Siapa calon Orang Asli Mewakili Parti PAN?


Parti Amanah Negara (PAN) akan menawarkan kerusi kepada Orang Asli di Kelantan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang kata Presidennya Mohamad Sabu.


"PAN menyokong untuk Orang Asal menjadi calon pilihan raya, di Kelantan ramai orang asal (dan) ada yang berpotensi yang kita tidak ketengahkan selama ini,” katanya dalam ucapan perasmiannya di konvensyen PAN di Pusat Konvensyen Shah Alam semalam.

PAN dan PH secera terancang telah menggunakan isu orang Islam untuk menekan kerajaan PAS di Kelantan. Banyak perkara mengenai orang asli telah dimainkan secara persepsi buruk dengan maklumat tidak benar bertujuan memberikan gambaran buruk kepada PAS.

Isu orang asli banyak dibahaskan dalam banyak peringkat. Sebagai orang yang berilmu sepatutnya kita lebih merujuk kepada kajian, laporan dan tinjauan oleh pihak yang berilmu seperti pusat pengajian dan universiti. Tetapi PAN tidak merujuk kepada orang berilmu kerana mereka tahu akan kebenarannya. Kenapa mereka buat juga? Hanya ahli PAN & PH boleh menjawab.

Kenapa Mereka pilih orang asli Kelantan sahaja?
Hanya Kelantan sahaja ke yang ada orang asli?
Bagaimana isu orang asli di negeri-negeri lain di Malaysia?

Suka saya merujuk kepada Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar Kali ke-4 anjuran Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pada persidangan tersebut Zainal Zulhilmi Zainal Abidin1 & Seow Ta Wee daripada Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah membentang satu kertas kajian Isu Konflik Tanah Adat Bagi Orang Asli Di Malaysia.

Katanya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia telah menerima kira-kira 500 aduan berkaitan isu tanah adat, di sepanjang 11 hari Konsultasi Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Adat yang dijalankan. Pembangunan di luar bandar telah mewujudkan konflik tanah dalam kalangan pihak pemaju dan masyarakat setempat. Objektif utama kertas kerja ini adalah menerangkan kerangka teori bagi mencapai kesamarataan hak bagi Orang Asli dalam konteks pembangunan orang asli.

Sebelum kita bercakap soal tanah adat orang asli baik kita lihat dahulu Kanun Tanah Negara. Kanun Tanah Negara mula digubal sebelum merdeka dan diasaskan kepada undang-undang terdahulu yang sedia ada iaitu Land Code 1926 serta telah dikemaskini dan ditambah beberapa bahagian baru.

Semenjak kanun ini dikuat kuasa pada 1 Januari 1966, ia telah dipinda sebanyak 30 kali bermula dari 1968 sehinggalah ke tahun 2008 (sila pembaca lihat Haji Salleh Buang, 2003).

Adakah Kelantan abaikan tanah orang asli? Merampas dan menzalimi seperti tuduhan PARTI PAN dan PAKATAN HARAPAN?

Adakah Orang Asli tidak terbela oleh perlembagaan Malaysia?

Untuk makluman pembaca, orang asli dilindungi tanah mereka melalui Akta Orang Asli
134. Tafsiran Orang Asli dikuatkan pula oleh seksyen 160 (tafsiran) dalam Perlembagaan Malaysia.

Saya ambil contoh bagaimana akta 134 membantu orang asli jika benar kerajaan negeri mengambil tanah secara tidak sah. Saya bawa satu kes daripada berpuluh-puluh kes yang tercatat.

Dalam kes Adong bin Kuwau & Ors lawan Kerajaan Negeri Johor [1997] 1 MLJ 418, tanah yang
selama ini menjadi kampung halaman dan tempat tinggal mereka telah diambil bagi tujuan pembinaan empangan. Apabila kes ini dirujuk ke mahkamah, Mahkamah Tinggi Johor Baru memutuskan bahawa hak Orang Asli pada tanah berkenaan hendaklah dihormati, lalu memerintahkan Kerajaan Negeri Johor membayar pampasan kepada masyarakat tersebut. Terkilan dengan keputusan ini, Kerajaan Negeri Johor telah merayu ke Mahkamah Rayuan, di mana akhirnya rayuan ini ditolak: sila lihat [1998] 2 AMR 1233.

Dalam keputusannya, Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa hak Orang Asli yang diiktiraf itu merangkumi hak untuk terus tingal pada tanah yang telah sekian lama didukui oleh nenek moyang mereka, dan hak ini tidak hilang atau dimansuhkan oleh undang-undang moden.

Jadi sebenarnya kes Orang Asli Kelantan adalah kes MANIPULASI JAHAT oleh puak-puak PAN untuk menjatuhkan kerajaan Islam PAS Kelantan yang dibina 22 tahun oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Jika benar tuduhan mereka sudah pasti UNDANG-UNDANG dan PERLEMBAGAAN akan membantu orang asli untuk mendapatkan hak seperti berlaku di Johor dan negeri-negeri lain yang saya tidak panjangkan dalam artikel ini.

Saya tak tahu kenapa mereka yang beramal dengan Islam mengambil jalan yang tidak benar? Kenapa mereka memilih untuk menjadi tukang fitnah dan menyebarkan maklumat palsu demi mencapai hasrat dan cita-cita kedunian parti mereka.

Mereka sanggup menipu orang ramai dengan maklumat palsu sedangkan Allah melarang sama sekali perbuatan tersebut. Di mana Islam mereka?

Bila saya mendengar Ucapan Perasmian Mohamad Sabu berkata PAN akan mencalonkan orang Asli untuk bertanding, maka terbayanglah dalam kepala saya DUA BADUT yang menghuru-harakan orang Asli di Kelantan adalah calon terbaik PAN seperti yang dihasratkan dalam Konvensyen mereka.


Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
December 11, 2016 at 6:35 PM

Adaaaaaa mereka adalah

a. Mat Sabu
b. Mujahid
c. Salahuddin Ayob
d. Saari Sungib
e. Khalid Samad

Tapi yg paling asli adalah Husam Musa Power 10, mimpi 15 kali. Kah kah kah

Anonymous
December 11, 2016 at 6:37 PM

Pemikiran Pan lebih teruk drpd orang asli. Kerja fitnah je...org asli tak macam tu.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger