Kalau mengikut sifir Rafizi Fitnah Tan Sri Khalid Ibrahim 91 helai pun kerana Allah juga!


Rafizi Ramli mengucapkan terima kasih kepada Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana mengingatkan beliau mengenai dosa dan pahala. Pada masa yang sama, ahli Parlimen Pandan itu menjelaskan bahawa kerana Allah beliau terdorong untuk mendedahkan kes-kes rasuah.

"Saya menghormati pandangan Hadi dan itu adalah hak beliau. Saya mengucapkan terima kasih atas peringatan beliau tentang dosa dan pahala.


"Saya memohon keampunan daripada Allah sepanjang masa," kata Rafizi

"Malah, ia kerana saya takut kepada Allah daripada segala-galanya," katanya 


Lebai nak tanya semasa dia dedah penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah Tan Sri Khalid Ibrahim dulu kerana Allah juga ke?

Akhirnya 'merangkak' di mahkamah.. minta maaf dengan Tan Sri Khalid. 






Mereka membuat fitnah 91 helai kerana TS Khalid Ibrahim tak mahu mengikut perancangannya menyerahkan kedudukan MB Selangor kepada Anwar. TS Khalid semasa berjumpa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan dia tidak mengikut arahan parti kerana ingin selamatkan WANG SELANGOR daripada dipergunakan oleh PKR. (kira macam menyamum juga... spesis Najib juga rupanya)

Adakah RAFIZI nak menekan PAS semacam menekan Khalid Ibrahim supaya ikut telunjuknya?




Bagaimana Rafizi nak sorok muka apabila bekas ahli PKR seumur hidup yang dipecat, Badrul Hisham Shaharin menyanggah penafian Rafizi Ramli berhubung isu dana kepada parti daripada seorang individu bernama John Soh dan mendedahkan jutawan itu sebenarnya penyumbang dana terbesar kepada parti pembangkang tersebut.

Badrul Hisham atau Chegubard mendesak supaya kepimpinan PKR terdahulu dan sedia ada menjelaskan adakah benar sejumlah RM26 juta wang daripada individu itu diberikan kepada parti.

“Datuk Zaid Ibrahim, Rafizi, Nurul Izzah, Datuk Saifuddin Nasution harus tampil menjelaskan adakah benar John Soh memberikan wang sebegitu bany
ak dengan jumlah hampir RM26 juta kesemuanya.



Salahuddin yang pernah berkhidmat sebagai naib presiden PAS berkata, parti itu tidak pernah dimaklumkan mengenai penerimaan dana berkaitan 1MDB seperti didakwa Rafizi Ramli. Kenyataan ini seolah-olah Rafizi kena tampar terus tersungkur.

Bayangkan sepatutnya ini peluang parti PAN nak perkenakan PAS sebagaimana Rafizi sedang mengasak PAS tetapi kerana memang tak ada bukti Salahudin mengambil jalan bercakap benar kerana buruk padahnya.

Lebai rasa RAFIZI RAMLI pun butir-butir taik UMNO juga..



Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 13, 2017 at 10:39 PM

Kaki fitnah tegar yg memang tak fikir dosa pahala. Semoga dia sempat bertaubat sebelum ke alam sana

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger