Kenapa DAP Menyembunyikan Peruntukkan kepada agama-agama lain?


Saya banyak berhujah dengan puak-puak PAN dan IKRAM yang kini makin menjadi-jadi untuk menjilat apa yang DAP buat seolah-olah DAP ini satu parti yang benar-benar memperjuangkan Islam.

Dalam banyak hal tak semua yang DAP buat itu tak benar, ada yang dibuatnya sangat bagus. Sikap kemantangan berpolitik harus menilai sesuatu dengan 'mata hati' bukan dengan 'nafsu dan dengki'. Seperti yang Presiden PAS menekan dalam muktamar lalu politik matang dan sejahtera. Pasal itu sikap PAS dengan UMNO tidak seperti dulu, kini membuka ruang dakwah dan PAS tidak membangkang membabi buta. Ada perkara baik daripada UMNO perlu kita sokong demi untuk kemakmuran rakyat yang berbilang pandangan dan pendapat politik.

Belajar bagaimana cucu Baginda s.a.w. mengambil jalan damai untuk kepentingan Islam. Jalan damai adalah pilihan terbaik.

Yang ini PAN dan IKRAM tak faham, walaupun mereka belajar sirah nabawiyyah.



Saya dah menjawab pasal Imam Masjid al-Aqsa 'berpeluk' dengan Lim Guang Eng. Ada boleh baca di sini.

Ada forumer laman Tranungkite membuat komen pasal Abu Musa Al-Asya'ari tertipu dalam perjanjian Tahkim. Katanya saya ambil sumber syiah. Untuk makluman anda sirah mengenai perpecahan politik dan mazhab akibat perseketaan Saidina Ali dan Muawiyyah perlu dibaca dihalusi dengan berdasarkan banyak sumber. Jangan kita membaca satu sumber lalu kita menghukum orang lain tak betul membuat kesilapan dalam membuat rumusan. Saya tak pernah membuat rumusan kerana saya bukan penulis sirah. Saya mengambil rumusan daripada satu sumber yang kuat. Apa yang saya simpulkan adalah berdasarkan kepada politik Islam. Ok kita tutup di sini.

Berbalik pula kepada para ta'asud DAP.

Sebelum ini mereka berhujah kata mereka  lihat DAP buat pada Islam. Setelah DAP memerintah peruntukkan kepada agama Islam telah meningkat setiap tahun.

Saya tak menolak ada peningkatan setiap tahun berbanding dengan UMNO yang nama sahaja Islam tetapi mereka perosak agama.



Saya telah menulis mengenai perkara ini berhubung tajuk "DAP Taja RM15 juta Untuk Bina Sekolah Agama Milik IKRAM"

Memang tak dinafikan DAP meningkatkan peruntukan kepada KAFA. Tapi tahukan anda bahawa DAP juga meningkat berkali-kali ganda untuk peruntukkan sekolah mubaligh KRISTIAN.

Cuba kita bayangkan 5 SJKC menerima 1.5 juta,19  SAR menerima hanya 1.3 juta pada tahun 2009.

Manakalah 2011 pula sekolah agama rakyat hanya menerima peruntukan sebanyak RM1.8 juta berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina menerima peruntukan sebanyak RM3.8 juta, SJK Tamil (RM1.7 juta) dan Sekolah Mubaligh (RM850,000)

Pada 21 Mei 2016 Roketkini.com laman rasmi DAP telah mengeluarkan kenyataan bahawa DAP telah mengeluarkan peruntukkan 41.6 juta untuk semua sekolah dan pendidikan Islam bagi tahun 2016.

Tapi DAP menyatakan berapa peruntukkan untuk sekolah-sekolah mubaligh agama lain seperti KRISTIAN dsbnya?

Kenapa DAP menyembunyikan jumlah sebenar peruntukan kepada sekolah-sekolah agama lain? Kenapa DAP tak menyatakan sikap MALAYSIAN-MALAYSIAN dimana semua agama mendapat peruntukkan sama?

Mengikut sumber DAP mengeluarkan 128.2 juta peruntakkan kepada sekolah-sekolah agama lain. Lihat beza dengan 41.6 juta?

Itu saya kata puak-puak PAN sanggup menjilat DAP kerana ada pemimpin-pemimpin mereka yang kini bergerak aktif mendapat peruntukan bulanan 30k, 20k dan 15k melalui GLC. Lidah mereka menjadi kelu.

Apa bezanya PAN, IKRAM dan UMNO?

Kita selalu perli dapat BR1M rakyat bodoh, diam sedangkan UMNO banyak menghabiskan duit ke tempat lain.

Apa bezanya dengan DAP?


Share this article :
 

+ comments + 7 comments

December 2, 2016 at 6:33 PM

Haji, member PKR & PAN Imayam yg dah gemuk gedempol makan dedak DAPigs takkan peduli atau buat-buat tak tahu! itu kan sifat sejati golongan Munafiq! eloklah golongan munafiq ni banyak yang keluar atau kena tendang sakan dengan PAs!

Anonymous
December 2, 2016 at 11:38 PM

Dedak punya pasal la...apa Dap buat baik semuanya. Ingat klu sokong Dap boleh tawan Putrajaya ke? Silap tu.

December 4, 2016 at 11:22 AM

Setuju sangat tentang pandangan ini. Bagi bantuan utk pancing undi. Tidak ikhlas.

Anonymous
December 5, 2016 at 8:46 AM

Drama politik cina ni macam bisnes la, mesti mau untung maa.
Hipokrit tu perlu.

Anonymous
December 11, 2016 at 10:08 AM

Mati kerat sepuluh pun saya tidak akan percaya dgn parti chauvinist sosialis DAP. Belum lagi pengaruh biro politik PKM yg meletak senjata yg menyusup masuk..

Anonymous
April 7, 2017 at 11:18 AM

Bersekongkol dgn pemerintah yg zalim kpd rakyat,menyamun merompak harta negara,penaik cukai tambah dgn GST..dan byk lagi penyelewengan..patutnya walaun sedar kesilapan itu..tau kan hukum bersekongkol dgn pemerintah zalim..

Anonymous
August 11, 2018 at 12:28 PM

Kini, DAP menguasai lubuk emas negara Melayu Islam,iaitu kementerian Kewangan,siapa yang menguasai kementerian Kewangan,bermakna beliau sangat berkuasa,nak bagi peruntukan kepada Bangsa dia sebanyak mana pun boleh.Kalau ada yang bantah,maka labelkan si pembantah tu rasis dan dihalau ke hutan..Nasib la Bangsa Melayu,kalau menuntut hak dikatakan rasis,Bangsa pendatang kafir tuntut hak dikatakan Human rights,sama rata,Malaysian Malaysia.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger