Bersatu serang PAS dengan Fitnah Pada Ceramah-ceramah Mereka


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan bersama Pakatan Harapan semasa PAS-BERSATU masih dalam perbincangan dimana dilihat Mahathir telah menepikan pendapat Tan Sri Muhyiddin yang lebih mirip untuk bersama PAS menjatuhkan BN.

Sikap Mahathir ini menyebab hubungan PAS-BERSATU terus putus. Ada usaha-usaha untuk meneruskan lagi perbincangan ini melalui orang-orang Muhyiddin tetapi malangnya sikap BERSATU dalam ceramah-ceramahnya muktahir ini di pentas HARAPAN terutamanya di Kelantan rasanya hubungan ini tidak lagi bersambung.

Semalam Dato' Nordin Salleh yang juga dikenali sebagai Pak Su Din, ahli majlis tertinggi BERSATU yang merupakan Ketua Bersatu Kawasan Tumpat dalam ceramahnya bersama Husam Musa banyak menghentam PAS. Bukan sahaja hentam tetapi membuat fitnah serta melempar tuduhan palsu kepada PAS.

Ceramah PAN di Tumpat semalam bukan ceramah menyerang Najib sebagaimana impian Tun Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan UMNO tetapi lebih kepada ceramah PAKATAN HARAPAN menyerang dan membuat fitnah kepada PAS.

Dato' Nordin ini, semasa UMNO dikenali orang yang merapu. Apabila keluar UMNO bersama Bersatu bercakap semakin merapu. Dia berkata apalah Hadi ini tidak mahu bersama Tun Mahathir orang yang dikenali seluruh dunia.

Dia kata Hadi lebih suka hidup diceruk Rusila. Dia kata lagi sebenarnya ada rahsia yang Dr Mahathir nak buat kepada pemimpin PAS terutama kepada Hadi ini tetapi sayang PAS tak mahu. Dia cakap Mahathir nak perkenalkan Hadi keserata dunia Islam. Jika Hadi bersama Mahathir sudah pasti Hadi tidak terceruk lagi di Rusila dia akan dimanafaat di serata dunia.

Lebai nak tergelak dengar ceramah si Nordin ini. 



Kenapalah ketiggalan sangat Ahli Majlis Tertinggi BERSATU ini??
Tahu tak dia ini bahawa Abdul Hadi Awang itu Naib Ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia,  selepas Yusuf Qardhawi.

Tahu tak pihak BERSATU bahawa Abdul Hadi Awang ini antara yang menjadi orang tengah penyelesaian masalah isu-isu dunia Islam seperti di Selatan Filipina atas isu kebebasan Mindanau, Selatan Thailand, Isu Syiah-Sunni dan banyak lagilah kalau saya nak menulis di sini.




Tapi Dato' Nordin boleh kelentong pendengar terutamanya ahli-ahli PAN terlompong dan mempercayainya sedangkan sebelum ini dia adalah ahli PAS yang tahu cerita sebenar tentang Tok Guru Haji Abdul Hadi. Tapi apabila jadi PAN terus menjadi macam sasau dan "tak tahu" kerana telah di"brainwash" oleh si Hussam.

Lebai tak kisah pasal Bersatu nak bawa Hadi dan PAS ke dunia Islam antarabangsa tetapi lebai agak marah juga bila BERSATU membuat fitnah termasuk penerimaan wang rasuah RM90 juta.

Lebai setuju dengan YB Mohd Amar berkenaan ahli-ahli PAS bawahan yang meluat dengan PAN dan termasuk PKR kerana ada pimpinan PKR yang datang ke Kelantan atas pentas PAN membuat fitnah dan menyerang kerajaan PAS Kelantan. Jadi tak hairan apabila ada mesyuarat Agung PAS Kawasan mereka bersetuju mengusul untuk putus tahaluf dengan PKR.

Buat apa berkawan dengan PKR bercakap manis dalam kenyataan-kenyataan akhbar seolah-olah pijak semut tak mati tetepi dibelakang PAS mereka menikam dan merancam untuk melemahkan PAS.




Share this article :
 

+ comments + 11 comments

Anonymous
April 4, 2017 at 12:43 AM

Bang lebai pakat ramai-ramai geng abg lebai,kumpul dana utk upah peguam.Saman SR , Husam dan lain lain tu. Kalau tak juga saman depa tu semua. Nanti persepsi rakyat akan kata parti abg lebai mentedarah duit HARAM. malu ooo. Pakai jubah serban tapi kencing tak basuh

Anonymous
April 4, 2017 at 1:50 AM

Betul tu n sangat setuju 12.43am. Yang pastinya ini semua telenovela yg dilakonkan pas n umno. Imej islamaik hanya diluaran tp hati penuh dengan hasad dengki n maki hamun seolah diorg aje yg islamik yg lain tu kapir harbilah dapiglah. Ahli2 komen mesti munafiklah kalau tak sealiran dgn mereka. Agama diguna utk menghukum tapi yg peliknya bila mca moc gerakan n yg kat srawak yg tak sokong ruu tu tak oulak dimaki dicaci atau digelar kapir harbi ke. Kitab mana ya haji n rakan2 dlm pas guna ni. Cuba2pah muhasabah diri sblm duk kata org lain asyik fitnah aje.

Mat Bon
April 4, 2017 at 6:39 AM

Kadang-kadang, bila kita tersisih dari kawan ... kawan-kawan berdehem pun kita anggap kawan-kawan tersebut perli kita.

Anonymous
April 4, 2017 at 1:38 PM

bwk bukti report sprm kn senang

Anonymous
April 5, 2017 at 12:26 AM

Aik.ni blog pas tp komen2 pas balik kene taruk...nampak sgt pas lemah dah.nexr pru terus tendang pas drp politik Malaysia... Ganggu org politik shj..

Anonymous
April 5, 2017 at 4:35 PM

Btl2 tu.terkentut pun salahkan dap jg

April 7, 2017 at 10:02 AM

Teringat pulak sejarah nabi duduk sendiri di Gua hirak. Nabi tinggalkan SEMUA.
Datang semula membawa utusan untuk SEMUA. Sekelian alam. Itu nabi.
Tg Hadi hanya seorang manusia biasa macam kita. Jika menyeru untuk SEMUA orang Malaysia pun dah Kira ok sangat.

Anonymous
April 7, 2017 at 4:52 PM

Madey tu dah dapat gelaran mahafiraun satu masa dulu sbb perangai jahatnya ketika berkuasa. Kini ada yg dah lupa. Nak jilat ludah dan kahak. Melayu mudah lupa...

Anonymous
April 8, 2017 at 1:10 PM

PAS dok maki sesama manusia lagi kaa?? Siapakah yg syok dok maki. Siapakah mangsa yg terbaru yg kena maki? Apa yg di maki? Awat dia kena maki? Mungkin cakap elok2 dia dok buat layar buruk kot?
Setakat ini yg aku tahu ada Ustaz2 PAS yg dok bagi kuliah kat tempat aku dan juga Mesjid2 berdekatan dah tak maki sesiapa pun. Mungkin ada yg dah terasa sangat kot. Nak buat camno dah kena batang hidung sendiri elok sedar dan berubah.

Anonymous
April 23, 2017 at 12:09 PM

Mampuih pi LA sapa2 nak sokong DAP PAN. DAP nak jadikan Malaysia. Malaysia Malaysian. Jadi lah nanti Singapura. Tiada lagi agung tiada lagi Sultan tiada lagi Islam. Presiden pertama Singapura adalah Melayu selepasnya ialah cina. Sekarang mana Melayu kat Singapore. Pan kata perjuangkan islam tapi bila PAS bentang RUU355 kenapa bantah. PAN jangan jadi anjing DAP yang memang anti Islam.

May 23, 2017 at 8:05 AM

Orang2 PAS bukannya tak nak komen cuma lebih suka baca komen orang2 lain dan buat analisis. Apa2 pun tunggu PRU 14. Cakap banyak pun tak guna. Banyak lagi tugas2 lain yang perlu diselesaikan. Apa2 pun, segala apa yang kita lakukan di dunia ini akan dihitung oleh Allah swt di akhirat kelak.

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger