalah, PAS yang ada hari ini adalah anak butir taik UMNO. Sama DNA dan boleh cantik punya sedondon lagi.

Anonymous
April 12, 2017 at 11:33 PM

Janganlah nak fitnah bahasa orang Terengganu pulak...Kalau dah tak elok tu janganlah disokong...makin teruk pulak jadinya...dulu keluar kata babi...anjing...barua...biawak...sekarang...taik...esok-esok apalah pula...sama-samalah kita tunggu

Anonymous
April 13, 2017 at 3:38 AM

kepala bapak pus mengatakan akan sentiasa membutohkan uknow. Maafvya baru balik dari seberang oak

Anonymous
April 13, 2017 at 6:16 AM

Marah kee kata PAS butir taik UMNO?

Anonymous
April 13, 2017 at 7:43 AM

aku org ganu pun dop pernoh gune ayat tuh..aduh.....aku mintok maaflah hari tu aku mmg undi pas...gundi akan datang mintok maaf banyok lah....jangang kutuk pulok aku hehe.... :)

April 13, 2017 at 8:50 AM

...mangkuk melayu sekular yang sokong DAPigs lagi kepala taik!

April 13, 2017 at 10:30 AM

Xde beza Hadi dgn Jamal Jamban..ye la dpd butir tahi Umno le katakan..LOL

Anonymous
April 13, 2017 at 10:35 PM

Elok dan kena dah istilah tu. Yg kaki makan dedak dap sudah tentu meroyan. Tak payah layan.

April 14, 2017 at 11:22 AM

Anonymous April 12, 2017 at 11:11 PM
Tahu tak bagaimana tutur kata dalam Al Quran?
Tahu tak tutur kata sahabat.
Jangan buat kesimpulan kalau tak faham.

Anonymous
April 15, 2017 at 11:49 AM

Adalah lebih baik jaga tuturkata.. tidak semua rakyat memahami tuturkata tempatan trengganu.. ketidakfahaman memungkinkan fitnah..

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger