BR1M Rasuah, Mahathir Nyanyuk atau Lupa?



Hari ini Tun Mahathir mengatakan dia kecewa kerana ada orang masih menganggap BR1M bukan satu bentuk rasuah. Saya masih tegas mengatakan bahawa ia adalah sejenis bentuk rasuah katanya.


BR1M adalah daripada wang negara. Ia jelas bertujuan untuk mendapatkan sokongan orang ramai supaya mengundi parti kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kerana manifesto BN bagi pilihan raya itu yang menjanjikan BR1M lebih besarj ika parti kerajaan menang.Ini secara nyata, membeli undi pengundi kata Mahathir.

Saya sama sependapat dengan Azmin bersetuju dengan pendapat Tun Mahathir Mohamad bahawa BR1M adalah rasuah kerajaan UMNO untuk membeli undi dengan merasuah rakyat miskin.

Hanya saya tak pasti sama ada Mahathir ni NYANYUK atau LUPA?

Zaman dia duhulu semasa hendak menjatuhkan kerajaan pembangkang di Terengganu (PAS) dia khianat harta rakyat, dia tarik Royalti Petroleum kerajaan negeri, dia berikan kepada Perhubungan UMNO untuk urus duit berkenaan.


Dia dan Idris Jusoh RASUAH rakyat dengan WANG EHSAN. Bukan penyokong kerajaan tidak diberikan bantuan WANG EHSAN. Malah bukan itu sahaja, rakyat yang hantar anaknya di PASTI ditarikh WANG EHSAN sehingga nak ke Masjid atau surau pun ada yang takut di tarik WANG EHSAN.

Siapa punya ANGKARA kalau bukan MAHATHIR Presiden UMNO?

Tapi kini dia serang Najib seolah-olah dia adalah Makhluk SUCI yang tak ada dosa dan nista. Siapa Najib kalau bukan "dedak" Mahathir sebelum ini.


Saya hairan rakan-rakan pembangkang seolah-olah tidak mengambil kisah tentang prilaku Mahathir sebelum ini semata-mata dia menyerang Najib. Hilang rasional dan kewarasan dalam mengolah halatuju suara rakyat.

Kita sedang berada dalam situasi KETUA PENYAMUM menyerang  KETUA PEROMPAK sama seperti Si  Jamal Md. Yunos, Ketua Gengstar UMNO sedang menyerang dan membongkar pusat perjudian HARAM di Selangor.

Kenapa si Jamal menyerang rakan gengstarnya?
Begitu Mahathir.


Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 31, 2016 at 9:42 AM

Dah pandai cakap halal haram plk dah Madey ni. Dulu masa berkuasa tak tahu halal haram ke?

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger