DAP Senyum, PKR Selamat, PAN dan BERSATU Mangsa Kerjasama


Dua hari lepas, ketiga-tiga parti di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) secara rasmi membentuk pakatan pilihan raya bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas perdana menteri dan Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun tidak hadir pada mesyuarat itu. Kenapa? Ada orang PAN kata kerana perjanjian itu dibuat di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, di tingkat empat bangunan ibu pejabat PKR. Takkan Mahkamah Mahathir boleh datang, tapi di bangunan dia tak boleh pula. Loyar juga puak PAN.

Lim Kit Siang pun tak hadir kenapa? Tak ada pula puak PAN ulas.

Pakatan pilihanraya antara PAKATAN HARAPAN dengan PPBM (BERSATU) untuk meletakkan satu calon sahaja disatu-satu kawasan pilihan raya setelah pembahagian kerusi ditentukan melalui perundingan antara dua pihak berdasarkan prinsip kebolehmenangan (winnability) tercatat pada perkara 3 penjanjian tersebut.

Apa yang anda faham dengan Pekatan Pilihanraya ini?
Ya Pakatan antara HARAPAN - BERSATU?
Tak ada apa sekadar tandatangan kosong yang mungkin tidak akan memberikan apa-apa makna kepada rakyat. Sekadar gah aje.

Kenapa saya kata macam itu. Apa hujah saya?




Anda dengar ucapan Dr Hatta Ramli dalam konvensyen PAN yang lebih banyak mengutuk PAS daripada agenda lain. Malah UMNO terselamat daripada serangan perwakilan kerana mereka lebih suka kutuk PAS.

Dr Hatta berkata, PKR tetap dengan kerusinya, DAP memang tak akan beri kerusi mereka samasekali . PAN akan bertanding semua kerusi PAS, Bersatu nak bertanding di mana? Kalau tak diberikan kata Dr Hatta (dia rujuk kepada Anina yang hadir) BERSATU boleh bertanding di Thailand (Dr Hatta buat joke).

Kata Dr Hatta PAN kena berjiwa besar dan sanggup bahagikan kerusi dengan BERSATU.

Jiwa Besar?
Bahagi kerusi? Kerusi Mana?

Tahukan anda PAN dan BERSATU nak bahagikan kerusi PAS sedia ada 70 kawasan yang PAS bertanding semasa PRU-13 lalu.

Kalau mereka bertanding dikerusi PAS agaknya apa terjadi kepada 2 parti ini (PAN dan BERSATU)?

DAP senyum melihat rakannya kena hentam oleh PAS.
PKR selamat kerana mereka ada tahaluf dengan PAS.

Yang jadi MANGSA dan diPERBODOHKAN atas perjanjian PAKATAN PILIHANRAYA kononnya ini adalah PAN dan BERSATU.

Awak nampak tak bodohnya perjanjian baru-baru ini?



 Kalau tak nampak juga, makna pendek umur.


Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 17, 2016 at 10:09 AM

Pan dan Bersatu tak dapat pergi jauh dlm politik. Dap dan Pkr tak akan mudah nak bgi kerusi. Klu pan dan Bersatu lawan tiga penjuru peluang utk menang sangat tipis..sangat2 tipis...peluang kalah terbuka luas.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger