Rupanya Cadangan PM Sementara Konvensyen PAN “Arahan” DAP
Sebelum ini heboh kononnya parti PAN mahu PM SEMENTARA. Parti Amanah Negara (PAN) Johor mencadangkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ‘sementara’ sekiranya Pakatan Harapan mampu menawan Putrajaya PRU14.
Ramai yang tertanya kenapa tiba-tiba keluar PM SEMENTARA oleh pihak PAN?
Hari ini DAP berkata Malaysia akan memiliki perdana menteri wanita pertama, jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan memangku jawatan nombor 1 negara itu sehingga suaminya dibebaskan dari penjara, kata penasihat DAP.
Lim Kit Siang yang dipetik China Press berkata, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan dilantik sebagai pemangku timbalan perdana menteri, jika PH berjaya merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).
“Selasa lalu kami (DAP) capai kata sepakat, jika berjaya kalahkan BN pada PRU akan datang, Muhyiddin adalah calon pemangku timbalan perdana menteri paling sesuai,” katanya ketika menghadiri majlis makan malam kutipan dana anjuran Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Bukit Gelugor, semalam.
Lim Kit Siang dikatakan mendahului PAKATAN HARAPAN membuat kenyataan mengenai kedudukan PM dan PMS sedangkan akhbar Malaysiakini hari ini baru menyiarkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengesahkan bahawa Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan masa depan gabungan itu, termasuk memilih calon yang berpotensi untuk jawatan perdana menteri.
MEMANG JELAS PENCATURAN PAKATAN HARAPAN ADALAH DI TANGAN DAP!!
Lim Kit Siang dikatakan juga mengesahkan satu rancangan semacam LANGKAH KAJANG sebelum akan dilakukan. Kenyataan Lim ini bersamaan dengan apa yang disebut oleh Rafizi Ramli selasa lalu.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mencadangkan satu rancangan menyerupai “Langkah Kajang” dengan harapan dapat menjadikan Anwar sebagai perdana menteri, sekiranya PH memenangi PRU14.
“Salah seorang wakil rakyat PKR yang baharu menang boleh kosongkan kerusinya dan seawal 2 minggu selepas hari mengundi PRU14, Anwar boleh memenangi sebuah kerusi Parlimen dan seterusnya mengangkat sumpah sebagai perdana menteri,” kata Rafizi dalam satu kenyataan minggu lalu.
Oleh itu, Anwar dijangka kekal dipenjara sehingga pertengahan 2018.Anwar pula akan dibebaskan dengan mencari cara lain termasuk pengampunan Agung.
Jika mengikut kaedah kedua ini Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi calon perdana menteri sementara dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pula adalah calon bagi jawatan timbalan perdana menteri sementara.
Lim Kit Siang mengesahkan percaturan ini bagi pihak DAP ketika berucap pada majlis makan malam yang diadakan di Bukit Gelugor malam tadi.
Blog Archive
-
▼
2016
(199)
-
▼
December
(30)
- Khalid Vs Salahudin, Siapa Yang Betul?
- BR1M Rasuah, Mahathir Nyanyuk atau Lupa?
- DAP nak bawa BABI ke Restoran McDonald's Protest P...
- PKR Bersedia Beri Kerusi Kepada BERSATU, Tapi Tida...
- PKR Tidak Benarkan Parti PAN Bertanding Di Selango...
- Rupanya ada yang Tak boleh lihat Gambar Presiden P...
- Kalau Hadi Pegang Tangan Nazri Macam Ni?
- Malaysiakini beriya-iya untuk menjayakan Gabungan ...
- Selepas Kutuk PAS Dalam Ceramah, Kini Rayu PAS Ber...
- Kajian Bohong Untuk Persepsi buruk dan Tekanan Kep...
- Rupanya Cadangan PM Sementara Konvensyen PAN “Arah...
- Kalau Serius Nak Jatuhkan BN, Bubar Aje Parti PAN,...
- DAP Senyum, PKR Selamat, PAN dan BERSATU Mangsa Ke...
- Rafizi kata Jalan ke Putrajaya perlukan PAS
- BERSATU Hanya Menterai Gabungan Dengan HARAPAN
- Orang Asli Setaraf Melayu atau Bumiputera, Lim Kit...
- Himpunan UMNO kutuk DAP Himpunan PAN kutuk PAS
- Siapa calon Orang Asli Mewakili Parti PAN?
- Konvensyen Parti PAN, Lebih banyak kerusi daripada...
- Hebat Konvensyen Pemuda Parti PAN, Tak Terbilang R...
- Mahathir Keliru dan silap bukan PAS
- Tiba-tiba Mahathir Beri Tempoh Kepada PAS
- Tahniah, Mahathir Berjaya Pecah Belah DAP!
- Najib Hadir Sandiwara Mahathir Hadir Macam Mana?
- DAP Tak Mahu Jawatan PM, Hanya Mahu Jadi “PuppetMa...
- Umno berpesta di PWTC kerana PAN Dah jadi ”BALACI ...
- Siapa Buat Surat Orang Asli ini?
- Kenapa DAP Menyembunyikan Peruntukkan kepada agama...
- Apa Beza antara UMNO dengan DAP?
- Dulu Puak UMNO Guna Orang Asli Nak Jatuh Tok Guru ...
-
▼
December
(30)
+ comments + 1 comments
Mimpi ke apa ni...
Post a Comment