Sarawak Report KANTOI edit gambar buat fitnah. Kes RM90 juta PAS sudah pasti FITNAH Juga!


Kesian kepada penyembah-penyembah berita daripada Sarawak Report. Hari ini terbukti bahawa Sarawak Report adalah portal yang memuatkan berita palsu dan edit semata-mata bagi tujuan mendapat habuan tertentu.


Lebai bukanlah nak sokong Najib atau Rosmah. Tak pulak nak UG dengan UMNO tetapi hanya lebai nak menerangkan di sini perbuatan fitnah itu adalah DOSA YANG SANGAT BESAR. Kerana perbuatan fitnah ini dosa tak kira kita buat kepada UMNO, PAS, PKR atau mana-mana orang.

Kita marah orang fitnah kepada Anwar atas isu liwat tetapi jangan pula kita buat fitnah kepada Najib. Tugas kita bongkarkan kesilapan dan kesalahan Najib dan jangan sekali-kali kita buat perkara JAHAT macam mereka.



Lihat bagaimana Sarawak Report manipulasi gambar untuk membuat FITNAH.




Kalau orang ada akal.
Sudah pasti dia boleh fikir tuduhan kepada PAS berkenaan duit RM90 juta tanpa sebarang maklumat yang jelas hanya sekadar sangkaan awam adalah tidak benar.

Sarawak Report bukan boleh dipercayai. Kredibiliti Sarawak Report dalam isu FITNAH kepada PAS RM90 juta juga boleh dipertikaikan.

Adakah dengan "public suspicion" (syak wasangka awam) mereka menuduh PAS terima RM90 yang kini puak-puak PAKATAN hilang dan membelakangi nasihat agama sama-sama dalam menyebar luas fitnah jahat ini tanpa menghirau dosa dan pahala.

Pelik puak-puak mereka isu liwat walaupun mahkamah kata ya mereka tak percaya kerana mereka tahu itu fitnah tetapi dalam isu RM90 sangkkan dipercayai malah ada pimpinan PAN kata PAS terima wang melalui Affinbank sedangkan PAS mana ada akaun di situ.









Bak kata perpatah yang benar pasti akan terbuti, yang dusta dan palsu akan terbongkar. Semakin hari, semakin terbongkar kerja-kerja jahat membuat fitnah kepada PAS. Semoga Allah selamatkan kita daripada terbabit kerja bodoh dan jahat ini.


Share this article :
 

+ comments + 7 comments

Anonymous
April 1, 2017 at 2:21 PM

Dah tau fitnah, saman lah. Sudah tentu ketua walaun blh menang juta juta.

Anonymous
April 1, 2017 at 3:26 PM

saman saman. kalau x betul saman la. ni dok nafi pakai air liur. SR dah tunggu lama dah. Husam pun dah tunggu. Hahaha.....jgn tiru mcm najib...bertahun dah ari selasa...hahaha

Anonymous
April 1, 2017 at 5:28 PM

saman je lah apa bising2. Kalu menang saman dpt berjuta2. Dah berapa bulan ni. Ni nak kutip derma saman pulak. Haji Hadi dulu saman akhbar UK, banyak pulak duit dia.

April 1, 2017 at 7:44 PM

Assalamualaikum wbt. Sekiranya betul gambar-gambar itu merupakan gambar yang diubah suai (bukannya edit kerana edit bermaksud memurnikannya atau menjadikannya lebih baik dan positif) untuk memberi imej buruk kepada sesuatu pihak, maka saya sangat bersimpati kepada PAS. Pada masa yang sama saya juga berharap PAS juga bersimpati kepada DSAI dalam kes tuduhan Datuk T kononnya DSAI melanggan pelacur Cina. Dalam video hitam putih itu, jelas sangat bahawa berlaku pengubahsuaian fizikal dan wajah lelaki yang dikatakan sebagai DSAI. Adakah PAS percaya bahawa gambar itu gambar asal atau gambar ubah suai, saya tidak pasti. Walau apapun, saya percaya bahawa kes PAS dengan Sarawak Report dan kes DSAI itu nanti diberi keadilan oleh Allah SWT pada hari pengadilan di akhirat nanti. Allah SWT Maha adil. Wassalam.

Anonymous
April 1, 2017 at 11:11 PM

biar la najib yg saman

Anonymous
April 2, 2017 at 2:33 AM

Kalau benar dakwaan itu adalah fitnah, kenapa sehingga kini pemimpin PAS masih tidak kemukakan saman??? Selagi PAS tidak mengemukakan tindakan menyaman terhadap Sarawak Report dan Husam, selagi itulah pemimpin PAS membiarkan fitnah itu terus hidup. Apakah pemimpin PAS sanggup memikul dosa kerana membenarkan fitnah itu kekal berterusan? Samanlah!!!

Anonymous
April 3, 2017 at 4:08 PM

SR tu di belakangnya kuffar yg kuasai. Tak heran klu ia mnjadi rujukan golongan munafik.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger