PKR tidak ada masalah untuk menyerahkan kerusi yang ditandinginya kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada pilihan raya umum ke 14 akan datang. Mengambil pendirian sama yang dilakukan oleh DAP dan PAS sewaktu PKR mula dibentuk, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kini giliran parti itu untuk berbuat demikian.
Itu salah satu kerjasama yang dibentuk supaya ada perbincangan dan kefahaman di antara Pakatan Harapan dengan BERSATU, saya telah berbincang dengan pimpinan PKR dalam beberapa tempoh yang lalu di mana kita juga harus mengambil sikap yang terbuka kata Azmin Ali kepada wartawan semalam.
Adakah DAP akan mengikuti PKR? Jawapannya sudah PASTI TIDAK. DAP sekadar mahu dan manipulasi pengaruh Tun Mahathir sahaja kerana sokongan Melayu kepada DAP SANGAT MEROSOT.
Artikel ini bukan untuk mengulas mengenai sikap DAP tapi sikap PKR. Oleh itu saya akan fokus kepada PKR.
Persoalan timbul kenapa PKR bersedia memberikan kerusinya kepada BERSATU tetapi tidak kepada parti PAN dan PSM? (Baca di sini)
Malah sikap PKR kepada PAN sangat berbeza. Bukan sahaja kerusi tidak diberikan malah PKR kalau boleh tidak mahun parti PAN bertanding di Selangor.
Jika mengambil petikan Azmin di atas, apa nama PAKATAN HARAPAN yang tidak boleh nak kerjasama, tidak boleh nak adakan perbincangan dan kesefahaman sehingga rakan sendiri pun diketepikan?
Menjadi persoalan kenapa PKR seolah-olah mencurigai PAN? Adakah kini PKR sedar hubungan dalam PH, 1 lawan 2 (DAP + PAN) akan memakan dirinya sebagaimana PKR dan DAP perkena PAS dalam banyak keputusan semasa PAKATAN RAKYAT dulu sehingga PAS tersempit?
PSM pula, berapa kerusi PSM mahu? Hanya 1 atau paling banyak pun 2. Kenapa PKR tak boleh bertolak ansur. Malah bukan kerusi sahaja mereka tak berikan kepada PSM, nak masuk PAKATAN HARAPAN tak dijemput.
Saya mengambil petikan tulisan Nordin Ali dalam blognya "Kesian kepada pengerusi PSM Nasir Hashim. Semasa acara Pakatan Rakyat dulu termasuk BERSIH 4 dia dijemput dan ada tempat untuk berceramah di pentas PR. Tapi kenapa tak dijemput semasa penubuhan PAKATAN HARAPAN?
Hampir menitis air mata saya membaca kenyataan Dr Nasir.
“Tiada undangan."Yang saya masih menjadi tanda tanya Dr Nasir ni bertanding di Kota Damansara atas tiket PKR sehingga menjadi perebutan kerusi antara PAS-PKR. Kenapa sanggup ambil Dr Nasir jadi calon tapi tidak dijemput Dr Nasir dan PSM bersama PAKATAN HARAPAN?
"Kita pun bukan berminat sangat kerana kita ada kerja untuk dibuat, untuk memperkasakan rakyat dan meneliti masalah mereka,”
Kenapa pula jemput ahli UMNO seperti Datuk Saifuddin Abdullah? (Masa ini belum masuk PKR). Diakan Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) walaupun mewakili Pengerusi Akedemi Belia. Apa lebih dia berbanding dengan Dr. Nasir yang sepanjang hidupnya nak menjatuhkan UMNO @ BN?
Pelbagai persoalan kepada kita kenapa PSM diketepikan. JAHAT BENARkah PSM ini?
Apakah PAKATAN HARAPAN ditubuh untuk kepentingan sahaja tanpa mengambil kira hasrat dan cita-cita rakyat pelbagai pandangan?
Politik PAKATAN HARAPAN menjadi makin kelam kerana sangat banyak agenda tersembunyi dan PAS mengambil satu pendekatan yang sangat baik untuk terus ISTIQAMAH MENENTANG KEMUNGKARAN UMNO @ BN.
+ comments + 8 comments
PAN istiqamah menjadi Khadam
kami dari Parti Amanah Negara Telok Ayer Tawar menyokong penuh kepimpinan Mat sabun...ops...mat sabut...opss typo lagi...mat sabu...takdirrrrr
Tak minat langsung dgn Pan. Tambah plk presidennya dulu pernah terlibat kes khalwat dgn isteri orang. Bukan baik sangat perangai pemimpin Pan. Skrg jdi tukang angguk Dap dan tongkat umno.
Sudah agak lama Hj Hassan Omar tidak menulis. Tertunggu tunggu sebenarnya ni dgn artice tuan rumah...:-)
bagus haji. nanti tulis macam ni lagi. err tolong la cover ana sikit pasal tengah mengeteh kat london ni. sejuk tau best giler kat london ni.. haji tulis la cerita yang bukan-bukan macam cerita ni, tolong cover ana.. lagi satu haji kalu kt ganu banjir dorang cari ana cakap la ana tengah misi dakwah kt london..
sila ke pos saya
https://lautanketenangan.blogspot.my/2016/12/ceramah-mega-anak-muda-pertahan.html
tau sebab apa PKR takmau bagi PAN masuk selangor dan Pulau Pinang.. sebab bila PAN masuk automatik akan melawan PAS.. PAS dah bagitau awal kalau PAN bertanding lawan PAS maka PAS akan bertanding semua kerusi termasuk melawan PKR.. tu PKR takut..
Betul saya setuju dengan saudara
Post a Comment