21 Jam RM1 Juta Untuk Lim Guang Eng Tapi Tidak Peduli Untuk Pemandu Karpal Singh Walaupun RM5 Ribu Sahaja
DAP Pulau Pinang mengumumkan bahawa kempen kutipan derma RM1 juta yang dilancarkan untuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah mencapai sasaran. DAP menerima derma sebanyak RM1.09 juta sejak kempen itu dilancarkan sekitar pukul 6 petang dan sehingga 2 petang esokkannya.
“Dalam tempoh 21 jam, sasaran kutipan telah dicapai, iaitu menyamai RM51 ribu bagi setiap jam,” Katanya.
Sebelum ini, parti itu telah menggunakan dana lain bagi membayar wang ikat jamin Guan Eng yang ditetapkan bernilai RM1 juta oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Saya melihat bukan rakyat tetapi penyokong Cina DAP menunjukkan sikap dan sokongan padu kepada DAP walaupun DAP bukan parti yang mempunyai 'grasswood'.
Tapi mereka ada sikap hipokrit dalam pelbagai isu terutama berkaitan bangsa lain. Tak hairanlah pelukis Fahmi Reza yang mengeluarkan buku "Mari Mewarna ABC Politik" meletakkan Lim Guan Eng dengan huruf H yang bermaksud HIPOKRIT.
Kita tidak boleh lupa lagi bagaimana bekas pemandu kepada Mendiang Pengerusi DAP Karpal Singh, C Selvam dikhianati dan ditinggalkan menderita oleh keluarga majikannya serta sikap tidak peduli DAP. C Selvam dibiarkan meringkuk di dalam Penjara Taiping selama lebih sebulan kerana DAP beranggapan dia pembunuh kepada Karpal Singh.
Nasib baik naib presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan yang membayar ikat jaminan dan membelikan pakaian dan telefon untuk dia berhubung dengan keluarganya di India.
Selvam yang tidak mengenali sesiapapun di Malaysia kecuali Karpal dan keluarganya tidak pernah terlintas, akan dibiarkan keseorangan di dalam penjara di negara asing baginya.
Ketika dalam tempoh tahanan reman, Selvam hanya berharap dan berdoa agar keluarga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu datang dan menjaminnya tetapi hampa.
Lebih menyayat hati, tiada seorang pun ahli keluarga peguam veteran itu melawatnya ketika dia ditahan di Penjara Taiping dan tiada juga sesiapa menghubungi wakil dari pejabat Pesuruhjaya Tinggi India di Kuala Lumpur melawatnya yang berasa dari Velore di Tamil Nadu, India.
Barangan peribadi miliknya yang ditinggalkan di rumah Karpal di Kuala Lumpur juga tidak dikembalikan padanya.
“Saya menangis ketika di dalam penjara setiap hari memikirkan keluarga saya di India, mendiang Karpal dan pembantunya Michael Cornelius.." Kata Selvam.
Datuk Hung meminta bantuan daripada Biro Guaman Dan Hak Asasi Kebangsaan parti Gerakan Baljit Singh untuk memberikan khidmat guaman kepada Selvam.
Itu contoh mudah sikap HIPOKRIT DAP dalam isu-isu kemanusian yang mana jika kita membuat penelitian secara halus dan terperinci kita akan lihat bagaimana DAP akan manipulasi setiap isu untuk kepentingan politik semata-mata bukannya menjadi pejuang rakyat yang susah dan menderita tanpa batas kaum dan agama.
Blog Archive
-
▼
2016
(199)
-
▼
July
(31)
- BN akan menang, Pembangkang akan kalah Siapa TONGK...
- Khadam selalunya akan patuh dan taat apa yang dipu...
- Kesian Kepada Ahli PAS Yang Seorang Ini!
- Parti-parti Baharu, Indah Khabar Daripada Rupa
- PAN + PH Ke Kedutaan Turki ok, Apahal nak perlekeh...
- UG Dah Tenggelam, Hanya Senjata Nak Tikam Kepimpin...
- Tak Ada Orang Lain Untuk Jawatan Ketua Pemuda PAN ...
- Rupanya Anthony Loke Ulama rujukan parti PAN bukan...
- David Cameron mengangkat barangannya sendiri....
- Malaysiakini ambil alih tugas Utusan Malaysia.. sp...
- Husam Sertai Parti Baru?
- Parti Baru Idea Mahathir & Lim Kit Siang?
- Cubaan Untuk Lagakan Abdul Hadi Dengan Tuan Ibrahi...
- PAN akan mengalami nasib yang sama dengan HAMIM?
- Pakatan Harapan (PH) Berpecah 2 Puak?
- Pengurusan PAN Pulau Pinang Paling Teruk - Mejar ...
- Bermimpi Salahuddin Ayub....
- PAN Tak Ong... DAP Cari Melayu Baru
- Dr Maza Marah Malaysiakini Musuhi Islam Tapi Dia L...
- Wan Rahim & Husam Cuba Perangkap Mat Sabu Pada Pe...
- Husam Dalam Dilema Parti PAN Pun Tak Nak Dia!
- Sendiri Pasang Sendiri Cantas, Teknik Bodoh Ni Dah...
- Wan Saiful Wan Jan Lebih Suka Lim Guan Eng Baca Kh...
- Lagi Cerita Pasal Tanjung Piai
- Salahuddin Ayub Dalam Proses Kembali Kepada PAS??
- Guan Eng terharu dipeluk lelaki berkopiah
- 21 Jam RM1 Juta Untuk Lim Guang Eng Tapi Tidak Ped...
- Selepas PAS, PKR dan Kini DAP Pula Pecah Dua!
- Jika Prof. Mohammad Agus Yusoff Hidup Zaman Nabi....
- Apabila Hishamuddin Menulis Dalam Keadaan Mabuk
- Biar mati berdiri dari hidup melutut - LGE
-
▼
July
(31)
+ comments + 7 comments
Jomla kita buat dakwah...takan nk dakwah kat org terkenal je...cakap, tulis dan brtindak...
Dakwah tu banyak aspek. Semua orang tak boleh buat semua kerja. Pasal itu sebaik-baik dakwah kena berada dalam jamaah
Lain kali kalau dah banyak, minta pas senaraikan dakwah jenis mana yg nak buat..ahli dah makin bengong dgn kluk klek ni...nk dakwah pun berpilih2..jgn dak kelentong la...macam2..
'pasal tu sebaik-baik dakwah kena berada dalam jamaah'....kepala hotak lu memang bergeliga la...agak2 la nk tulis pun..
Anon 11:46, ko sorg je yg bengong, ahli2 lain sumenya ok sbb memahami dasar perjuangan Pas...kesian kt ko...
AnonymousJuly 3, 2016 at 11:46 PM.kau sorang je yang bengong.org PAS lain semua ok juga sebab wala kepada pimpinan.yg enko jadi barua DAP tu sapa suruh?
ada lagi ke melayu bodoh yang sanggup jadi barua DAPur???? ahli KUALI ker? patut laaaaaaaa.....barua selamanyaaaaa.....selamanyaaaaaa barua selamanyaaaaaaa....PAN....kikikiki
Post a Comment