Rupanya ada yang Tak boleh lihat Gambar Presiden PAS bersama Pemimpin Syiah



Hari ini saya mendapat whatsapp daripada geng PAN dan IKRAM berkenaan dengan gambar Presiden PAS bersama pimpinan Syiah. Caption tertulis "Ayatollah hadi khominis.... Patut laa pasal rohingya buat2 demo, tapi pasal syria, diam macam org bisu.. ropanya pengikut syiah rupanya... siap pergi iran hadir persidangan syiah sedunia."
Malah facebook UAA (Ustaz Ahmad Awang) Supporters pun ada komen berkenaan gambar tersebut.





Saya pun hairan dengan parti PAN dan IKRAM ini yang lebih banyak menyerang PAS sehingga serangan kepada UMNO seolah-olah macam tiada langsung. Mereka hilang hala tuju dan menjadi tidak menentu. Benarlah kata-kata KINI PAN DAH JADI TONGKAT UMNO.

UMNO dan cybertroppernya boleh goyang kaki kerana kerja-kerja serangan kepada PAS telah dilakukan oleh PAN dan IKRAM.

Saya pernah membuat 'joke' kepada geng PAN dan IKRAM, kenapa UMNO tak serang PAS semasa persidanganya; hanya serang DAP.  Saya cakap kerana UMNO sudah minta PAN serang PAS pada konvensyen mereka. Ini kesepatan antara PAN-UMNO.

Saya dalam whatsapp berkenaan meminta mereka yang menyebar maklumat yang tidak betul supaya memahami situasi politik semasa dan mendapatkan maklumat yang benar supaya mereka tidak menjadi manusia yang bankrap di akhirat nanti. Ingat amaran Allah kepada penyebar berita buruk dan fitnah.

Ini makulmat yang anda perlu tahu.
Pemergian TGHH ke konferensi berkenaan adalah antaranya permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin daripada Iran, Dr Abdurrahman Bayraan (org sunni dan dilantik oleh Syeikh Dr Yusof Qardhawi) supaya dpt membawa suara kelompok Sunni yang berada di Iran bagi mengurangkan sedikit tekanan terhadap ahli Sunni yang berada dan menjadi rakyat Iran. Selain dari itu TGHH juga menjelaskan isu isu keganasan dan puncanya di waktu ini.

TGHH juga memaklumkan pemergian beliau kepada Setiausaha Agung Ittihad Alami iaitu Prof Dr Ali Qaradaghi yg dtg ke KL bulan lepas, dgn hujah di atas. Jadi tak timbul ianya bercanggah dengan pandangan Syeikh Dr Yusof Qardhawi. Selain dari TGHH, antara tokoh Sunni lain yang hadir ialah Sheikh Dr Mustafa Ceric (Mufti Bosnia Herzegovina), Mufti Iraq, Wakil Hamas, Mursyid Am Saadat Party Turki, Sheikh Dr Taj El- Din Hilaly (mantan Mufti Umat Islam Australia), wakil dari Jamaat Islami Pakistan dan sebagainya lagi.

Isu yang dibangkitkan mengenai apa yang berlaku di Syria dalam minggu ini adalah memerlukan kupasan dan analisa yang lebih mendalam, dan insyaAllah TGHH sendiri akan megupasnya secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana mana media antarabangsa atau mana mana pihak, berdasarkan gambaran yang lebih luas. Lajnah Hubungan Luar dan Antarabangsa PAS Pusat akan memaklumkan tarikh dan waktunya yang sesuai untuk program berkenaan.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS


Allah Ta’ala berfirman,

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az Zumar: 53).

Jika Allah mahukan seseorang itu menjadi ahli neraka, mereka akan hilang pertimbangan dan kekal membuat jahat dan kerosakkan. Mereka tidak menginsafi perbuatan buruk kerana perbuatan itu seolah-olah menjadi darah daging mereka. Hati mereka tertutup.

Kita minta lindungan Allah menjadi manusia seperti ini.


Share this article :
 

+ comments + 5 comments

Anonymous
December 19, 2016 at 8:14 PM

Presiden ke Iran atas jemputan khas bukan nak pergi belajar mazhab syiah. Yang pro syiah dlm Pan tak dijemput sbb mereka tak ada kredibiliti utk bincang pasal umat Islam antarabangsa.

December 19, 2016 at 8:35 PM

Kesatuan Ulama Sufi Sedunia ??

Anonymous
December 20, 2016 at 4:59 PM

TGHH sebelum ni pernah terlibat juga sebagai orang tengah/pendamai untuk mengelakkan perang saudara di Yaman. Klu silap negeri mintak sapa yg tahu tolong betulkan, tapi rasanya betul Yaman, cuma tak diwarwarkan..tidak semestinya semua perbuatan baik tu perlu diiklankan untuk tujuan promosi...

January 27, 2017 at 2:40 PM

Politik itu luas boleh dilihat drp pelbagai sudut yg memberi keuntungan kpd islam..tidak menjadi masalah tetapi
Mengiktiraf syiah rafidhah sebahagian drp mazhab adalah suatu kesalahan yg besar!Apakah kita boleh mengiktiraf puak yg menkafirkan sahabat..mengatakan al quran tidak lengkap..menghalalkan darah sunni..meyakini akidah imamiah?
Insaflah TGHH sesungguhnya Tuan telah ditipu oleh syiah rafidhah..
Silalah bertanya kpd ilmuwan yg pakar didlm selok belok syiah jika tidak mengetahuinya.Bukankah Allah Taala menyuruh kita bertanya kpd ahlinya jika kita tidak mengetahu..
Saya menyeru TGHH supaya menarik kembali pegangan beliau terhadap syiah rafidhah kerana yindakan beliau telah menguntungkan mereka dan memecahbelah barisan PAS dan mereka yg menyokong PAS dr luar.Jika ini tidak berlaku maka dukacita tiada undi untuk PAS dlm pilohanraya akan datang.

January 27, 2017 at 2:41 PM

Politik itu luas boleh dilihat drp pelbagai sudut yg memberi keuntungan kpd islam..tidak menjadi masalah tetapi
Mengiktiraf syiah rafidhah sebahagian drp mazhab adalah suatu kesalahan yg besar!Apakah kita boleh mengiktiraf puak yg menkafirkan sahabat..mengatakan al quran tidak lengkap..menghalalkan darah sunni..meyakini akidah imamiah?
Insaflah TGHH sesungguhnya Tuan telah ditipu oleh syiah rafidhah..
Silalah bertanya kpd ilmuwan yg pakar didlm selok belok syiah jika tidak mengetahuinya.Bukankah Allah Taala menyuruh kita bertanya kpd ahlinya jika kita tidak mengetahu..
Saya menyeru TGHH supaya menarik kembali pegangan beliau terhadap syiah rafidhah kerana yindakan beliau telah menguntungkan mereka dan memecahbelah barisan PAS dan mereka yg menyokong PAS dr luar.Jika ini tidak berlaku maka dukacita tiada undi untuk PAS dlm pilohanraya akan datang.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger