Mahathir Keliru dan silap bukan PAS


Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan PAS berhadapan kekeliruan dalam memperjuangkan wadah politiknya kerana keengganan PAS bekerjasama dengan gabungan pembangkang jika ada DAP dan PAN.


“PAS sedikit keliru, pada masa ini mereka sebahagian daripada kerajaan Selangor yang ada DAP. Pada masa sama, mereka tak mahu bersama kita (Pakatan Harapan),” katanya semasa sidang media sempena Konvensyen parti PAN di Shah Alam, hari ini.

Orang kata Mahathir ni hebat politiknya. Penasihatnya terdiri daripada pakar yang mengatur pergerakan politik. Dia menguasai cara pemikiran politik yang banyak dipengaruhi oleh buku "The 48 Laws of Power".

Tapi 'bab' (perkara) mengenai kerajaan Selangor Mahathir menjadi makin keliru dan tersilap. Entah dia tak tahu atau sengaja buat tak tahu. Kerajaan Selangor bukan KERAJAAN PAKATAN HARAPAN seperti yang diwar-warkan. Kerajaan Selangor adalah kerajaan AZMIN + PAS + UMNO + MEREKA YANG TOLAK SD.




Suka saya membawa artikel yang ditulis oleh Nordin Ali dalam perbincangan kali ini yang mengesahkan Mahathir seolah-olah buta maklumat. Kalau setakat puak PAN dan IKRAM tak faham saya rasa boleh kita abaikan kerana mereka ini ta'asud dan lemah untuk berfikir secara matang. Mahathir takkan bodoh juga melainkan Mahathir ini mengunakan politik MACAI untuk menjahatkan orang lain seperti biasa digunakan untuk berkuasa 22 tahun dalam UMNO.

Anda boleh baca di sini. Nordin Ali mengulas dengan bukti yang sangat jelas bahawa Kerajaan Selangor sekarang bukan kerajaan PAKATAN HARAPAN dan kerana itu PAS masih boleh berkuasa dengan Exco dan aktiviti. Manakala parti PAN banyak kali diperli oleh Azmin kerana mahukan jawatan. Malah DAP menjilat semula ludahnya daripada letak jawatan exco dengan berkata mereka kekal exco kerana tak mahu PAS berkuasa mengubal undang-undang di Selangor.

Kalau orang yang berfikir, mendalami., mencari maklumat, mengkaji sudah tentu mereka akan tahu tentang kedudukan PAS di Selangor menyelamatkan kerajaan Selagor daripada UMNO. Pasal itu kedudukan PAS masih utuh di Selangor dan PKR menjaga PAS Selangor (walaupun mereka tidak suka).

Azmin sangat memahami perkara ini dan pasal itu Azmin banyak kali memihak kepada PAS daripada PAKATAN HARAPAN kerana Azmin orang cerdik tahu kedudukannya. Kalau tak tak merasa MBlah si Azmin tersebut.

Kedua.

Saya imbau pembaca kepada pembaca kenyataan TS Muhyiddin Yassin semasa dia dalam UMNO, 17 September 2013 yang mana UMNO bersedia dan terbuka untuk kerjasama dengan PAS. Adakah kenyataan ini benar-benar betul atau sekadar politik? Ini kena tanya TS Muhyiddin sendiri. Sudah tentu 'orang tua' Tun Mahathir tahu akan kedudukan PAS dengan UMNO dalam soal kerjasama atau gabungan ini.

Takkan orang tua itu masih MENANTI dan menunggu PAS untuk bersama-sama PH sehingga akhir tahun ini? Kutuk PAS makan dedah tapi masih percaya kepada orang makan dedak. Takkan itu puak PAN dan IKRAM tak boleh berfikir?

Semasa kenyataan tersebut, Greenboc (ni seorang lagi tak berapa betul pemikirannya, dulu dia tulis lain sekarang dia tulis lain) dalam blognya menulis berhubung tawaran Umno untuk bekerjasama dengan PAS, Dr Abd Rani berkata "Selagi aku hidup, takkan aku layan benda itu". Kemudian Timbalan pesuruhjaya III PAS Selangor Khalid Samad yang turut berada dalam sidang media itu mencelah sambil memetik kata-kata almarhum (bekas presiden PAS) Ustaz Fadhil (Nor), beliau kata Umno ni manusia yang pelik, dia ketuk kepala kita, lepas tu dia ajak jadi kawan.  "Lepas tu dia ketuk kepala kita lagi, dia ajak jadi kawan (lagi)".

Saya setuju dengan kenyataan Khalid Samad.

Muhyiddin yang sama, pada tahun yang sama, beberapa bulan sebelum itu mengatakan PAS parti Sesat.

Yang peliknya puak-puak PAN (GHB) dan IKRAM percaya,  sehingga sanggup tubuh parti baru. Betulkah mereka percaya PAS tak betul atau mereka sengaja mencari helah kerana nak berkuasa dalam PAS itu pembaca boleh berfikir sendiri.

Apabila Mahathir dan BERSATU tidak bersama PAS, maka ini adalah KESILAPAN besar dalam mengatur langkah menjatuhkan Najib dan UMNO kerana BERSATU akan tersempit dengan PAN dan PKR, delima dengan DAP.

Saya lebih suka PAS tak bersama dengan BERSATU kerana jika wujud pertandingan 3 penjuru antara PAS, PH (PAN atau BERSATU bertanding) dan UMNO. PAS mempunyai peluang yang lebih kerana BERSATU memecah undi UMNO, hanya PAN sahaja memecah undi PAS menjadi toongkat UMNO.


Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 11, 2016 at 5:36 PM

Madey yg keliru...dulu Dap rasis, jahat bla bla bla...skrg baik baik baik. Melayu cepat lupa.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger