Rafizi Memang Bodoh, Patutlah Cikgu Pa Pernah Kata dia ni Bodoh!


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mendedahkan nama bekas pemimpin PAS yang didakwa menerima dana berkaitan 1MDB sebagai bekas timbalan presiden PAS Dr. Nasharudin Mat Isa.

Lebai hampir tergelak. Nasib baik Rafizi tak sebut Dr Hasaan Ali. Mana tahu kemaruk nak 'sapu tahi' kepada PAS.

Rafizi ni buta maklumat atau BODOH?



Pada 28 Januari 2013 Majlis Syura Ulama dalam satu kenyataan memberitahu bahawa Nasharuddin Mat Isa dipecat sebagai Ahli Majlis Syura Ulama PAS. Alasan pemecatan tersebut ialah beliau kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan. (sila rujuk di sini)

Menurut sumber, punca utama Nasharudin disingkirkan ialah kerana beliau dilihat sebagai ‘mesra kerajaan Pusat.’

Terakhir Nasharuddin menyertai lawatan kemanusiaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Palestin pada 22 Januari lalu.

Pada Ogos tahun lalu, Nasharudin menemani Perdana Menteri bertemu para ulama Arab Saudi di Mekah sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Rentetan daripada itu Nasharudin telah dilabelkan oleh para penyokong Pas terutama kumpulan pro-Anwarinas sebagai pengkhianat.

Bagaimanapun keahlian Nasharudin dalam Pas masih kekal tetapi cuma sekadar ahli biasa.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi mengesahkan perkara itu sambil memaklumkan surat pemecatan berkenaan sudah dihantar kepada Nasharudin tetapi tidak pasti sama ada Ahli Parlimen Bachok tersebut sudah menerimanya atau belum.

“Saya bukan ahli Majlis Syura Ulama tetapi Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh telah mengesahkan kepada saya bahawa Nasharudin memang telah dipecat. Nasharudin dipecat daripada Majlis Syura Ulama ketika mesyuarat pada 13 Januari 2013 lalu.

BODOH KALAU ADA YANG KATA PAS TERIMA DUIT DARIPADA NASHARUDDIN?
Kalau terima duit buat apa PAS pecat dia kerana dia tidak selari dengan parti dan rapat dengan UMNO?? Patutnya PAS bagi pingat pasal PAS dapat RM90 juta??

Lucukan??


Ini lagi bodoh, dia pimpinan PAS pada masa Nasharuddin dipecat ahli Majlis Syura kerana cenderung kepada UMNO. Tapi hari ini Khalid Samad berkata dalam Malaysiakini kalau betul pun saya tak hairan.

Ini seorang lagi Peguam. Dalam PAS dulu AJK PAS Pusat tahu tentang keputusan kenapa PAS singkirkan Nasharudin Mat Isa yang tidak selari dengan parti dan rapat dengan UMNO.


Tapi kerana ada sikap jahat dendam dan sanggup membelakangi Islam untuk mencapai cita-cita Putrajaya. Rafizi yang pernah fitnah Tan Sri Khalid Ibrahim lebih dipercayai daripada Ustaz Hadi Awang.



Ini pula sorang lagi Maslan Versi PAN. Dia ni mungkin hilang pengetahuan agama tentang menerima berita sebagaimana diajar dalam Islam. Daripada orang UMNO, kagum dengan Ustaz Hadi akhirnya menyertai PAS. Antara orang yang banyak tak berstuju dengan IRC (IKRAM). Tapi bila kalah pemilihan 'frust' dan menjadi penentang PAS dan akhirnya terjerumus dengan fitnah.

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (QS. Al Hujurat: 6).

Suhaizan Kayat sekarang sudah lupa ajaran Islam tentang maklumat yang tak jelas dan tidak benar. Dia lebih mendaulatkan Putrajaya.

Kenapa lebai kata RAFIZI BODOH?

Sebelum ini nama Rafizi sangat baik dikalangan masyarakat, ramai puji cara kepimpinannya sehingga ada dikalangan pemuda PAS menyebut perlu ada orang macam Rafizi dalam Pemuda PAS. Tapi malangnya setelah dia menentang Undang-undang Islam dan penentangan ini maki jelas berhubung dengan RUU 355 maka sokongan kepada dia menjadi makin berkurangan.

Bila dia fitnah Tan Sri Khalid Ibrahim dan langkah Kajang ramai makin meluat dengan dia ini.

Dia cuba serang PAS dengan pelbagai isu antaranya mendedahkan pertemuan sulit antara 10 pimpinan PAS dan PKR sebelum PRU-13 lalu. Dia berbohong kononnya PAS mencadangkan ahli Parlimen Gua Musang daripada Umno itu sebagai bakal perdana menteri jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya dan menolak Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Kenyataan ini dibalas oleh Mustafa Ali.


Ayat yang lebai masih ingat sampai hari ini yang dikeluarkan oleh Cikgu Pa ialah “Jika dia menganggap dia adalah pengarah strategi PKR, dia membuat satu kenyataan bodoh,” kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kepada The Malaysian Insider

Rafizi Ramli terdiam terus dengan kenyataan sebaris sahaja oleh otai PAS ini.

Lebai hairan kenapa RAFIZI MEMBISU dengan kenyataan bodoh Cikgu Pa ini... Rupanya selepas beberapa bulan daripada isu ini bila dibangkitkan pula oleh seorang lagi 'kepala buruk' dalam PKR, Saifudin Nasution Presiden PAS telah membuat kenyataan bahawa yang mula-mula cuba menarik Tengku Razaliegh ke Pakatan Rakyat adalah DAP. DAP yang minta PAS memujuk Ku Li selepas mereka gagal akhirnya semua diam membisu!

Maaf malam ini banyak sangat perkataan bodoh lebai gunakan...
Bukan apa lebai dah rasa meluat dengan butir-butir taik dalam PKR yang makin hari makin melampau fitnah mereka.

...dan RAFIZI menjadi makin bodoh kerana apa yang dia buat sebenarnya merosakkan imej dirinya yang sebelum ini sangat baik tapi kini sudah jadi butir-butir najis yang sangat jijik dan kotor!


Share this article :
 

+ comments + 6 comments

April 14, 2017 at 12:48 AM

Sabar dulu, tuan. Filem panjang ini baru sahaja bermula. Mari kita menontonnya. Jangan cepat membuat kesimpulan.

Anonymous
April 14, 2017 at 7:06 AM

Benda ni bukan baru berlaku lebai. Kes 1MDB, duit masuk dlm akaun Najib sblm PRU13 lg. Masa tu kah Najib bahagi2 duit tu. Tak hairanlah sekarang kenapa PAS sabotaj kerusi Damansara, sg Acheh dll. Presiden pun tuduh calon edar pil kudalah, ada buku karl marx la. Now everything is clear.

April 14, 2017 at 11:14 AM

Anonymous April 14, 2017 at 7:06 AM
Lihat komen anda pasti anda buta maklumat. Sekadar dapat berita fitnah dan emosi. Nasihat saya banyak membaca dapat sumber yang sah. Paling baik minta pertunjuk daripada Tuhan.

April 14, 2017 at 2:54 PM

Apa sahaja isu yg dicetuskan oleh 'kepala busuk' PKR perlu diteliti krn selepas Langkah Sumbang Kajang dan fitnah ke atas TSKI terbukti parti keluarga DSAI ini tong najis yg dilarikan anwar dari umno. Kebusukannya dah menjalar ke usus.

Anonymous
April 18, 2017 at 8:34 PM

Kaki fitnah tersohor dah kantoi sebenarnya..

Anonymous
May 13, 2017 at 8:12 AM

Bodoh2 si Rafizi, bodoh lagi si Lebai ni..walaun mambabi buta.

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger