Terima Wang Aliran Genting Jutaan Ringgit, Bila Husam Musa Nak Nafikannya?


Raja Petra Kamaruddin dalam blognya telah menulis bahawa aliran wang GENTING yang bernilai 30 billion yang diragui bagamainan Daim mendapatkannya juga mengalir kepada Husam Musa bagi menjaga kepentingan dalam PAS jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dalam PRU sebelum ini

Saya tidak berhasrat mengulas panjang tentang duit berkenaan tetapi seperti saya menulis sebelum ini Husam Musa banyak membelanjakan wang untuk mengerakkan parti PAN dan anggaran itu sekkitar RM2 juta. Ini wang untuk sekarang, dipercayai dia banyak membelanjakan wang daripada sumber yang tidak diketahui. (anda boleh baca artikel saya sebelum ini untuk pengesahan di sini)

Apabila Raja Petra mendedahkan aliran wang GENTING dan menuduh Husam Musa juga mendapatkannya dikalangan pimpinan PAS sebelum ini saya rasa Husam Musa perlu menafikannya.

Saya suka mengulas lebih lanjut penulisan pendek saudara Nor Azman Bin Sukerman dalam facebooknya.

Kita mungkin tidak dapat mengesahkan apa yang ditulis oleh RPK mengenai apa yang diterima Husam dari Genting. Kita boleh bersangka baik kerana PAS ajar kita mengikut Islam dan Islam mengajar kita bersangka baik kepada Husam ketika beliau menjawat jawatan-jawatan tinggi dalam PAS.

Ya, mungkin banyak perlakuan dan tindakan beliau yang kita boleh terima sebagai salah laku tetapi untuk mengatakan Husam menerima duit dari Genting satu perbuatan yang sangat HODOH kerana dia pada masa itu anak didik Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Apa pun terpulang pada Husam untuk membersihkan dirinya. Lagi pun dia juga terlibat dalam aktiviti menuduh PAS kemudian minta yang dituduh, PAS buktikan penafian. Jadi sekarang dia berada dalam situasi dituduh dengan satu tuduhan sangat mengaibkan dirinya. Sekarang masanya dia pula membuktikan panafiannya.

Sesungguhnya keadilan kadang-kadang tak tunggu dibicarakan di mahkamah pun tetapi cukup dengan pendedahan dan fitnah pada si zalim untuk membuat si zalim rasa dizalimi pula.

Husam mungkin lupa ramai ahli PAS hafal dan beramal dengan qunut Nazila kata Nor Azman yang mana Allah tidak akan melupai orang-orang yang dizalimi. Husam patut tahu dan ingat apa yang Tok Guru Nik Abdul Aziz berpesan, melainkan dia menjadi anak murid yang lupa diri.


Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
April 11, 2017 at 1:01 AM

Terima duit utk rujukan apa?. Takkan guna utk buat kenduri makan makan. Macam mana hukum nya Tuan Aji mengikut hukum Islam?

Anonymous
April 11, 2017 at 5:32 PM

Org yg tahu perangai sebenarnya tak akan terkejut jika betul dia terima wang itu

Anonymous
April 13, 2017 at 12:01 AM

Hebat penulisan tuan haji
Brp umur Husam skrg? Lebih kurang 58 tahun. Jambatan kota baharu tu siap tahun berapa? Tk silap, tahun 60an. Katakan tahun 70 la, utk senang buat kiraan.
Tahun 70, husam baru berumur 12 tahun... Wah!!! Kecik kecik dah masuk politik dan kebas pitis jutaan pulok tu!!! Ni budak brilian ni!!

Kesian kawe tengok minda orang iq rendah ni!!!

Anonymous
April 24, 2017 at 2:37 PM

Bukti mana bukti??? Kitorang tuduh pas dapat 90 juta tu ada bukti tau tak. Buktinya ialah air liur husam dan air liur rafizi. Sekarang utk tuduhan kepada husam kami perlukan bukti kukuh. Klu tak ada bukti, jelaslah parti lebai ini suka buat fitnah!!

Atas ni sample pembelaan parti khadam..hehe..
Apalaga khadam? Suh la pi husam saman.

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger