Dulu Puak UMNO Guna Orang Asli Nak Jatuh Tok Guru Nik Aziz, Sekarang PAN Tiru


Pada 28 Januari 2012, lebih kurang 400 orang asli telah membuat blockcade di Kg. Parit, Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan kerana bantahan dikatakan pencerobohan tanah adat mereka.

Mereka dikatakan mendapat sokongan daripada kumpulan Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) yang berpusat di Pahang.

Orang Asli membuat pelbagai tuntutan dan ada yang dapat dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan dan ada yang memerlukan masa seperti jalanraya, kemudahan elekrtik dan air.

Tindakan orang Asli makin menjadi-jadi kerana mereka dipengaruhi oleh UMNO yang cuba menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan yang ketika itu dipimpinan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.


Apa reaksi Tok Guru Nik Aziz dalam isu demo dan blockcade ini?


Tok Guru kata Kerajaan Kelantan tidak layan kerana mereka didalangi oleh UMNO dalam usaha memberikan tekanan kepada kerajaan PAS Kelantan.

Rupanya setelah dimainkan isu balak, isu hakisan tanah semuanya dijawab dengan baik oleh MB Kelantan Ustaz Ahmad Yaakob akhirnya "ketua orang asli" tak puas hati lalu dicari jalan baru iaitu dengan meniru cara UMNO merosakkan imej Tok Guru.



"Ketua Orang Asli" belajar dengan UMNO bagaimana UMNO cuba jatuhkan tok gurunya dulu. Dia dapat bantuan daripada "Ketua Ulama Orang Asli" (Yang ini saya akan menulis khusus bagaimana ulama ini sekolahkan Ketua Pemuda PAN Kelantan pada artikel akan datang)




Untuk bujuk orang asli biasanya digunakan rokok/tembakau dan arak selain daripada makanan dan wang. Siapa yang banyak duit boleh tanggung orang asli untuk berkhemah tanpa buat kerja?


Cuba lihat pada gambar di atas, ada tiang. Itu bukan tiang balak. Itu tiang elektrik. Ini bermakna perkampungan orang asli telah ada kerajaan bekalkan elektrik. Mereka boleh main whatsapp sambil tunggu di blackcade. Ini juga menunjukkan kerajaan telah pun melaksakana banyak tuntutan mereka semenjak 2012 lagi.





Baru-baru ini MB Kelantan ada membuat perjumpaan dengan orang asli dan telah menyediakan lebih daripada 600 ekar tanah kerajaan untuk perkampungan baru orang asli.



Malah banyak aktiviti-aktiviti untuk kepentingan bersama orang asli dilakukan. 24-26 September 2016 baru-baru ini UKM telah membuat aktiviti kemasyarakatan di perkampungan orang asli Gua Musang.

Malangnya demi politik sempit, dengki dan dendam, ada orang sanggup mempergunakan orang asli untuk kepentingan diri. Sedangkan orang asli memerlukan bantuan bimbingan dan dakwah Islamiyyah menunjukkan keadilan Islam tapi suasana ini dirosakkan agar wujud ketegangan antara kerajaan PAS dan orang asli.

Apa PAN dan IKRAM dapat daripada kerja-kerja jahat ini?



Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
December 2, 2016 at 2:03 PM

Satu pencerahan yang baik dari Hj(Munafik) Hassan Dedak....

Anonymous
December 2, 2016 at 11:28 PM

Yang memperalatkan org asli tu org tiruan. Tak ada apa yg boleh dibanggakan dgn barang tiruan. Tak berharga. Klu manusia tak bermoral namanya.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger