Siapa Buat Surat Orang Asli ini?


Sepucuk surat bertulisan tangan yang didakwa cetusan luahan Orang Asli di Kelantan selepas dirinya dibebaskan daripada penahanan di Gua Musang, semalam sedang disebarkan di laman sosial, khususnya di Facebook. Malaysiakini menjadikan berita kerana ini boleh memburukkan kerajaan Islam PAS Kelantan.

Dipercayai dimuat naik oleh geng budak-budak PSM yang dulunya dikenali sebagai geng 'Langgar Hadi'.

Menjadi persoalan kepada kita benar ke, surat tulisan tangan ini adalah surat orang asli. Melihat kepada tulisan tersebut macam pernah lihatnya.

Kenapa tak letak nama. Sedangkan baru keluar lokap, tentu mereka tak takut untuk letak nama. Hanya jika ada nama orang boleh siasat benarkan dia yang tulis. Itu sahaja alasanya.

Saya masih tertanya-tanya siapa sebenarnya dibelakang budak-budak PSM dan juga orang asli dalam isu tanah adat di Kelantan?

Bagi mereka yang mengamati perjalanan isu ini yang bermula dengan isu banjir besar, kemudian diikuti isu balak dan melarat kepada kepentingan orang asli sehingga kebangkitan mereka dalam memberikan tekanan untuk menjatuhkan kepimpinan MB Ustaz Ahmad Yaakob.

Pertanda paling mudah untuk melihat isu ini ialah pada perhimpunan BERSIH5 dengan penyertaan orang asli di perhimpunan tersebut.


Bersih 5 diadakah atas dasar membuat 5 tuntutan iaitu Pilihan Raya Bersih, Kerajaan Bersih, Perkukuhkan demokrasi parlimen, hak membantah dan memperkasakan Sabah serta Sarawak.

Agenda ini perlu dipatuhi dimana semua parti politik  dan NGO yang menyertai BERSIH5 diminta tidak memngunakan bendera, banner atau apa-apa perkara yang boleh membawa simbol kepeda kumpulan dan matlamat masing-masing.

Persoalan yang timbul kepada kita, kenapa orang asli yang datang ke BERSIH5 berbeza dengan Bersih sebelum ini kerana mereka membawa banner, sepanduk dan kain rentang yang membawa tujuan yang berbeza dengan apa yang BERSIH5 tuntut?

Gambar di atas adalah sebahagian daripada mereka dengan bannner, sepanduk dan kain rentang yang sudah pasti diluar kemampuan fikiran, gerak kerja dan kewangan yang mana saya percaya memakan kos yang sangat tinggi itu belum masuk belanja mereka beberapa hari di Kuala Lumpur.

Gerakerja ini telah dilakukan oleh suatu 'mastermind' yang memang mempunyai agenda untuk memberikan imej yang buruk kepada kerajaan PAS Kelantan dan PAS khususnya supaya imej PAS tercalar teruk.

Kenapa mereka sanggup membelanjakan wang yang besar dan mempergunakan orang asli? Jika anda amat-amat anda akan dapat jawapannya. Orang asli, budak-budak PSM dan pemuda PAN adalah 'bidak' sahaja. Buah-buah lain belum lagi keluar.


Share this article :
 

+ comments + 3 comments

December 2, 2016 at 11:21 PM

Jom MEMBALAK BERSAMA ULAMAK.

Anonymous
December 2, 2016 at 11:44 PM

Mastermind yg mempunya penyakit hasad dan berasa diri hebat. Tak ke mana akhirnya.

Anonymous
December 3, 2016 at 6:37 PM

Kerja jahat utk lemahkan krjaan Kelantan. Ramai dah tahu siapa punya kerja bodoh tu.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger