Dua Dekad Dia Dizalimi..Siapa Yang Menzalimi? Abdul Hadi ke? Atau Tun Mahathir?


Dr. Syed Husin Ali me'luncur'kan bukunya "Dua Dekad Dia Dizalimi". Wan Azizah merasmikan perluncuran ini. Sangat sadis dengan nasib Anwar Ibrahim daripada pemimpin nombor dua UMNO kini di penjara.



Bagaimana polis zaman UMNO yang dipimpin oleh PM yang 'mahazalim' sanggup melepaskan tindakan ketua polis menumbuk TPM semasa itu. Kalau rakya biasa sudah pasti Anwar Ibrahim MATI DALAM LOKAP sebagaimana cerita-cerita terkini yang Zahid Hamidi berdolak dalih.

Siapa yang memzalimi Anwar Ibrahim 2 dekad ini?

Abdul Hadi Awang, Presiden PAS ke ataua Tun Mahathir Mohamad penasihat BERSATU? Pertanyaan mudah dan logik ini sukar difahami oleh sesetengah pemimpin PKR. Malah ahli-ahli PKR sendiri menjadi celaru untuk berfikir secara rasional.

Penyokong PAKATAN HARAPAN pun sama. Mereka tidak tahu siapa sebenarnya musuh mereka selain daripada UMNO.

Dimana suara REFORMASI? Dimana OTAI-OTAI REFORMASI. Kamu tidur ke? Dia, membisu menjadi kaku setelah begitu hebat 2 Dekad yang lalu?

REFORMASI di'hijack' oleh Tun Mahathir. Dia masih belum menyatakan kemaafan atas perbuatan FITNAHnya kepada Anwar Ibrahim.

Wan Azizah, walaupun Presiden PKR tetapi hanya menjadi BONEKA dan tersisih dengan suaminya kerana ada penyangat-penynagat dalam PKR bersama dengan Ketua Penyamum untuk menyamum WANG RAKYAT Selangor yang dikumpulkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim. Mereka ini juga sedang menguasai Suara Reformasi.

Bodohnya....


Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
April 10, 2017 at 8:41 AM

Kerana bagi PAN, DAP adalah amat mulia, suci dan hebat. Itu sebab mereka sanggup jadi khadam DAP

Anonymous
April 10, 2017 at 9:00 AM

PESANAN DARI ISMAWEB.

http://www.ismaweb.net/2017/04/demi-islam-undilah-calon-muslim-berwibawa/

Demi Islam, Undilah Calon Muslim Berwibawa


KEMPEN ‘Undilah Calon Muslim Berwibawa’ yang diperkenalkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menerusi inisiatif Arus Baru pada musim PRU13 yang lepas kini telah terbukti kepentingannya.

Penentangan oleh Ahli Parlimen DAP dan PAN yang dizahirkan di Dewan Rakyat semalam menunjukkan pengundi-pengundi di kawasan mereka bertanding telah tersilap.

Rang Undang-Undang Akta 355 (RUU 355) yang terang-terangan bertujuan memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah dan sama sekali tidak membabitkan orang bukan Islam telah ditentang dan diperlekehkan.

Mereka tiada wibawa sama sekali dan tidak layak untuk menjadi anggota dewan.

Sepatutnya, dalam isu yang melibatkan kepentingan Islam, semua Ahli Parlimen perlu menyokong dan tidak mencari kelemahan teknikal untuk menolak cadangan itu.

Pedang bersetuju dengan kata-kata pemimpin Isma, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman yang menyebut konsep blok kepartian yang melampau dalam isu RUU 355.

Beliau berkata:

“RUU 355 jadi kecoh kerana konsep politik kepartian (yang melampau).

“Ahli Parlimen ikut blok kepartian, bukan ikut hujah. Itu sebab sebahagian AP jadi kebudak-budakan. Perangai kebudak-budakan ini akan terus diperbudakkan oleh pihak yang memegang tampuk urusan.

“Jeritan, ejekan dan pekikan budak-budak tidak akan membuahkan apa-apa hasil. Tetapi mereka inilah yang akan dipilih semula, kerana apa…kerana pengundi juga ikut blok kepartian, bukan ikut hujah.

“Sesuatu yang berputar dan berpusar memang sukar untuk dihentikan.”

Biarpun sentimen kepartian ini telah lama dan sukar untuk dihentikan, tapi itulah perkara yang perlu dipegang oleh seluruh umat Islam.

Andai ada perkara yang baik untuk Islam, tidak kira datangnya daripada parti mana pun, ia wajib disokong. Begitulah sebaliknya.

Hanya mereka yang terlalu taksub berpolitik hingga mengabaikan tanggungjawab selaku seorang muslim sahaja akan membantah apa juga cadangan baik daripada musuh politiknya.

Kata Pedang: Kita doakan RUU 355 ini diluluskan pada Sidang Parlimen akan datang.

May 9, 2017 at 7:29 PM

Melayu mudah lupe..

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger