Hebat Konvensyen Pemuda Parti PAN, Tak Terbilang Ramainya!


Hari ini parti PAN mengadakan konvensyen pertama partinya di Pusat Konvensyen Shah Alam. Sebelum itu Pemuda PAN telah mengadakan Konvensyen Pertamanya 9 Disember 2016 di Bilik Seminar Parti PAN. Saya akan fokus untuk artikel ini berkenaan Konvensyen Pemuda PAN.


Kita dilaungkan kononnya anak muda meninggalkan parti PAS menyertai parti PAN. Pemimpin PAN menghebahkan kononnya penyertaan parti PAN meningkat sampai 80,000 orang dan ramai anak muda bersama mereka.

Mereka mengejek dan menghina PAS kononnya parti ini akan mati dan lenyap disebabkan ramai ahli-ahlinya telah meninggalkan parti.


Saya telah menulis mengenai PEMBOHONGAN SALAHUDIN dalam artikel lalu (anda boleh baca di sini). Parti PAN ni kalau tak bohong atau tak fitnah maka tak ada aktiviti. Untuk menunjukkan mereka mendapat sambutan mereka berbohong dan buat fitnah.

Memang lumrah dunia, orang yang berbohong akhirnya Tuhan akan tunjukkan pembohongan mereka.

Hari ini, parti yang ada ahli 80,000 orang kononnya; mengadakan konvesyen Pemuda dengan kehadiran macam mesyuarat cawangan. Sekadar duduk rapat di kerusi dengan bilangan tak lebih daripada 38 orang.


Semuanya bersantai, semacam dengar taklimat. Tak ada kupiah (lebai) setelah menjadi khadam DAP; hanya pengerusi sahaja bersongkok. Fail diletak di atas riba sahaja.

Fakta sebenar

Masyarakat menyedari hala tuju parti PAN sangat celaru, dimana pemimpin mereka telah mengkhianati parti asalnya PAS setelah perwakilan menolak mereka dalam Muktamar Pemilihan. Tohmahan-tohmahan selamat terbukti tidak benar dan kehadiran mereka membantu UMNO untuk kekal lebih lama kerana mereka kini menjadi tongkat UMNO untuk menjatuhkan PAS.

Anak muda makin hari makin cerdik mereka tidak tertipu dengan pengkhinat dalam gerakan Islam.


Share this article :
 

+ comments + 12 comments

Anonymous
December 11, 2016 at 9:22 AM

Mengarut pak haji ni.. Meroyan ke apa? Lantak le apa org nak kata... Ni yg haji pulak kata org tipu, pengkhianat gerakan islam la... Bukan memfitnah ke namanya... Haji dah siasat betul-betul ke? Islam tu untuk PAS saja ke? Untuk haji sorang je ke?

December 11, 2016 at 9:51 AM

Islam menyerah diri secara total kpd perintah Allah. Dia tdk hanya pilih yg difikirkan sesuai untuknya. Jika Allah memerintahkan laksana hukum yg diturunkan-Nya, org Islam akan berusaha utklaksanakannya, Al Baqarah, 285 "Kami dgr dan kami taat". Islamkah org yg menolak hukum jenayah shariat Islam, "Hukum Hudud" dengan pelbagai alasan?

December 11, 2016 at 9:52 AM

Islam menyerah diri secara total kpd perintah Allah. Dia tdk hanya pilih yg difikirkan sesuai untuknya. Jika Allah memerintahkan laksana hukum yg diturunkan-Nya, org Islam akan berusaha utklaksanakannya, Al Baqarah, 285 "Kami dgr dan kami taat". Islamkah org yg menolak hukum jenayah shariat Islam, "Hukum Hudud" dengan pelbagai alasan?

December 11, 2016 at 9:59 AM

Indah khabar dari rupa. Terimalah hakikat yg PAN akan berkubur seperti parti parti serpihan PAS sebelum ini.

Anonymous
December 11, 2016 at 11:02 AM

Pan bakal hilang deposit

Zaki
December 11, 2016 at 1:12 PM

Pas, parti ajaran sesat. Noktah.

December 11, 2016 at 2:36 PM

Hahaha, sesat? Ajaran apa yg PAS bawa smpai kamu jd sesat? Atau kamu yg sesat jln sendiri. Keh keh keh..

Anonymous
December 11, 2016 at 5:42 PM

Tak baik kata pas ajaran sesat. Klu org kata pan parti ahli neraka macam mana? Tentu marah kan? Oleh itu jgnlah berhujah dgn hujah yg bodoh.

Anonymous
December 11, 2016 at 5:42 PM

Tak baik kata pas ajaran sesat. Klu org kata pan parti ahli neraka macam mana? Tentu marah kan? Oleh itu jgnlah berhujah dgn hujah yg bodoh.

December 11, 2016 at 8:11 PM

Yang nak libatkan UMNO ni apahal? PAN ialah keldai tunggangan DAP. Tak ada kena mengena dengan UMNO.

Anonymous
December 11, 2016 at 8:15 PM

Org melayu bergaduh sesama sendiri, sedang kafir laknatullah ketawa terbahak-bahak.

Anonymous
December 14, 2016 at 11:32 PM

Orang Melayu gaduh sesama sendiri, memang ada kafir yg ketawa terbahak-bahak. Tapi hanya sebahagian kecil seperti kafir laknatullah Dap. Bagi majoriti non-muslim yg lain mereka juga mengharapkan kemelut pertikaian ini segera diatasi...mereka perlukan keamanan...mereka sedar pergolakan ini tidak mendatangkan kebaikan...punca semua ini berlaku adalah kerana Pandap. Jadi erasekanlah PanDap drpd kerjasama pembangkang, maka penjernihan dan pengukuhan semula akan berlaku.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger