Sebelum Berbicara Tentang Muafakat Pembangkang Azmin Perlu Lihat Apa Pakatan Harapan Buat Kepada PAS


Hari ini Timbalan Presiden PKR mengatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertindak melangkaui sempadan salahguna kuasa apabila memulakan dakwaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Sehubungan itu, Azmin menggesa pembangkang yang berpecah-belah untuk merapatkan barisan. Katanya “Pembangkang kini perlu bersatu dan kekal fokus kepada perjuangan tunggal kita".

“Kini masanya untuk kita mengenepikan prejudis dan perbezaan pada masa lalu dan kembali mengatur langkah bersama", katanya lagi.

“Kita wajib membulatkan muafakat, jauh lebih teguh dari sebelum ini, dan bersama membina blok pembangkang yang kuat untuk pilihan raya umum akan datang.”

“Ia sudah dapat dijangka apabila mengambil kira kempen berlarutan melibatkan cercaan dan pembunuhan watak oleh pentadbiran Najib."

Saya percaya Azmin Ali mempunyai kepintaran politik yang baik dikalangan pimpinan PKR. Malah dia mampu bersama Anwar Ibrahim sehingga sekarang sedang ramai pimpinan yang bersama Anwar berpaling tadah (kalau saya senaraikan mungkin lebih daripada 20 orang termasuk paling rapat Ezam mohd Nor). Azmin juga tak macam Rafizi, Saifudin atau lain-lain yang tidak dapat memahami sejauh mana kekuatan tahaluf dengan PAS.

Saya setuju semua kenyataan di atas yang Azmin luah dan tujukan kepada Najib dan Barisan Nasional itu benar, tetapi sebelum Azmin tuju kepada Najib, Azmin juga seharusnya melihat kepada Pakatan Rakyat atau Kini Pakatan Harapan buat kepada PAS dan mereka yang tidak sehaluan dengan kepimpinan Pakatan Harapan.

Azmin membicarakan tentang CERCAAN dan PEMBUNUHAN WATAK oleh Najib dan Barisan Nasional. Azmin sedar tak? bahawa Pakatan Harapan yang terdiri daripada PAN (dulunya geng GHB), PKR sendiri dan DAP yang banyak mencerca rakannya seperti PAS apabila tidak sependapat.

Malah mereka cuba membunuh watak Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dengan tuduhan yang sangat buruk, sehingga imej Presiden yang sebelum ini baik menjadi sangat buruk kepada mereka yang tidak mengetahui maklumat sebenar.

Siapa yang mengungkit-ungkit tentang PAS nak bersama UMNO?
Siapa yang sebar kononnya jika kumpulan ulama dalam PAS berjaya dalam pilihan Muktamar, PAS akan mudah bergabung dengan UMNO. Sedangkan setelah semua jawatan AJK dan Dewan-dewan disapu oleh kumpulan ulama tetapi gabungan UMNO-PAS tak pun wujud.

Siapa yang menyebar maklumat kononnya PAS tamak jawatan nak jawatan Menteri Besar sehingga tersebar bahawa Abdul Hadi Presiden PAS telah menghantar 3 nama pimpinan PAS untuk menjadi MB Selangor kepada Sultan sedangkan perkara sebenar Abdul Hadi hantar nama pimpinan PKR termasuk Azmin sendiri dan menjadi MB Selangor Azmin adalah sokongan kuat Abdul Hadi.

Siapa yang sebar 91 tuduhan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga PR menjadi celaru dan tak menentu sehingga akhirnya tuduhan itu sebenarnya palsu.

Siapa yang menyebabkan pertandingan 3 penjuru di PRK baru-baru ini sedangkan 2 tempat itu adalah tempat yang pernah PAS bertanding sebelum ini. Siapa membantu UMNO untuk menang dengan sikap "DARIPADA PAS MENANG LEBIH BAIK UMNO/BN"? Kononnya wujud dalam mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan untuk memastikan PAS tidak akan menang di kedua-dua PRK itu supaya PAS tidak besar kepala? Siapa? Jawab siapa???

Setelah DAP, PAN dan PKR cerca, hina, bunuh watak pimpinan PAS. Malah sebar fitnah, kita Azmin bercakap SOAL NAK MUAFAKAT?

Mana maruah Pakatan Harapan dalam hal ini?
Apakah jika PAS tak bersama Azmin dan Pakatan Harapan nak kambing hitam PAS kononnya PAS tak bersama maka BN boleh menang??

Rakyat dah muat dengan Pakatan Harapan yang perangai mereka saling tak tumpah perangai Najib atau BN.

Oleh itu perlu ada satu alternatif baru dalam politik Malaysia. Politik yang lebih matang dan politik yang bersifat 'keIslaman" yang mampu membawa kepada kesajteraan rakyat. Itu yang kini PAS cuba buat.... Soal berjaya atau tidak kita kena sokong untuk usaha ini. Tinggalkan politik kotor jijik yang saling tuduh menuduh tetapi semuanya bermatlamatkan kebendaan dan duniawi semata-mata.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger