Biar mati berdiri dari hidup melutut - LGE

Pagi tadi ada kawan saya bertanya, tak ulas ke mengenai isu Lim Guan Eng (maksud penangkapannya)? Nak ulas juga, tapi dah ramai yang mengulas sehingga ramai pula menjadi hakim sebelum lagi pembicaaraan bermula. 

Lim Guang Eng menegaskan kedua-dua pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kanun Keseksaan kerana perbuatan rasuah adalah jelas penganiayaan atau pendakwaan politik yang semata-mata untuk menghancurkan saya sebagai ketua menteri Pulau Pinang.

"Saya lebih rela mati daripada hidup melutut", mengakhiri kenyataan rasminya selepas dia ditahan semalaman oleh pihak SPRM.

Dalam isu LGE, saya berpegang kepada kenyataan  Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan rasmi parti PAS berkata parti itu tetap berpegang pada pendirian presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Guan Eng tidak bersalah sehingga dibuktikan sedemikian.

Tuduhan tidak boleh menjadi satu keputusan. Biarlah mahkamah yang membuat keputusan. Elak daripada kita menjadi hakim kepada pembicaraan media.

LGE adalah antara mereka yang lantang menentang hukum Islam, termasuk hukum hudud. Jika dia bersama PAS memperjuangkan kebaikan hukum Islam, rasanya ada banyak perkara LGE akan dapat manafaat daripada hukum Islam kerana hukum ini lebih adil terutama dalam isu yang melanda dirinya sekarang.

Saya kira LGE memilih peradaban China kuno bila dia menyebut  "Saya lebih rela mati daripada hidup melutut".

Saya pelik juga LGE menolak hukum Islam sedangkan ada beberapa hukuman China kuno ada persamaan dengan hukum hudud. Misalnya rogol berat dikenakan 100 sebatan dengan kayu berat.

Tapi mungkin LGE lebih suka memilih hukum China kuno (falsafahnya) sesetengahnya lebih kejam daripada hukum Islam.

Cuba kita rujuk kepada mati berdiri.

Ini adalah contoh hukuman mati berdiri zaman China kuno Dinasti Tang. Kalau kita sorot kembali sejarah kerajaan China sekitar 1900an kita dapati bahawa ada hukuman yang keras untuk mengawal selia masyarakat china yang begitu ramai serta terdapat pula pegawai yang rasuah.

Jika kita menonton filem klasik China kita akan dapati banyak perkara tentang pegawai tinggi yang korup dan wujud juga hakim yang adil dan saksama seperti kisah Hakim Bao.

Terpulanglah kepada LGE nak mati berdiri atau nak mati duduk, tetapi selagi dia dan DAP menentang hukum Hudud dan RUU 355 Private Bill memperkasakan Mahkamah Syariah yang khusus untuk orang Islam dia akan berhadapan dengan pegawai yang korupsi kerana undang-undang ini sahaja mampu membenterasnya.

Jangan mengharap bayangan atau inspirasi keadilan dari Judge Bao Zheng, Zhong Kim Nam, atau Ahok kerana bayangan dan roh keadilan itu ada bersama dengan PERJUANGAN PAS.

Share this article :
 
+ comments + 9 comments

Anonymous
July 1, 2016 at 7:41 AM

Kalau orang kafir pun boleh menyukai keadilan, bagaimana kamu yng bergelar Haji pun suka menyokong kezaliman. Melainkan kamu ini kuat sifat Munafiknya......

July 1, 2016 at 7:49 AM

Kalau tak faham artikel. Bacalah banyak kali. Kalau tak malu nak komen tapi tak tahu apa yang ditulis. Jangan suka komen dengan emosi akan rosak diri sendiri

July 1, 2016 at 9:18 AM

Salam Tuan Tanah,
Sy perhatikan bhw tuan agak agGresif menulis dan bangga mesti tak ramai jawap atau mengomen dlm TKO..tp sy harap tuan istiqamah. Dlm TKO terlalu ramai manusia bertopeng dan klu ada yg sokong jemaah parti Islam plk banyak juga yg poyo..yg menyebabkan sy sekadar baca n x pny keinginan meluap utk berkomentar dan seterusnya berhujah dlm forum TKO..kerna kepoyoan geng jemaat islam yg punya sifat riak. .tetapi lebih meluat utk berhujah dgn former islam yg sekular liberal Assobiyah totok yg dah menghuni lama dlm TKO. KeEP it up..!

-krankenman-

July 1, 2016 at 9:28 AM

Tak payah lah kupas jauh2..pembaziran yg umat Islam buat masa ramadhan ni sangat banyak, cthnya makanan..mana kita yg kata yg bergelar pejuang agama dan ulama..perbuatan salah disekeliling kita pun payah kita tegur jgn harap nk brdakwah dan menegak hukum yg lain..disiplin akhlak pun tiada...yg nmpak cuma membela dan men'yes'kan puak masing2 walaupun benda x betul...dakwah bukan begini caranya...anggapan2 dlm hati adalah bisikan syaitan dan jauh sekali dari sifat 'IKHLAS'...terima kasih.

July 1, 2016 at 2:36 PM

Mu kata pendakwah tak tegur?dah berbuih mulut tegur dlm tazkirah.kuliah dsb.tapi itu saja yg mampu dilakukan.yang kamu tu apa kamu buat?

July 1, 2016 at 2:47 PM

Mu kata pendakwah tak tegur?dah berbuih mulut tegur dlm tazkirah.kuliah dsb.tapi itu saja yg mampu dilakukan.yang kamu tu apa kamu buat?

July 1, 2016 at 2:50 PM

Masingmasing ada tugas .jadi masing masing tegur mana yg patut dan mana yg mampu.yg kamu nk marah org tulis artikel ni apasal?kalau kamu mampu buatlah.itupun dah cukup bagus.kalau kamu mampu tegur pembaziran tu silakan tegor dan tulislah artikel juga.

July 1, 2016 at 2:51 PM

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger