Husam Dalam Dilema Parti PAN Pun Tak Nak Dia!


Sebelum Raya Husam Musa ada buat pertemuan dengan facebooker di perkarangan Pejabat Parti PAN Kelantan. Tak ramai yang hadir walaupun dibuat dalam suasana terbuka. Orang ramai kata toksei dengor 'kelentong' Husam Musa. Kata mereka 'Husem lening cakap pelowok doh'.

Video sebahagian daripada ucapan Husam ada diviralkan dalam facebook. Anda boleh dengar dan berfikir tentang apa yang saya tulis.

Antara ucapan Husam ialah dia kata parti PAN buat masa ini belum lagi menjemput secara rasmi untuk dia menyertai PAN. Satu 'argument' dibahaskan.

Pada Mei 2016 Mohamad Sabu mengajak Husam menyertai PAN, “Kita mengalu-alukan orang sepertinya untuk berada dalam AMANAH. Terpulang kepadanya nak pilih parti mana. Bagi saya, saya iktiraf dia seorang yang berkebolehan dalam ekonomi."

PAN Kelantan menawarkan jawatan pengerusi parti itu kepada Husam. Dua kali mereka buat kenyataan rasmi.

“Amanah Kelantan bukan setakat mengalu-alukan kehadiran Husam sebagai anggota amanah, bahkan seperti yang saya sebut dahulu, saya pegang jawatan itu untuk Husam."

“Jadi sebaik sahaja dia (Husam) hadir (sertai Amanah) saya akan memberikan kepimpinan Amanah Kelantan kepada beliau,” kata Wan Abdul Rahim pada satu majlis parti itu yang turut dihadiri Pengarah Komunikasi PAN Khalid Abdul Samad.

Februari lepas, Wan Abdul Rahim dipetik sebagai berkata beliau akan memberi laluan kepada Husam untuk menjawat jawatan Pengerusi PAN Kelantan jika Husam dipecat daripada PAS.

Anuar Tahir, SU PAN juga nak sambut Husam dengan lori jika PAS pecat Husam.

Jadi mana yang betul Husam ke atau heng-geng PAN?

Rata-rata orang Kelantan mengatakan Husam ni 'pelawok (bohong)'. Begitu juga isu dia serang Presiden PAS dan PAS Kelantan semua kenyataan Husam diragukan kerana dia bercakap tidak benar.

Tapi malang kerena media pro-pembangkang menjadi Husam sebagai senjata untuk membunuh kreater Presiden dan Ulama PAS. Berita tidak benar menjadi sensasi dan bagi mereka berkiblatkan media sosial sebagai sumber, maklumat salah ini ditelan sebati dalam pemikiran mereka. Samalah dengan rakyat yang disogok dengan berita palsu UMNO sampai sekarang pun mereka anggap UMNO penyelamat mereka. Tak ada beza cara kerja propanganda mereka dengan UMNO.





Setiausaha Agung PAN, Mohd Anuar Tahir kata Husam masih dalam PAS, ADUN PAS jadi tidak hantar jemputan rasmi. Ni lagi 'sawan', habis Khalid Samad, Dr Hatta dll tu dia bukankan MP PAS?? Kenapa boleh?

Sebenarnya wujud tarik tali dalam isu Husam. Kita kena kaji sejarah awal mereka. Mengikut perancangan awal PASMA Husam akan jadi Presiden parti baru yang akan ditubuhkan.

Sebelum PAN ditubuhkan Phahrolrazi Zawawi pernah berkata sekira kumpulan GHB tidak tubuh parti baru PASMA akan tubuh parti baru.

Pada awal penubuhan parti baru Mat Sabu tidak ada dalam list. Malah Mat Sabu tak setuju. Bukan sahaja tak setuju dia menyerang mereka yang nak menubuhkan parti baru di Muktamar Pemuda PAS di Johor Bahru.


Semasa ucapan perasmian Dewan Pemuda PAS Pusat 2014, Mat Sabu memperingati pimpinan jangan tubuh parti baru. Ada yang viral video ini mengatakan Mat Sabu telah 'sasau' kerana mengatakan diri sendiri. Tapi bagi mereka yang mengkaji perpecahan dalam PAS sebenarnya Mat Sabu sudah menghidu satu kumpulan dalam PAS (IKRAM/IRC) telah cuba menubuh parti baru sebelum 2014 lagi.

Ucapan perasmian muktamar bukan ceramah biasa yang selalu Mat Sabu merapu. Mat Sabu telah memberikan nasihat agar jangan tubuh parti baru. Soalnya kenapa Mat Sabu terima jawatan Presiden PAN ada cerita lain. Itu kena cari ruang yang panjang untuk dibahaskan.

Kalau kita singkap pula pemilihan AJK PAS Pusat pada muktamar PAS 2013, 'think tank' Husam telah membuat satu blog untuk tujuan penyebaran maklumat berkenaan pergerakkan mereka untuk menguasai PAS. Anda boleh rujuk blog https://paswajahbaru.wordpress.com dan blog ini telah tidak dikemaskini setelah projek ini gagal.



Team Husam cuba menyingkirkan Ustaz Nasaharuddin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden PAS tapi malangnya Mat Sabu berkeras untuk bertanding juga jawatan Timbalan.

Pengalaman 7 Jun 2009 pada Muktamar ke-55 di mana Husam kalah pemilihan disebabkan Mat Sabu masuk bertanding telah menyebabkan mereka berpakat. (
Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam 281 dan Mohamad Sabu mendapat 261 undi.)

Husam juga dikatakan menyerang Mat Sabu dengan isu syiah.


Saya ingin bertanya pembaca adakah Husam akan masuk PAN sekadar jadi ahli biasa kerana semua jawatan tinggi sudah di isi?. Adakah Mat Sabu akan mengosongkan jawatannya untuk Husam? Atau ada sesiapa yang nak kosongkan jawatan untuk Husam?

Mungkin Husam boleh ganti jawatan Salahudin Ayub bila dia keluar PAN menyertai PAS semula? Adakah Husam hanya menjadi pengerusi PAN Kelantan??

Kalau pengerusi PAN Kelantan dengan ahli tak sampai 700 orang mampu Husam bekerja sedangkan semua orang tahu Husam bukan jenis buat kerja bersama orang bawahan.

Satu lagi adakah Mat Sabu boleh terima Husam masuk PAN? Pasal itu tak ada kumpulan yang bersungguh untuk jumpa Husam, mereka sekadar ajak-ajak ayam aje.

Saya tak hairan dalam diolog berkenaan Husam 'macam' berharap jika dia masuk PAN dia boleh berperanan. Dalam bahasa mudah BERILAH HAMBA JAWATAN TINGGI DALAM PAN!

Apatah lagi PAN kini sedang mula berpuak, IKRAM cuba mencengkam, mereka cuba menguasai setiap cawangan dan kawasan untuk persedian pemilihan PAN akan datang. Mereka akan mengatur siapa pimpinan PAN, yang tidak 'sefikrah' akan disingkirkan setelah tenaga mereka dipergunakan.

Mat Sabu hanya tunggu masa sahaja apabila mereka rasa Mat Sabu tidak diperlukan lagi. Husam pun mereka akan sekat sehingga Husam akan terus terumpang amping.....


Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 8, 2016 at 11:17 AM

http://semuthitam80.blogspot.my/2016/07/sejak-dipecat-husam-jadi-nujum-pak.html

SEJAK DIPECAT, HUSAM JADI "NUJUM PAK BELALANG"!!!
POSTED BY SEMUT HITAM ON ISNIN, JULAI 04, 2016 WITH 7 COMMENTS SO FAR

Belalang! Ooo, Belalang! Mana Kau Ni Belalang!!!
Ada ke Belalang yang nak tolong Si Husam ni selamatkan Politik dia???
"Tuduhan saya berusaha jatuhkan kerajaan Kelantan tidak benar sama sekali kerana kerajaan ini tentu akan jatuh hasil pilihan presiden Pas sendiri untuk kembali ke zaman Pas tidak menang dulu," kata Adun Salor Datuk Husam Musa di majlis makan colek anjuran Amanah Kelantan malam tadi.

Menurut Husam kejatuhan kerajaan Pas Kelantan dan kekalahan kebanyakan kerusi-kerusi Pas seluruh negara tidak dapat dielakkan apabila Pas memilih kembali menyendiri dan membuat blok ke 3 yang terasing dari pentas politik pilihan rakyat.

Keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar katanya menunjukkan parti asal beliau itu akan kembali kalah di semua kerusi-kerusi campuran dan kerusi-kerusi 'marginal' kawasan majoriti Melayu.

"Di Selangor kesemua 15 kerusi akan jatuh dan kalau Datuk Iskandar masih mahu jadi wakil rakyat selepas PRU ke 14 beliau perlu berhijrah ke mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH).

"Saya adalah pengerusi "Road Map" Pas PRU 13 dan kita memang sasarkan untuk menang 15 kerusi di Selangor dengan memilih kerusi-kerusi campuran supaya rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) waktu itu dapat melonjakkan undi bagi mengalahkan BN.

"Kini tanpa lonjakan sokongan luar Pas kita boleh baca dengan tepat kesemua 15 kerusi itu Pas akan kalah termasuk Dr. Rani dan Dr. Halimah sekalipun," ujar beliau di perkarangan pejabat Amanah Kelantan di Kota Bharu..

Berkaitan Kelantan katanya, dengan mengasingkan diri dari 'mainstream' pakatan pembangkang tidak perlu penganalisa profesional untuk mengatakan Pas tentu kalah dalam PRU akan datang.

"Yang menjadi isu sekarang, kerajaan Pas yang akan kalah ini akan diganti oleh siapa," soal beliau. Umno katanya telah memasang angan-angan untuk kembali berkuasa di Kelantan.

"Tapi kena ingat dengan badai yang sedang melanda Umno sekarang, mereka pun tahu situasi telah berbeza dan kubu mereka termasuk di Johor sedang terumbang ambing dan mungkin runtuh," katanya.

Menurut beliau gerakan yang kini dipanggil 3M, iaitu Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz tidak boleh dipandang ringan dan ia boleh bangkit membentuk gegaran besar jika diatur dengan sempurna.

"Sebab itu di Kelantan ini kalau Amanah benar-benar mahu ambil alih, ia tidak pelik dengan syarat buat kerja kuat dan berstrategi dan elak perangai buruk parti lama berkelahi dengan semua orang," katanya.

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger