Kajian Bohong Untuk Persepsi buruk dan Tekanan Kepada PAS


Kajian Survey Persepsi Rakyat Selangor 2016 dijalankan Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih relevan dalam perkembangan politik hari ini.

Pengerusi Kluster Pendidikan Politik & Demokrasi, IDE, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, Anwar masih dilihat sebagai ikon yang memberi kesan kepada pembangunan politik negara.



Katanya “Seramai 1,761 responden pelbagai kaum di 56 Dun Selangor terlibat dalam kajian dijalankan pada 26 Ogos hingga awal September lalu, di mana ia secara bersemuka.


Menurut Shaharuddin, 40 peratus hasil survey turut membuktikan Anwar perlu menerajui pimpinan Kerajaan Malaysia untuk mengembalikan kecemerlangan negara.

Maka berlumba-lumbalah Cybertopper musuh PAS (daripada PAN dan sekutunya) menyerang PAS dengan kajian ini.

Saya setuju dengan analisis daripada laman AIDC yang mengatakan setiap kali penganalisis politik membuat kritikan dan berpendapat Anwar Ibrahim sudah tidak relevan dalam arus politik perdana negara mutakhir ini, badan pemikir Kerajaan Negeri Selangor, Institut Darul Ehsan (IDE) akan menerbitkan ‘hasil kajian’ yang menunjukkan Ketua Umum PKR masih popular berbanding dengan tokoh pembangkang yang lain.

Siapa sebenarnya di belakang IDE yang mengeluarkan kajian HEBAT INI?? Sehingga semua cybertropper PAN dan PKR menjadi 'giler'.

Lihat gambar di atas anda sudah tahu apa akan terjadi kalau hasil kajian bukan Anwar Ibrahim paling popular?

Saya bukan prajudis kepada Anwar. Saya memahami bagaimana suara reformasi dan suara rakyat bangkit setelah Anwar di pecat dan dizalimi. Itu fakta dan hakikat yang kita tak boleh tolak.

Tetapi setelah masa berlaku, setelah Langkah Kajang, anda lihat sokongan rakyat kepada Anwar dan PKR makin luntur.

Kalau anda bukan orang kajian tetapi ingin memahami situasi ini. Anda boleh jadikan salah satu daripada media pembangkang sebagai bahan untuk pemerhatian "View research".

Anda boleh jadikan Malaysiakini (media pembangkang) sebagai contoh. Dulu kalau ada artikel mengutuk Anwar, lebih daripada 90% netizen akan mengecam artikel itu. Tapi sekarang tidak lagi malah tidak sampai separuh mereka yang membela Anwar. Perkara ini berlaku bermula daripada Langkah Kajang.

Langkah Kajang titik pecah (
breaking point) kepada kemerosotan dan kacau bilau dalam Pakatan Rakyat.

Mengikut apa yang saya faham daripada sumber-sumber dekat dengan IDE hasil kajian ini bertujuan untuk mengembalikan sokongan Anwar dengan membina persepsi baik dan memnerikan persepsi buruk kepada PAS supaya PAS lebih akur kepada kehendak Pakatan Harapan.

Saya juga mendapati sumber kajian dibentangkan tidak releven, malah dipercayai data-data kajian adalah daripada kajian lampau yang dikemaskini semula mengikut SELERA penaja IDE.

Ini kira kajian MAKAN DEDAK jugalah
.
No Komen.


Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 18, 2016 at 10:20 PM

Kajian sekadar nak sedapkan hati yg gundah gulana kerana populariti Anwar semakin menurun.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger