Rafizi kata Jalan ke Putrajaya perlukan PAS



Pakatan Harapan perlu membentuk gabungan pilihan raya dengan PAS demi mendapatkan sokongan golongan atas pagar, kata Rafizi Ramli semasa beliau menjadi Setiausaha Agung PKR .


Ini akan menjadi satu-satunya cara untuk pembangkang menawan Putrajaya, tegasnya.

Memetik tinjauan bebas pada 4 Disember, Rafizi berkata, sekurang-kurangnya 30 peratus orang Melayu sudah membuat keputusan untuk menolak Datuk Seri Najib Razak dan Umno.

Bagaimanapun, mereka dikatakan belum memutuskan pembangkang mana yang akan disokong.
Rafizi berkata, golongan itu dipengaruhi isu yang mempunyai kesan langsung terhadap mereka, termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST), melebihi perkembangan politik.

Sebahagian mereka tidak mengetahui kewujudan kumpulan serpihan PAS, Parti Amanah Nasional (PAN), beliau memberitahu Malaysiakini dan KiniTV.

Menurut beliau, BN memperoleh 53 peratus undi Melayu manakala pembangkang pula 46 peratus.
Umno, PAS dan PKR pula masing-masing mempunyai 20 peratus penyokong tegar daripada orang Melayu, sementara bakinya akan membuat keputusan berdasarkan isu dan sentimen.

“Jika mereka tolak Umno, mereka akan berpatah balik kepada PAS,” katanya.


Manakala Tian Chua pula berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak perlu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya tidak dapat bekerjasama dengan Pas.

Perkara itu ditegaskan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua seperti dilaporkan akhbar berbahasa Cina, Guan Ming Daily pada 5 Oktober lalu.

Tian Chua dilaporkan berkata, PKR tidak perlu meletak calon pada PRU14 jika parti itu gagal mengadakan kerjasama dengan Pas kerana pertukaran kerajaan memerintah bergantung kepada pengundi Melayu.

Katanya, PKR bergantung kepada undi kaum itu kerana kebanyakan kerusi yang ditandingi parti berkenaan majoritinya merupakan pengundi Melayu.

Dia berkata, PKR bakal mengalami kekalahan teruk jika tidak mendapat sokongan Pas atau berlaku pentandingan tiga penjuru.

“Oleh sebab PRU akan datang yang menentukan samada ada pembangkang boleh menjadi kerajaan, undi Melayu adalah faktor utama, terutamanya pada masa ini kedudukan kerusi PKR kebanyakannya di kawasan yang ada banyak pengundi Melayu.

“Tanpa sokongan Pas atau berlaku tiga penjuru, PKR akan berdepan dengan musibah yang teruk,” katanya.


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PAS adalah kunci penyatuan dan kekuatan pembangkang dan beliau percaya PAS menerima beliau sebagai orang tengah untuk menyatukan pembangkang bagi menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.


Presiden Parti Bumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dipetik Straits Times Singapura berkata, PAS yang tidak sehaluan dengan DAP “mengiktiraf saya boleh memainkan peranan dalam kerjasama itu”.

“Gambaran lebih besar ialah keperluan kita bekerjasama untuk mendapatkan kerusi mencukupi bagi membentuk kerajaan,” katanya.

Saya hanya kemuka 3 tokoh sahaja. Rasanya sudah cukup. Siapa tak kenal Rafizi Ramli yang banyak menghentam PAS sepanjang dia menjadi SUA PKR. Tapi dia jenis manusia yang melihat dan 'beriman' dengan data dan angka. Sudah pasti kenyataannya berdasar angka dan data yang betul.

PKR dan BERSATU perlu bersama PAS dalam satu Pakatan Pembangkang dan memastikan DAP mengikut Agenda Melayu dan Islam. Manakala parti PAN perlu dibubarkan ahlinya boleh masuk PKR atau DAP.


Share this article :
 

+ comments + 5 comments

Anonymous
December 14, 2016 at 10:22 AM

Tapi DAP cakap, yg PAN diketuai oleh Mike Selfie, Khalid Bluetooth, Mariah Carey, Husam Power 10 mimpi 15 kali tetap menjadi Pujaan

Anonymous
December 14, 2016 at 10:27 AM

Orang cina pun dah start gelak kat AyaPAN. Sila baca

http://www.malaysia-today.net/deadpan-comedy-pun-intended/



DEADPAN COMEDY (PUN INTENDED)


By Mak Khuin Weng

In Malaysia, politics is a source of drama that even the best TV series cannot rival: intrigue, scandals and backstabbing treachery aplenty. But sometimes our political parties offer periodic episodes of humour.

Our comedy series starts with Penang Parti Amanah Negara (PAN) chief Datuk Mujahid Yusof Rawa’s (pic) statement that PAS is either with Pakatan Harapan or with Umno.

When PAN gave the ultimatum of “you are either with us or against us”, there should be a follow up of what the consequences are. The problem is, there is hardly any consequence for PAS if it were not part of Pakatan.

On the contrary, PAS already showed that they are capable of mobilising 60,000 supporters to rally for their cause, while the combined might of DAP, PKR, PAN and PPBM could only muster 40,000 to attend Bersih 5.

Given the lack of any credible threat to PAS, Mujahid’s statement has to be a joke (that you do not know whether to laugh or cry to).

PAS the Tyrant

Next on PAN’s comedy show is this complaint:

“PAS village heads, assemblymen, council members, executive councillors, they are the ones stopping us from giving talks in mosques. Some of their councillors are stopping us from using their halls,” Selangor PAN communications director Jamzuri Ardani said.

This complaint was also part of a plea to Selangor Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali to do more to recognise PAN as a component party of Pakatan Harapan.

Think about it; PAN needs a third party to right a perceived wrong, meaning there is little PAN can do without PKR’s help. How is that not an admission that PAN is being bullied by PAS?

As an added bonus, Jamzuri said PAN would protect DAP from Umno. If PAN is getting bullied by PAS now, what makes them believe that they could protect DAP from a much bigger and meaner Umno? Or maybe that’s the joke?

Punchline: Umno Wins

But the show must go on and the script writer for the next comedic episode is Federal Territory PAN chairman Dr Mohd Hatta Ramli who pledged that PAN would contest in all PAS seats.

Perhaps the idea is to build upon PAN’s underdog status, the bullied party that eventually rises up to triumph over big bully PAS.

But this script was used before by PAN president Mohamad Sabu during the Sungai Besar and Kuala Kangsar by-elections not too long ago, and the only result from PAN’s bitter fight with PAS was two convincing victories for Umno.

Or is that the real purpose of fighting PAS and the punchline to this sordid joke is that PAN just wants to hand over all the seats to Umno on a silver platter?

An absurdity is a thing that is extremely unreasonable, so as to be foolish or not taken seriously, or the state of being so. That description is lifted off Wikipedia, and it is most apt when applied to all the statements coming out from PAN leaders. And that, ladies and gentlemen, is the joke.

Anonymous
December 14, 2016 at 10:31 AM

http://semuthitam80.blogspot.my/2016/12/pan-sanggup-berkorban-demi-dapigs.html?m=1

Tulisan asal dari Semut Hitam

PAN SANGGUP "BERKORBAN" DEMI DAPigs!!!

Wow!!! Ianya memang sesuatu yang "Sangat Mengujakan' bila ada dikalangan perwakilan PAN hari ini yang sanggup berikrar untuk mempertahankan DAPigs daripada diserang oleh musuh Politik mereka secara terang- terangan.

Walaupun perkara itu memang sudah lama menjadi 'Rahsia Umum', namun ikrar yang dilafazkan oleh perwakilan PAN hari ini bukan la sesuatu yang mengejutkan. Sebaliknya, ia membenarkan lagi dakwaan bahawa PAN ni 'Ternakan DAPigs.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh salah seorang perwakilan PAN sewaktu Konvensyen parti itu diadakan hari ini, dia menyatakan kesediaan untuk mempertahankan DAPigs daripada menghadapi serangan 'Musuh Politik', terutama yang datang dari UMNO.
“Isu ini digunakan Umno untuk membunuh pakatan dan Amanah perlu berdepan dengan pengundi Melayu untuk meyakinkan mereka DAP bukan ancaman kepada negara, Melayu dan Islam.
“Kita kena berhujah atas fakta dan kebenaran untuk menangkis sentimen kebencian dan prasangka baru yang disebarkan Umno dan sekutu baharu mereka.
“Menghapuskan pemikiran politik kebencian ini ‘core business’ politik Amanah,” katanya ketika membahaskan ucapan presiden di Konvensyen Nasional Amanah hari ini.
Hakikatnya, kenyataan yang dibuat oleh pewakilan PAN itu hanya sekadar satu sindiran memandangkan PAS juga sering kali menyerang kepimpinan DAPigs secara terbuka sejak parti itu didakwa telah meninggalkan Pakatan sebelum ini.

Pokok pangkalnya, pengakuan yang dibuat oleh pemimpin PAN itu membuktikan bahawa parti itulebih mengutamakan soal kepentingan DAPigs jika hendak dibandingkan dengan kebajikan rakyat sebab mereka tau, tanpa sokongan dari DAPigs, sudah pasti perjuangan PAN akan terkubur dengan lebih awal!!!
Semut Hitam at Ahad, Disember 11, 2016

Anonymous
December 14, 2016 at 5:36 PM

Tian Chua ni saya pernah bersemuka dgn beliau. Saya bertutur english dgnnya. Tapi dia respond me back in Malay. Rasa mcm nak tutup kepala dgn guni pun ada masa tu. Maksudnya ada kala waktunya kita boleh communicate in english tapi ada dlm keadaan tertentu kita perlu hormati bahasa kebangsaan. Pemimpin seperti Tian Chua ni membuatkan saya rasa malu bila tak tahu menutur dlm bahasa Cina. Dap leaders should learn from him the way how to respect each other terutamanya dalam negara pelbgaia agama dan bangsa seperti Malaysia. Pemimpin berkhemah spt Tian Chua tidak diragui akan mudah mendapat vote drpd orang Melayu. Diharap Pas akan mencari kaedah bagaimana utk dapat bekerjasama dgn PKR tanpa kewujudan Pan dan Dap...amin...

Anonymous
December 14, 2016 at 9:19 PM

Pan dakwa mereka betul, sokongan hebat, progresif dan bla..bla...tpi bila cakap pasal pru pakat nak kerjasama Pas. Maknanya Pan cakap kosong...tak ada kekuatan pun.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger