Debat Mahathir-Nazri Batal tak banyak beza dengan debat UMNO-PAS dibatalkan


Semalam saya mendengar ceramah Tun Mahathir di Cheng, Melaka. Tun Mahathir mempersenda keputusan polis membatalkan kebenaran terhadap penganjuran debat antara beliau dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.

Kata Mahathir "Petang tadi saya dapat maklumat, polis kata tak boleh, kononnya ada orang-orang di situ buat laporan, takut jadi huru hara.

"Bukan ada siapa pun duduk di situ, yang ada kilang saja. Jadi sekali lagi dibatal. Dibatal kerana apa, kerana takut," kata Mahathir.

Memetik pepatah Melayu dalam lirik lagu BERSATU, "Berani kerana benar, takut kerana salah", Mahathir berkata kerajaan takut kerana tahu ia telah melakukan kesilapan.


Manakala Datuk Zainuddin Maidin, kaki bodek dan merapu berkata Mahathir sekali lagi mendapat kemenangan politik 'paling bermaruah dan bergaya' apabila debatnya dengan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz dibatalkan.

Apabila Mahathir kata orang takut sahaja yang cuba batalkan debat, lebai teringat akan kisah silam debat antara UMNO-PAS zaman Tun Mahathir "kuku besi" memerintah Malaysia dibatalkan.


Untuk makluman pembaca, oleh kerana ini kisah silam, lebai rasa ada baiknya lebai memberi sedikit info tentang debat UMNO-PAS atas isu PAS mengkafirkan UMNO.

Isu Debat Umno-PAS ini adalah lanjutan isu kafir-mengkafir yang berlaku sejak awal 1980-an. Beberapa tindakan yang dikenakan ke atas pemimpinan PAS seperti pendakwaan di mahkamah, penahanan ISA dan tuduhan mengkafirkan Umno, termasuk manipulasi isu Amanat Haji Hadi telah mewarnai hubungan politik PAS-Umno selepas 1980.

Ekoran itu, Naib Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam satu interview dengan Asiaweek telah mendakwa Umno enggan bertemu PAS untuk menyelesaikan masalah ini.

Ekoran itu, pada 25 Ogos 1984, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah menyatakan kesediaannya berdebat dengan PAS. Setiausaha Agung PAS, Ustaz Haji Hassan Shukri pada hari sama juga telah menyatakan kesediaan PAS untuk berdebat dengan Umno dengan bersyarat.

Syarat yang dikemukakan oleh PAS ialah perlu ada pertemuan pertama melibatkan lima pemimpin tertinggi kedua-dua parti. Setiap orang daripada mereka mestilah membaca dan menghuraikan makna Surah al-Fatihah dan ayat 1-16 Surah al-Baqarah untuk menentukan kebenaran tuduhan Umno bahawa PAS memutarbelitkan agama.

Syarat PAS ini telah menyebabkan Umno berdiam diri sehingga Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan pada 15 September 1984 bahawa Umno sedia berdebat dengan PAS dalam isu tuduhan PAS mengkafirkan Umno dan hanya menunggu persetujuan PAS sahaja.  

Pada 17 September 1984, PAS telah mengirimkan surat kepada Umno kerana persetujuan debat ini, dan ia dijawab oleh Datuk Sanusi Junid, Setiausaha Agung Umno pada 15 Oktober 1984 dengan mencadangkan debat ini atas tajuk "PAS mendakwa ahli Umno kafir, dan menentangnya jika mati, adalah mati syahid."

PAS yang bersetuju dengan cadangan tajuk oleh Umno itu telah bersepakat supaya debat diadakan pada 11 November 1984. PAS telah melantik wakilnya dalam debat tersebut terdiri dari Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ustaz Mohd Nakhaie Ahmad dan Ustaz Harun Taib, sedangkan Umno diwakili oleh Dato' Wan Mokhtar Ahmad, Ustaz Ibrahim Azmi Hassan dan Anwar Ibrahim.

Ketika PAS sedang membuat persiapan rapi tentang dalil dan hujah bagi menghadapi Umno, pada 8 November 1984, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Datuk Ahmad Zainal Abidin Yusof telah mengisyharkan bahawa Yang di-Pertua Agong dengan perkenan Majlis Raja-raja telah mengarahkan pembatalan Debat Umno-PAS atas alasan isu kafir-mengkafir ini hanya boleh diputuskan oleh Majlis Raja-raja dan debat ini hanya boleh memecahkan umat Islam.

PAS percaya pembatalan ini dibuat dengan kehendak Umno. Kerana pembatalan ini, Debat Umno-PAS yang dijadualkan pada 11 November 1984 ini tidak menjadi kenyataan.



Apa bezanya UMNO guna polis untuk batalkan debat Mahathir-Nazri dengan Mahathir guna Penyimpan Mohor Besar Raja-raja batalkan debat UMNO-PAS sehari sebelum debat?? Biasanya Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hanya keluar nak puasa dan raya tiba-tiba terkeluar di TV 1984 hanya NAK BATAL DEBAT UMNO-PAS.... itulah Mahathir yang mungkin orang baru tak kenal!

Kalau ikut logik Mahathir memang dia takut kerana bersalah dan membatalkan debat isu kafir mengkafir. Ini jelas isu kafir mengkafir adalah TAJAAN UMNO untuk menjauhkan orang UMNO dengan PAS.

Apa nak hairan Nazri itu adalah anak didik UMNO, anak didik Tun Mahathir sendiri. Sama juga dengan Najib anak didik Mahathir. Mereka semuanya adalah penyamum dan perompak wang rakyat.

Lebai menulis ini bukan nak sokong Nazri. Nazri dan Najib itu PEROMPAK manakala Mahathir pula adalah PENYAMUN. Sekarang ini adalah isu KETUA PENYAMUN tak setuju dengan KETUA PEROMPAK.

Jangan kita lupa Mahathir 22 tahun menyamun duit kita sehingga kaya raya anak beranaknya, tak percaya tanya Rafizi, dia ada fakta bagainama anak Mahathir boleh beli Petron dan kilang arak!
Takkan kerana kesatuan perompak bertelagah kita nak tolong ketua penyamun.

Dosa-dosanya terhadap Anwar sehingga lahirnya refromasi rakyat tidak boleh dipadam hanya Mahathir berkata Najib kleptokrasi dan kita mesti jatuhkannya. Jangan kita bodoh dan tertipu dengan politik licik Tun Mahathir!




Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
April 2, 2017 at 7:20 PM

Sedap kan jilat telor pemimpin umno. Merujuk beb.

April 3, 2017 at 2:16 PM

Larr peminum kecing Kafir Tegar DAPigs ada hati nak ngata PAS lak!

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger