Pengurusan PAN Pulau Pinang Paling Teruk - Mejar Zaidi



Saya telah menulis 2 bahagian berkenaan surat terbuka Mejar Zaidi Ahmad kepada Presiden PAN Mohamad Sabu. Bahagian akhir mengenai surat terbuka berkenaan akan saya perincikan pada artikel ini.

Pada bahagian akhir surat terbuka bertarikh 19 Jun 2016 tersebut Mejar Zaidi melahirkan rasa kekecewaannya kepada Mat Sabu atau pengurusan parti berkenaan di Pulau Pinang.

Petikan akhir surat berkenaan seperti berikut:-
Akhir sekali bang Mat orang Penang, adakah Amanah Penang adalah Amanah terbaik dari segi keahlian, aktiviti, pentadbiran dan sebagainya untuk menjadi contoh kepada Amanah di tempat2 lain?
Jika tidak kenapa, sedangkan di Penang Amanah adalah sebahagian dari kerajaan?
Pemimpin yang hebat ialah yang mampu menyelesaikan masalah bukan menjadi sebahagian dari masalah itu sendiri.

Mejar Zaidi sebelum menjadi ahli DAP adalah ahli parti PAN  Kepala Batas. Dia adalah Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) Bahagian Kepala Batas, Pulau Pinang.

Saya tak ada maklumat yang tepat mengenai bilangan ahli PAN di Pulau Pinang tetapi mengikut sumber yang rapat ahli PAN di Pulau Pinang sekitar 1000 orang sahaja.

Tapi saya mempunyai maklumat untuk Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Bukit Gelugor kerana saya ada kenalan rapat di sana yang saya pernah bantu untuk PRU-12 bagi menumbangkan kerajaan BN. Seorang kenalan saya kini dah jadi orang kuat PAN.

Kenapa Mejar Zaidi marah sangat kepada Mat Sabu?

Cuba anda fikir ahli PAN yang berdaftar bagi Bahagian yang diwakili oleh Mat Sabu iaitu Bukit Mertajam hanya 50 orang sahaja. Dun Berapit, Dun Mat Sabu hanya 14 orang yang berdaftar sebagai ahli PAN!




Tergelak saya bila diberitahu Dun Berapit hanya 14 orang ahli PAN berdaftar. Nak tubuh AJK pun masih tak cukup kouta! INIKAH TARAF PRESIDEN PAN??

Saya juga dimaklumkan oleh kawan-kawan rapat termasuk seorang orang kuat PAN bahawa kawasan Mujahid Yusof Rawa iaitu Bahagian Bukit Gelugor hanya ada 40 orang ahli. Ahli PAN di Dun yang diwakili oleh Mujahid iaitu Dun Air Itam hanya ada 3 orang ahli PAN yang berdaftar. HAMPIR PECAH PERUT saya gelak!




Mejar Zaidi tak bengang pasal apa, dia mampu menarik lebih kurang 200 ahli PAN berdaftar untuk Bahagian Kepala Batas tapi tokoh hebat PAN hanya mampu tarik 3 orang ahli!!

Saya kata persatuan orang-orang buta di Dun Air Itam pun lebih daripada 10 orang. Ini hanya 3 orang. MANA NAK LETAK MUKA MUJAHID??

Kedua Mejar Zaidi ada menyebut tentang Mat Sabu adalah masalah kepada parti PAN di Pulau Pinang. Yang ini saya tak nak huraikan malam ini. Rasanya lebih baik tanya Mejar Zaidi sendiri biar dia terangkan.

Saya pun nak tidur awal malam ini, harap-harap dapat mimpi bertemu Mat Sabu dengan ahli dunnya 14 orang tersebut. Tapi saya tak boleh fikir bagaimana orang hebat berpidato macam Mujahid hanya dapat tarik 3 orang ahli... Baik saya berhenti sebelum perut saya sakit kerana terlalu banyak gelak!




Share this article :
 

+ comments + 6 comments

Anonymous
July 11, 2016 at 6:53 AM

Pasal Mujahid dan Mat Sabu ni bagai alunan kompang di majlis yg hambar. Saya rasa DAP dah kena bohong dgn PAN selama ninyg mereka mendapat sokongan jitu dari bani melayu

July 12, 2016 at 3:04 PM

Sama la jugak dgn Pas Penang. Patutlah menang 1 kerusi Dun sahaja.

July 12, 2016 at 3:07 PM

Sama la jugak dgn Pas Penang. Patutlah menang 1 kerusi Dun sahaja.

July 12, 2016 at 3:07 PM

Sama la jugak dgn Pas Penang. Patutlah menang 1 kerusi Dun sahaja.

July 13, 2016 at 10:41 PM

Status kodam

Anonymous
July 29, 2016 at 3:36 PM

cer suruh PAS bertanding di semua kerusi di PENANG, jgn lupa bro, PAS lahir kt PENANG.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger